((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

07 December 2010

Filem Dinanti, Tapi Tak Ditonton


Jika ada anugerah filem paling dinanti-nanti sepanjang tahun ini, sah ia akan menjadi milik filem '2 Alam'. Apa tidaknya sejak dari awal tahun lagi promosi filem ni dah bermula dengan agresif sekali. Dengan optimisnya producer filem ini, dR Rozmey mensasarkan kutipan pecah panggung RM40juta. Dikatakan juga filem ini akan membawa dimensi baru dunia perfileman Malaysia. Dengan itu, filem ini menjadi filem yang paling dinanti-nanti penonton bagi melihat sejauhmana kebenaran yang dihebahkan khasnya oleh dR Rozmey.

Masa yang ditunggu telah tiba bila wartawan 'mendapat' peluang untuk menonton sesi pratonton sebelum filem tersebut ditayangkan kepada umum. "Filem yang bertaraf drama TV dan tiada keistemewaan".....diantara ulasan wartawan, yang memberi impak kepada kehadiran penonton dihari pertama. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 18/11/2010. Dari ia mula ditayangkan, tiada satupun komen positif dari penonton yang didengari atau dibaca. Dalam keadaan begitu sehingga 30/11/2010 kutipan filem ini hanyalah RM0.35juta sedangkan filem 'Ngankung'yang mula ditayang pada 25/11/2010 mampu mengutip RM2.36juta sehingga 30/11/2010.

Bukan nak pandang rendah atau perlekehkan sesiapa, tapi dengan promosi dan gembar-gembur yang terlampau, membuatkan penonton ternanti-nanti.... namun akhirnya hampa. Kalau ini lah tahap filem terbaik seperti yang dicanang oleh dR Rozmey... teruknya filem kita.

p/s: statistik kutipan adalah dari FINAS.

.

4 comments:

CuTeMiUt78 said...

eemmmm gitu ke...kira ni cam terlebih promosi tapi takde pulangan

Al said...

1 je la, hrp org yg buat filem tu dpt bljr drpd ksilapan lalu
bkn senang nk berjaya dlm bdg yg xpenah ceburi..huhu

URY said...

CuTeMiUt78,
Yer lah, promosi tak salah... cuma bila kita meletakkan benda tu terlalu tinggi, maka org akan mengharapkan benda tu terbaik.

Al,
Betul tu...Semua org ada bidang dan kemahiran masing2, jdi klau nak lakukan benda diluar bidang kita kena lah blajar dulu..

hans said...

hahahaha
dia cakap besar sangat
Ngangkung dengar cerita dah 5.6 juta
hebat tul

P/S : Blog Gua Kena Tegur Oleh Blogger

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers