((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

11 February 2012

Ondscene



Bagi seorang Blogger, jika blognya tersenarai dalam 'bloglist' orang lain ia adalah satu penghargaan. Lebih-lebih lagi blog 'chekai' macam blog ni, tersenarai dalam blog popular dan ramai pengunjungnya.

Itulah penghargaan yang baru diperolehi oleh blog ni, tersenarai dalam blog list sebagai 'Ondblog-2' di Ondscene. Wah terharu sungguh rasanya... Tentunya ramai yang tahu tentang Ondscene ni. Blog yang sentiasa memaparkan berita terkini terutamanya tentang kemalangan jalan raya. Dengan gambar eksklusif di tempat kejadian yang sukar untuk diperolehi.

Terima kasih tak terhingga kepada Abg Sham, pemilik Ondscene. Terima Kasih juga untuk semua yang meletakkan blog yang tak seberapa ni di bloglist anda, selamat maju jaya semua.









~>>READ MORE- Ondscene

06 February 2012

The Flowers

Tentu ramai yang sukakan bunga. Ni antara gambar bunga yang ada dalam simpanan kemera 9w2ury. Semua gambar ni belum di 'edit', cuma resize sahaja.
(F5.6, 1/160sec.)


Lalat sukakan bunga. (F3.5. 1/350sec)


Memang lah, lalat sukakan bunga. (F5, 1/320sec.)


isk..isk.. semut pun sukakan bunga. (F5, 1/60sec.)








~>>READ MORE- The Flowers

29 January 2012

Anak Gajah Dalam Kenangan...

Hahahaa... ni lah anak gajah hitam ku. Opsss.. tu dulu la, sekarang dak lagi. Terpaksa serahkan kepada pengembala lain untuk menjaganya walau ianya masih tampan, segak dan bergaya.



Apapun ia sempat juga tinggalkan benda ni untuk ku sebagai kenangan...



Namun aku bukan lah se sentimental itu, jadi jika ada sesiapa berminat nak miliki benda ni, akan di let go jee... Nak jual hanya RM350 je jika ada yang berkenan. Pada keseluruhannya dalam keadaan elok lagi, cuma ada sikit kemik dan calar lah, kesan dari sondolan manja anak gajah ke keatas anak tenok beberapa ketika dahulu.

Hari ni ada lakukan sedikit kerja baik pulih bahagian tempat letak kereta kat rumah, terpaksalah beli simen dan sedikit pasir... buat aku terkenangkan betapa mudahnya kerja angkut ni jika anak gajah ku itu masih bersama...







~>>READ MORE- Anak Gajah Dalam Kenangan...

22 November 2011

Sukan SEA 2011: Ibu Segala Pingat Milik Malaysia


Malaysia sekali lagi mengekalkan pingat emas acara Bolasepak yang dimenangi dalam edisi Sukan Sea yang lalu. Lebih manis kejayaan dicapai didepan penyokong fanatik lawan.

Walaupun Malaysia di kedudukan ke4 dalam kutipan pingat keseluruhan Sukan Sea kali ini, namun pingat emas bolasepak nampak lebih bermakna.
Dalam perlawanan yang penuh debaran itu Malaysia ketinggalan oleh gol awal Indonesia. Namun anak muda kita tak patah semangat dan mengasak serta mengekang asakan dengan baik dan teratur. Akhirnya mendapat gol penyamaan sebelum tamatnya separuh masa. Kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa kedua dan masa tambahan. Penentuan sepakan penalti yang terus memihak Malaysia dengan jaringan 4-3.
TAHNIAH SKUAD BOLASEPAK SUKAN SEA...








~>>READ MORE- Sukan SEA 2011: Ibu Segala Pingat Milik Malaysia

29 October 2011

Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan Juara



Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia Musim 2011 dengan menewaskan Terengganu, 2 gol berbalas 1 di Stadium Shah Alam.
Gol pertama dijaringkan oleh Terengganu menerusi Mohd Ashaari Shamsuddin. Negeri Sembilan Membalas dengan dua gol masing-masing oleh S.Kunnalan dan gol cantik oleh penyerang veteran Hairuddin Omar.

Tahniah Negeri Sembilan.







~>>READ MORE- Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan Juara

27 October 2011

SMP: Aku Peragut



Pada aku, kerja rembat-merambat ni dah lama, sejak dari sekolah lagi. Sejak habis sekolah ni aku kembangkan kegiatan kepada meragut pula. Aku bukan nak sangat meragut ni, tapi terpaksa. Kalau aku ni doktor ke, peguam ke, engineer ke tak payah la aku susah-susah merembat barang orang. Semuanya kerana duit. Kalau tak ada duit silap-silap mati kebulur lah aku.

Kalau nak cerita kena cekup, banyak kali jugalah aku terlepas, yang betul-betul kena cekup 2 kali. Masuk lokap 3 atau 4 hari aku keluar, yang penting aku tak ambil dadah. Diorang nak bela aku lama-lama pun tak ada hasil.
Bila dengar cerita ada mangsa ragut mati, kesian juga… tapi, setakat ni aku belum lagi terlibat dengan kes kematian macam tu. Aku kira masih ada perikemanusiaan lagi lah. Ada diantara orang macam aku ni yang terlalu terdesak untuk dapatkan duit, tak kira apa cara pun. Mungkin sampai tahap dia boleh mati jika tak dapat duit tu, sapa tahu….

Peragut-peragut yang ada kat Malaysia ni bukan lah semua tak berpelajaran macam aku, ada yang tengah belajar kat kolej pun meragut, ada yang baru habis belajar kolej pun meragut. Kat univesiti pun ada yang buat kerja macam aku. Kira kelas atasan juga lah kerja aku nih.

Hidup kat kota ni semua hal perlukan duit, nak kencing pun kena bayar, nasib baik nak kentut tak payah bayar. Apa cara pun kena lah cari duit. Yang berduit pula tak ada yang suka rela nak bagi orang macam aku ni duit. Macam aku dengar sekarang ni heboh pasal harga tiket bola tahun ni naik sampai RM50. Hahh.. kalau duit tu dikumpul dan disedekah kat orang macam aku ni kan bagus. Tengok je la bola tu kat TV.

Cita-cita…? Semua orang ada cita-cita yang baik-baik, namun tak semua kita boleh capai. Keadaan sekeliling yang banyak mencorakkan kita. Pesan orang tua aku dulu, kalau nak jadi baik, berkawan lah dengan orang baik-baik… tapi, masalahnya orang baik-baik tu tak nak berbaik-baik dengan orang macam aku ni. Pada pendapat mereka tu, sampah selayaknya berada dalam tong sampah bersama sampah-sampah yang lain. Jika macam tu, bila pula sampah tu nak jadi benda yang bersih..??

Apapun aku harap aku akan menjadi orang baik-baik kelak....



NOTE: SMP = Sesi Menyelami Perasaan









.
~>>READ MORE- SMP: Aku Peragut

29 September 2011

Panggilan Baitullah




Panggilan haji, telah tiba lagi, menunaikan ibadat, panggilan Baitullah.

Sedar tak sedar, hari ini adalah hari permulaan untuk operasi haji bagi tahun ini.
Pesawat pertama, KT1 berlepas awal pada pagi, diikuti pesawat kedua, KT2 dan pesawat terakhir untuk hari pertama ini, KT3 akan berlepas sebelah malamnya.

Seperti biasa, tempat yang menjadi tumpuan di Malaysia pada musim haji adalah di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.

Kepada semua bakal haji sekalian, semoga semua selamat pergi dan kembali. Paling penting sekali dapat menumpukan dan menggunakan peluang berada di Tanah Suci dengan sebaiknya serta pulang dengan haji yang mabrur.

Suasana hari pertama operasi haji musim 2011 di tempat pelawat di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.











.
~>>READ MORE- Panggilan Baitullah

19 September 2011

Pertunjukan Kuda Kebangsaan 2011




Untuk makluman semua, khasnya peminat kuda. Ataupun yang rasanya nak beraya dengan kuda, akan diadakan Pertunjukan Kuda Kebangsaan Malaysia 2011, selama tiga hari dari 23 hingga 25 September, 2011 di Pusat Ekuestrian, Sungai Besi,Kuala Lumpur. Para pengunjung boleh melihat pelbagai acara menarik merangkumi pertandingan ekuestrian seperti dressage, show jumping, endurance dan combined driving.


Tarikan lain adalah ekspo ekuin yang menjual semua produk dan perkhidmatan berkaitan kuda, pertandingan meladamkan kuda antarabangsa, menaiki kereta kuda dan menunggang kuda padi, pameran terbesar baka kuda, dan pameran pelbagai kereta kuda dari era yang berlainan. Bagi mereka yang suka membeli-belah, jangan ketinggalan melawat tapak ekspo barangan buatan tangan di mana sekumpulan individu yang kreatif menjual rangkaian perhiasan kecil bertemakan kuda.

Terdapat sukan ekstrem buat remaja, persembahan artis atau selebriti kuda (hehe.. selebriti betul lah..), persembahan pentas, gerai permainan, mencari harta karun, pertandingan mewarna.


Masuk ke Persembahan Kuda Kebangsaan Malaysia adalah percuma dan persembahan akan dimulakan dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Untuk lebih lanjut berkenaan acara dan lain-lain sila klik sini.






~>>READ MORE- Pertunjukan Kuda Kebangsaan 2011