((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

29 September 2011

Panggilan Baitullah




Panggilan haji, telah tiba lagi, menunaikan ibadat, panggilan Baitullah.

Sedar tak sedar, hari ini adalah hari permulaan untuk operasi haji bagi tahun ini.
Pesawat pertama, KT1 berlepas awal pada pagi, diikuti pesawat kedua, KT2 dan pesawat terakhir untuk hari pertama ini, KT3 akan berlepas sebelah malamnya.

Seperti biasa, tempat yang menjadi tumpuan di Malaysia pada musim haji adalah di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.

Kepada semua bakal haji sekalian, semoga semua selamat pergi dan kembali. Paling penting sekali dapat menumpukan dan menggunakan peluang berada di Tanah Suci dengan sebaiknya serta pulang dengan haji yang mabrur.

Suasana hari pertama operasi haji musim 2011 di tempat pelawat di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.











.

19 September 2011

Pertunjukan Kuda Kebangsaan 2011




Untuk makluman semua, khasnya peminat kuda. Ataupun yang rasanya nak beraya dengan kuda, akan diadakan Pertunjukan Kuda Kebangsaan Malaysia 2011, selama tiga hari dari 23 hingga 25 September, 2011 di Pusat Ekuestrian, Sungai Besi,Kuala Lumpur. Para pengunjung boleh melihat pelbagai acara menarik merangkumi pertandingan ekuestrian seperti dressage, show jumping, endurance dan combined driving.


Tarikan lain adalah ekspo ekuin yang menjual semua produk dan perkhidmatan berkaitan kuda, pertandingan meladamkan kuda antarabangsa, menaiki kereta kuda dan menunggang kuda padi, pameran terbesar baka kuda, dan pameran pelbagai kereta kuda dari era yang berlainan. Bagi mereka yang suka membeli-belah, jangan ketinggalan melawat tapak ekspo barangan buatan tangan di mana sekumpulan individu yang kreatif menjual rangkaian perhiasan kecil bertemakan kuda.

Terdapat sukan ekstrem buat remaja, persembahan artis atau selebriti kuda (hehe.. selebriti betul lah..), persembahan pentas, gerai permainan, mencari harta karun, pertandingan mewarna.


Masuk ke Persembahan Kuda Kebangsaan Malaysia adalah percuma dan persembahan akan dimulakan dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Untuk lebih lanjut berkenaan acara dan lain-lain sila klik sini.






16 September 2011

School Of X


Salam sejahtera semua,
Muncul kali ni hanya untuk berkonsi maklumat mengenai satu pakej menarik dari CELCOM.
Rasanya ni adalah pekej terbaik la setakat ini yang ditemui berkenaan dengan prepaid khasnya untuk budak-budak sekolah.

Pakej tersebut adalah School Of X (SOX). Direka eksklusif untuk yang berumur antara 12 hingga 18 tahun. Paling menariknya ia tiada had tempoh kredit (air time), jadi sekali top-up guna sampai habis duit tanpa had masa.

Kadarnya pun pada tahap minima, lihat bawah ni...







Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers