((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

15 November 2010

Siapakah Suu Kyi..?



Kebelakang ini dan sebelum ini banyak kali kita dengar nama Suu Kyi disebut-sebut. Dalam berita, tv atau radio kita sering dengar namanya disebut dengan sebutan 'suci'. Tapi, siapakah Suu Kyi ni? Kenapa perempuan ini cukup terkenal?
_________
Biodata Suu Kyi.
-Nama penuhnya ialah Aung San Suu Kyi.
-Dilahirkan pada 19 Jun 1945 di Yangon, Myanmar(Burma).
-Mempunyai 2 orang anak.
-Pernah belajar di St Hugh's College, Universiti Oxford dalam jurusan falsafah, politik dan ekonomi pada 1969. Kemudian belajar di School of Oriental and African Studies, Universiti London pada 1985.
-Menerima anugerah antarabangasa pada tahun 1991, iaitu anugerah Sakharov Prize dan Hadiah Keamanan Nobel.

_________

Aung San Suu Kyi, mewarisi keberanian dan bakat dari ayah beliau iaitu Aung San, yang merupkan seorang pejuang kemerdekaan Burma dari penjajah British. Bapa beliau telah mati dibunuh ketika beliau berusia 2 tahun. Sejak itu beliau telah dibesarkan oleh ibunya.

Seperti yang kita sedia maklum Myanmar adalah negara yang diperintah oleh junta tentera yang mana ditentang keras oleh Suu Kyi dan berjuang mendapatkan kuasa dari tentera bagi menjalankan pentadbiran negara berteraskan demokrasi. Untuk merialisasikan perjuangannya, beliau telah menyertai parti Liga Demokrasi Kebangsaan. Beliau telah membina pengaruh yang kuat didalam parti dan juga dikalangan rakyat Myanmar, untuk bangkit membebaskan negara dari pemerintahan tentera. Keadaan ini telah menimbulkan kerisauan dan kebimbangan pihak pemerintah tentera.

Oleh kerana kebimbangan kerajaan tentera akan pengaruh Suu Kyi, beliau ditahan sebagai tahanan rumah dari 20 Julai 1989. Oleh kerana desakan antarabangsa yang kuat ke atas kerajaan, akhirnya pada 1990 majlis pemerintahan tentera Myanmar mengadakan pilihan raya dan parti Liga Demokrasi Kebangsaan, pimpinan Suu Kyi telah menang. Namun, kerajaan tentera telah menafikan kemenangan tersebut dan terus memerintah.

Sepanjang dalam tahanan rumah, beliau ada dibebaskan pada tahun 1995, namun tak lama kemuadian ditahan semula hinggalah dibebaskan pada 13 November 2010 yang baru lalu.

Itulah serba sedikit berkenaan dengan wanita cekal ini, mungkin banyak lagi perkara tragis lain yang tertinggal untuk dimuatkan di sini. Untuk lebih mendalam mengenali beliau, cubalah perolehinya dari sumber lain pulak.

.

2 comments:

Makcu B said...

Masa muda2 dulu tentu beliau secantik Puziah Latip.

URY said...

Agak2nye mcm tu lah... ada lah sikit iras2 tu...

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers