((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

15 November 2010

Kaedah Perhubungan Radio Amatur.


Radio amatur adalah perhubungan radio 2 hala menggunakan frequency yang ditetapkan. Ia disebut 2 hala kerana ia membenarkan pengguna untuk bercakap dan mendengar, berbeza dengan radio awam (erafm, sinarfm, hotfm dan lain2)yang hanya 1 pihak bercakap, manakala satu pihak lagi hanya boleh dengar shj.

Frequncy yang digunakan oleh pengguna radio amatur adalah mengikut 'Band Plan' dan 'Spectrum Plan' yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC/SKMM).

Pada asasnya memancar(Tx) dan menerima(Rx) frequency dalam radio amatur ada 4 cara, iaitu menggunakan kaedah 'point to point', 'via local repeater', 'via linking repeater' dan 'echolink'.

1. Point to point Tx and Rx
Iaitu perhubungan terus antara 1 station dgn station yang lain. Bila 'station 2' Tx, 'station 1 dan 3' akan Rx, dan begitulah sebaliknya.


2. Via local repeater (melalui pengulang setempat)
Di sini 'repeater' menjadi perantara di mana station Tx akan Tx ke 'repeater'. 'Repeater' akan Rx dari station Tx dan akan Tx semula kepada lain-lain station Rx. Cara ini boleh meliputi jarak penerimaan yang lebih dari cara pertama tadi.



3. Via linking repeater (melalui pengulang bersambung)
Cara ini pula menggabungkan 2 atau lebih 'repeater'. Gambar di atas menceritakan segalanya tentang bagaimana 2 'repeater' bekerja untuk Rx dan Tx. Cara ini pula dah tentu akan boleh meliputi kawasan yang lebih jauh berbanding kaedah ke 2 tadi. Ianya digunakan di negara kita dan mampu menghubungkan seluruh Semenanjung.



4. Via Echolink.
Penggunaan kaedah ini agak kontroversi dan belum meluas lagi di Malaysia, namun ianya tetap ada digunakan dan berupaya membuat liputan Tx dan Rx paling jauh. Cara berfungsi adalah seperti entry sebelum ini.


Itulah secara ringkas bagaimana kaedah Tx dan Rx yang digunakan dalam radio amatur.Sekadar memberi sedikit pengetahuan kepada yang belum berada dalam dunia radio amatur ini. Insyaallah jika ada masa nanti akan diterangkan lebih terperinci lagi.

.

3 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Yob 9W2URY, salam perkenalan dan balas ziarah. Ada banyak peminat HAM radio ni kat Malaysia? Berapa orang ahli kat Malaysia? Apa isu-isu U all communicate dgn each other? Hee sori banyak soalan. Thanx for the write up. Blog Akak pasal kembara mostly. Do follow, I follow U!

one2paii said...

lu nie cam pandai jerk dalam bidang nie..lu mmg pakar erk..gua langsung xpaham camno signal camtuh leh beroperasi..walaupun lu tjuk kat cnie,.gua masih blur..huhu

9W2URY said...

MOH KEMBARA,
Kak, ada lebih dari 8200 org mempunyai lesen HAM Radio kat M'sia.
Isu2, mcm ada... sila rujuk > perkara yang boleh dan tidak boleh


one2paii,
Pakar tu, xde la bro, cuma tahu skit2 jek...soalan ni bleh jwb dlm 1 entry ni, panjg citernya bro..
Secara ringkasnya: kita bercakap melalui transmiter&receiver device... benda ni akan proses suara kita dan tukarkan kebentuk gelombang(frequency) dan memancarkan ke persekitaran. Jika 1 lagi alat transmiter&receiver pada masa tu disetkan pada freq yg betul, ia akan menangkap gelombang tu dan tukarkan kepada bunyi/suara... sbb tu lah kita dengar suara org keluar dri radio.
Insyaallah gua buatkan entry pasal ni nanti yer... skrg dah mood raya ni... heheh.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers