((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

06 December 2010

PANORAMA Planetarium Negara



Dimusim cuti sekolah yang panjang ni, jika anda di sekitar Kuala Lumpur, elok rasanya melawat ke Planetarium Negara. Selain dapat menghabiskan masa bersama anak-anak, dapat juga menambah sedikit pengetahuan.
Banyak yang menarik di sini, ada gambar dan replika sains angkasa, infomasi dan sejarah sains angkasa, tak ketinggalan juga permainan interaktif sambil belajar untuk anak-anak dan banyak lagi lah.




Lebih menarik lagi, sekarang ni ada beberapa program khas diadakan termasuklah tayangan tentang angkasa. Sempat juga tonton tayangan 'passport to the universe' pada skrin terbesar pernah aku saksikan.








Pendek kata, memang menarik lah kat sini, terutama untuk anak-anak sekolah rendah.
Bayaran masuk ke pameran hanya RM1 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah. Jika ke pameran beserta menonton tayangan(30min) bayarannya hanya RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk bawah 12 tahun. Jauh lebih murah dari menonton wayang atau main boling.

.
.

3 comments:

CuTeMiUt78 said...

salam kenal,
lama tak g sini.. dulu masa time sekolah2 ada gak g

dak eina said...

xpenah smpai lg kt sni...

9W2URY said...

mmm.. ni 1st time dpt masuk...

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers