Sekadar peringatan dan pengetahuan kepada rakan yang baru nak berjinak-jinak dengan radio amatur.
PEMILIK LESEN RADIO AMATUR BOLEH:● berhubung ke seluruh dunia pada sebarang waktu menggunakan frekuensi tertentu.
● bersembang di persekitaran dengan transceiver VHF atau UHF (handie talkie) mudah alih.
● membantu dalam kecemasan dan bencana alam dengan memberi perkhidmatan perhubungan segera.
● membina radio, pemancar, penerima dan antenna.
● berhubung melalui satelit amatur tanpa kos.
● berhubungan dangan angkasa di orbit.
● menguji tv amatur (ATV), slow-scan tv, menghantar gambar / rajah melalui faksimili.
● menyertai pemburuan pemancar (fox hunting) dengan memanfaatkan perkakasan pencarian arah.
● menyertai kegiatan keperluan komunikasi untuk mencari dan menyelamat.
DITEGAH● ditegah guna radio untuk menjana kewangan.
● ditegah membuat penyiaran kepada awam. Pancaran radio amatur adalah hanya untuk diterima oleh operator /stesyen radio amatur lain sahaja.
● ditegah dari menyebarkan fitnah dan juga kenyataan berkenaan politik dan agama yang boleh menyinggug perasaan mana-mana pihak.
*dipetik dari SOP oleh MCMC..