((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

07 November 2010

Fakta Kenapa Indonesia Sering Dilanda Bencana



Kenapa Indonesia Kerap Dilanda Bencana....?
Apa yang nak dicoretkan di sini adalah dari segi ilmiah geografi bab kaji bumi ataupu geologi. Ia berkisar kepada fakta dan tidak memperkatakan dari segi mitos, balasan mahupun tahyol.

Jika dilihat kepada perkembangan terkini banyak bencana berlaku di seluruh dunia. Dikhususnya di sekitar Malaysia, iaitu di Filipina dan Indonesia, kerap berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami. Ketiga-tiga bencana ini adalah bersangkutan antara satu dengan lain.

Persoalannya, apakah ia boleh berlaku di Malaysia. Jawapannya, "tunggu dan lihat..." Wah, itu merupakan jawapan yang menyeramkan. Baiklah, mengikut fakta, memang agak rendah kebarangkalian Malaysia akan dilanda bencana ini, namun tidak mustahil. Jika bencana itu berbentuk 'megatsunami' atau 'supervolcano', tak mustahil ia akan sampai ke Malaysia.


Kejadian 'megatsunami' yang berlaku pada 26 dis 2004, nyata sampai ke Malaysia. Walau hanya tempiasnya sahaja yang melanda, namun kesannya amat teruk sekali.
Jika berlaku 'supervolcano' di Toba, Indonesia, kesannya berkemungkinan besar akan dirasai di Malaysia kerana jarak yang dekat.

Kewujudan 'subduction zone' atau lurah gelinciran di sekitar kepulauan Indonesia menyumbang kepada aktifnya aktiviti gerak bumi dan cetusan gunung berapi. Aktiviti pergerakan yang mengejut di 'subduction zone' akan menyebabkan tsunami.












Apa yang nyata, mengikut pengkaji, pergerakan di'subduction zone'sentiasa ada dan setengah tempat ada mencatatkan pergerakan sehingga 70mm-100mm setahun.
Itulah yang menyebabkan banyak berlakunya bencana di Indonesia mengikut kajian.







Bila bercerita pasal geografi ni teringat pula pada cikgu form 5 aku, cikgu Rahimas Shaari(tiada kaitan dengan cikgu shaari yang tidur dalam kelas tu). Cikgu ni garang, banyak buku murid diterbangkannya... Namun kerana garang tu la, ramai yang berjaya dalam matapelajaran tu. Terima kasih cikgu, moga dirahmati Allah walau di mana berada... juga untuk cikgu2 lain sekali lah.

.

7 comments:

wanie said...

minta dijauhkan dari segala bencana...aminnnn

tgk bencana banjir pun dah takut..ni plak gunung berapi.....

kiterkitikitu said...

syukur krn kita disini jauh dari bencana.. semua ini kerja Tuhan.. DIA Yg Maha Mengetahui :)

9w2ury said...

moga kita dpt terjemahkan kesyukran kita dengan ketaatan pada yg Esa... tak gitu??

Mazru Majid said...

salam..

patut la selalu sgt bencana alam kat situ kan..alhamdulillah negara kita sentiasa dlm perlindunganNya..

ChiKeDees said...

sib baek lahir kat mesia..aman makmur sentiasa hendaknya,,,

Awangku Johan said...

Indonesia adalah salah satu kepulauan yg paling terbanyak dunia.. selain itu, indonesia jg adalah negara yg sering melanda malapetaka, hal ini kerana kepulauan ini terletak d kawasan lingkaran api pasifik.. Lingkaran ini adalah terletaknya kawasan magma aktif dan letupan gunung berapi serta gegaran yg paling aktif.. Kawasan ini jg mmpunyai kerak bumi yg lembut yg blh mybbkan gegaran dan letusan gunung berapi dgn adanya arus perolakan dr mantel perut bumi.... Sya masih lagi mendalami ilmu geografi serta geologi.. memang minat subjek ini dr bgku sekolah shingga dpt degree pndidikan geografi... diharapkan sy dpt menerangkan mgenai geologi kpd anak2 murid sy dgn lbh jelas nnti.. Insyaallah

9w2ury said...

Wah, tu dia komen dari cikgu geografi... betul tu, dan kepuluaan indon ni seakan mcm perisai utk M'sia dari tsunami yg disebbkn lurah gelinciran di laut.
Thanks cikgu AJ...

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers