((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

19 February 2011

Jom Cendol


Dalam masa perubahan cuaca dari musim hujan ke musim kemarau macam sekarang ni kita kerap kepanasan dan kehausan ditengahari. Kalau dapat pekena cendol dalam cuaca panas macam ni tentu 'best' sekali. Kena pula cendol pulut, perkhhh... menusuk ke kalbu dan sanubari lah.

Kalau sesiapa yang selalu menggunakan jalan dalam Seremban-Tampin/Melaka, tentu akan terjumpa 2 gerai cendol yang cukup popular dan ramai pengunjungnya. Cendol Leman Dawi dan Cendol Madu Rembau.

Kali ni nak review dulu Cendol Madu Rembau. Terletak berhampiran dengan Pekan Rembau, iaitu di Taman Reakresi Pinggiran Sungai Rembau. Selain cendol ABC juga ada di sini. Bukan itu sahaja, malahan di sini juga ada pelbagai masakan panas juga turut disediakan.

Cendol di sini menggunakan air batu kisar, jadi memang meresap ke sanubari lah. Macam-macam cendol ada.... cendol biasa, cendol pulut, cendol kacang dan cendol jagung dan cendol special.

Hahh, yang sebelah kiri ti cendol pulut+kacang+jagung dan sebelah kanan tu cendol pulut, pulutnya memang banyak.


Ni jalan masuk ke situ, bagi yang lalu singgah la memang 'best', dari segi rasa bagi ku ia lebih sedap dari Cendol Leman Dawi. Namun, Cendol Leman Dawi ada keistemawaannya yang tersendiri.



SEDIKIT INFO TENTANG CENDOL LEMAN DAWI.
Ia terletak di jalan sama, iaitu jalan lama Seremban - Tampin/Melaka. Lokasi lebih dekat dengan Seremban. Lebih tepat lagi di Sungai Gadut. Cendol di sini menggunakan ais ketul. Keistemewaanya cendol boleh ditambah sampai muntah. Cendol, air gula, santan dan ais ada disediakan untuk ditambah sendiri oleh pelanggan secara percuma. Ada juga disediakan air barli sejuk secara percuma.
Satu lagi keistemewaan paling ketara ialah pemiliknya sendiri iaitu Pak Leman Dawi. Celotehnya membuat pengunjung terhibur. Keistemewaan Pak Leman Dawi tentu dah diketahui ramai sebab beliau pernah 'masuk' tv sebelum ni.



12 comments:

Aku Anak Pahang said...

Salam, mmg boleh buat saya terliur kalau dekat gi dah nie :)

Miecyber said...

Cendol memang best....

Sebab Miecyber's Blog lambat loading sebelum ini...

Sham said...

CM=cendol mamaks...

nidus2 said...

Cendol Pulut Tapai (CPT) ada ke?

URY said...

akuanakpahang@
Klau dekat, saya pun selalu pekena ni...

Miecyber@
Kena masa cuaca panas lagi lah terasa best nya..

Sham@
CM kita kureng skit, tapi klau xde lain...belasah je..

nidus2@
CPT belum pernah jumpa lagi kat area blah sini... kat sinun ada kot.

Ayu Rashidah @ Cik Ayu said...

dah senulan lebih nak pekena cendol, tapi yg betul2 sedap, jauh sgt dgn tempat saya.....huhu....nak cendol.....

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

maii... mai.... cendol pulut satu.... ini cendol mai utara punya woooo banyak sedap hang cuba lah try.... cendol durian sedap woooo nikan musim durian kan

zulkbo said...

salam..
nampak sedap tu
ada campur madu ke?
ermm..yum yumm..

CuTeMiUt78 said...

wah... sedapnya..

Nava K said...

cendul pulut is my favourite.

kasih said...

kalau makan tu kenalah bawak geng ramai2 sikit. baru best

Unknown said...

itulah yang nimat dunia skejap..cendoi pulut time msuim panas.. sumpah tak boleh tolak!!

salam kenal
ENTRY TERBARU: tips tidur berkualiti kita jatuh cinta ke ?, rungutan pelajar

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers