((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

25 December 2010

Final AFF Suzuki Cup 2010 - Mampukah Malaysia?


Diantara tajuk perbincangan paling hangat sekarang ni adalah berkenaan dangan Final Bolasepak Piala Suzuki AFF, Malaysia bertemu Indonesia. Perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal-balik yang menyaksikan Malaysia akan menanti kunjungan Indonesia diperlawanan pertama dan menghadapi Indonesia di Jakarta kemudiannya.

Ini adalah kali pertama Malaysia layak ke final Piala Suzuki dan peluang ini harus digunakan untuk sekaligus menjadi juara. Namun cabaran adalah amat besar bila kita terpaksa menumbangkan Indonesia yang mengalahkan kita 5-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan tempohari.

Perlawanan pertama di Bukit Jalil esok adalah amat penting untuk kita. Tidak boleh tidak, kita mesti mendapatkan bekalan yang mencukupi untuk dibawa ke Jakarta kelak. Kelebihan gol yang banyak akan lebih menyenangkan pasukan kita bila bertandang ke 'kawah berapi' di Jakarta nanti.

Rata-rata nampak kelebihan pasukan Indonesia yang mempunyai barisan berpengalaman dibantu oleh beberapa pemain kelahiran luar. Pemain Indonesia mempunyai kemahiran individu yang baik serta bermain dengan corak pantas.
Walauapapun sebagai rakyat Malaysia, pasukan Malaysia tetap di hatiku. Mempunyai barisan muda yang bertenaga dan bersemangat serta disiplin yang tinggi, ditambah sokongan peminat tempatan, diharap mereka mampu menyaingi Indonesia.

Turunnya pasukan kita bertarung di Bukit Jalil sudah tentu akan mendapat sokongan padu dari sekurang-kurang 70ribu penyokong di stadium dan berjuta-juta lagi rakyat Malaysia yang lain. Selamat berjuang, Semoga berjaya!!!

Jadual Final AFF SUZUKI CUP 2010;

KEPUTUSAN PERLAWANAN:
-Pusingan pertama
-Pusingan Kedua

........

5 comments:

Nurul a.k.a Riko said...

Insyaallah..Malaysia Boleh!!!

Anonymous said...

Apek, genggam bola eret2!!!

en tilam said...

harap Malaysia boleh menang. Piala AFF Suzuki ni adalah kesinambungan dari Piala Tiger. Nama bertukar kerana penaja bertukar. So , campur yang ini kali kedua la. 1st tahun 1996 kita kalah 0-1 kepada Thailand dalam Piala Tiger

clorox ready mop said...

Pelik la...kenapa perlawanan final kena diadakan dua kali..bukan ke sekali je..satu lagi..jgn la layan mesra sangat dengan indonesia..sebabnya belum pasti kita akan dilayan seelok2nya bila berkunjung ke depa nanti..tunggu dan lihat je..dulu pon lagu negara kita pun dia orang mana ada hormat..menghina tu ada la..

Anonymous said...

Malaysia Boleh. Tigo gol tanpa balas.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers