((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

31 December 2010

Konvoi & Ekspedisi Keluarga ke Taman Negara, Jerantut

(Banner rasmi program oleh MARES N. Sembilan)

Pada 27Dec hingga 29Dec 2010 yang baru lalu telah diadakan Ekpedisi Keluarga Ke Taman Negara, Jerantut yang dianjurkan oleh Kelab MARES N. Sembilan. Seperti biasa, jika kelab radio amatur yang anjurkan program, ianya akan terbuka untuk semua dan tidak hanya untuk ahli sahaja. Menepati antara falsafah radio amatur, iaitu berkawan dengan semua orang.



Dirasmikan dan dilepaskan oleh wakil Pengarah Pelancongan N.Sembilan. Pada keseluruhannya konvoi mengandungi 36 buah kenderaan dari kereta salun, mpv, van sehinggalah pacuan 4 roda. Dilepaskan dari Seremban Plaza pada pagi 27Dec. Konvoi telah dikepalai oleh 9w2abz, Tok Kee.



Konvoi dari Seremban melalui Kuala Pilah ke perhentian pertama Kuala Gandah, Pahang. Iaitu di Pusat pemuliharaan gajah. Dapatlah melihat pertunjukan gajah, gosok2 gajah, naik gajah dan mandi dengan gajah. Pertunjukan gajah bermula pada jam 2ptg.



Selesai 'bermesra' dengan gajah, konvoi bergerak lagi, menuju ke Jerantut, Pahang.



Singgah sebentar menunaikan apa yang wajib di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut. Cantik dan luas masjid ini. Siap dengan mini taman permainan kanak2 lagi.
Lepas semua selesai, konvoi terus bergerak ke Taman Negara. Setibanya di tempat yang dituju, hari dah gelap. Selesai makan dan mendapatkan bilik masing2, semua lentok kepenatan.



Keesokan harinya, pagi2 lagi dah mula pengembaraan di Taman Negara. Bermula dengan menaiki bot menyusuri sungai sambil menikmati keindahan alam di tebing sungai.



Tak cukup sekadar memerhati di tebing sungai, kita jelajah pula di bahagian atas hutan dengan menaiki 'Canopy Walkway'. Rasanya ada lebih 1km panjangnya.



Hahhh.. ni lah penguji kekuatan walkway, 9w2hsm Pak Hasnan....hehehe. Tabik pada Pak Hasnan, walau ada masalah jantung namun berjaya juga 'melayan' walkway ni...



Teruskan lagi perjalanan dengan bot ke perkampungan orang asli. Ditunjukkan cara kehidupan mereka dalam hutan.




Petangnya, walau penat menjelajah dan main air serta di'mandikan' oleh pemandu2 bot (best betol dapt racing bot...hehe),semua masih sporting untuk sertai sukaneka yang telah diatur.

Begitu lah ceritanya. Tapi, banyak lagi cerita dan gambar yng belum sempat dimasukkan. Insyaallah akan dimasukan dlm entry lain plak nanti.

p/s: trm ksh buat 9w2dzu kerana memberitahu tentang prog ini. Lain kali, jika ada progm mcm ni, bg tau lah lagi.. hehe..


.

7 comments:

Relevan said...

Laa..dekat sangat dah dengan kome ni Taman Negara ..Selamat tahun baru..

Aku Anak Pahang said...

Salam.. kalau hello2 boleh gak kita kenal-kenalan :)

Hairun Azmi said...

Selamat bercuti...

Happy New Year 2011

Mia Liana said...

entah bila lah nak ke taman negara ni... tunggu sofea besar skit...

akubiomed said...

Ohh, nama blog rupanya sempena no lesen radio amatur

Hanya jauhari mengenal manikam :-)

URY said...

relevan, akuanakpahang,
OOO...dekat situ rupanya kaw jajahan abg2 berdua ni...

Miecyber,
Selamat...

Mia Liana,
Best kat sini, terutama klau dtg dgn kumpulan.

akubiomed,
mmmm.... hanya jauhari mengenal manikam, kalau nak tau manikam tu ape, kena tanya jauhari lah... heeh

9W2HSM said...

Terima kasih ler ingat kat kita, bila nak ke Segamat.terus ke Selai Endau Rompin.he he

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers