((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

09 December 2010

Ubuntu Ku



Sudah lebih 2 bulan aku mencuba pakai UBUNTU. UBUNTU merupakan sebuah sistem operasi (operating system) yang berasaskan Linux.
Dalam sebuah komputer, sistem operasi berfungsi sebagai perantara di antara software dan hardware. Ia juga bertanggungjawab membolehkan komputer beroperasi dengan menghubungkan memori, CPU dan aplikasi yang dijalankan. Contoh sistem operasi yang biasa digunakan adalah Windows XP, Windows Vista dan Windows 7.

Apa yang paling menarik pasal UBUNTU ia adalah PERCUMA!!! Ya, percuma dan tidak memerlukan lesen. Mungkin anda boleh dapatkan Windows secara percuma, tapi dah tentu ianya bukan asli. Bagaimanapun UBUNTU didatangkan dalam bentuk 'freeware'. Anda boleh gunakan dan update tanpa rasa bimbang. Jadi, kepada sesiapa yang tengah pakai perisian Windows lanun tu, bolehlah mencuba UBUNTU ni.

Untuk dapatkannya bolehlah download, kemudian terus 'burn' dalam cd dan terus boleh 'install'. Proses pemasangan juga amat senang dan pantas, tak sampai 30 minit.

Sepanjang 2 bulan mencuba UBUNTU ni didapati ianya amat laju dan stabil. Start-up dan shutdown komputer amat pantas sekali. Sangat baik diguna untuk melayari internet. Perisian sampingan tertentu sudah tersedia, cuma perlu dipilih dan install sahaja. Virus, boleh dikatakan tiada ancaman walaupun ia bukan kebal virus, namun setakat ni belum ada virus dicipta untuk serang UBUNTU.
Cuma masalahnya ia tidak sama seperti Windows yang telah kita gunakan sejak kita mula kenal komputer. Kita merasa sedikit asing dengan kelainan tersebut. Ada beberapa software yang kita guna di Windows tak boleh dijalankan disini terutama yang menggunakan .EXE file.

Sebaiknya kalau nak cuba, dijadikan ia sebagai sistem operasi kedua (2 operating system dalam satu komputer - dualboot), takut-takut anda akan merindui Windows jika tinggalkan terus.

=> download UBUNTU
=> Forum UBUNTU (antarabangsa)
=> Forum UBUNTU (Malaysia)

5 comments:

akubiomed said...

Ubuntu ni Opensource OS boleh dibuat dualboot dengan Windows. Ringan dan kurang seragan virus.

URY said...

akubiomed,
betul tu, klau guna untuk internet memang bagus, pantas dan dia guna firefox...

DeCrewz said...

Blh gak try nih.. Lama dah nak guna tapi asyik tangguh2 je, last2 x install jgk..he3

Fir'aun NgebLoG said...

info yang sangat menarik sobat :-)

salam kenal dari bandung,
mohon sudi berkunjunga balik,
terima kasih :-)

Anonymous said...

Woow... Kna report brader Ash ni..hoho ..Mnarik2

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers