((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

30 September 2010

50 Tahun Flintstones



Hari ini, 30 September 2010 genaplah 50 tahun usia Flintstones. Ya, Flintstones dilahirkan pada 30 Sept 1960. Flintstones sampai di Malaysia dan menjadi popular di sini sekitar lewat 70an dan awal 80an. Kemunculannya di television masa tu, amat dinanti oleh kanak-kanak. The Flintstones dilahirkan oleh Hanna-Barbera Productions dan memaparkan kehidupan kejiranan, kekeluargan dan persahabatan dizaman batu. Oleh kerana ianya kartun animasi dah tentu lah bercorak komedi. Disiarkan biasanya selama 30 min setiap siri. Watak utama antaranya adalah seperti Fred, Wilma, Barney, Dino dan Hoppy. Semua perkakas yang diguna dalam kartun di dibuat dari batu, kayu atau tulang. Paling menarik ialah kereta Fred yang beroda batu, yang terpaksa digerakan dengan menggunakan kaki. Perkataan yang menjadi 'Trade mark' yang cukup popular dan menjadi ikutan ialah "yabedabeduuuuu...."



.

26 September 2010

Gambar di Muka Depan Majalah

Masa jalan raya rumah sedara-mara tu hari, terpandang satu frame dalam almari cermin di ruang tamu rumah. Diamat-amati rupanya potongan akhbar yang mengandungi gambar tuan rumah. Tarikhnya tak pasti plak, namun dari segi berbandingan wajah sekarang, agaknya akhbar tu keluaran sekitar 80an atau awal 90an.

Itu lah menampakkan betapa susahnya dan begitu terujanya jika gambar masuk akhbar.
Namun kini anda dapat dengan senang meletakkan gambar anda di majalah. Majalah antarabangsa lagi tuuu..

Di >Magmypic anda boleh lakukannya... letak lah gambar anda di majalah terkemuka.

Contohnya seperti ini...


Di sini tak perlu bayar, tak perlu download program (lakukan online), tak perlu daftar dan boleh lakuakan berulangkali.
>>> >Magmypic

Selamat Mencuba..

.

18 September 2010

Free Antivirus (antivirus percuma)



I'm still interested to 'talk' about something FREE here.
Protecting your computer from viruses is very important now. What you need is the best antivirus software possible on your computer. Luckily, some of the best antivirus software is completely free!
Many popular antivirus companies offer free versions.
These are antivirus(free version) that I have tried on my computer and my personal comment about them.



1. AVG Anti-Virus Free (my 3rd choice)
9w2ury comments:
Pros:
It’s very popular antivirus in free category. Easy to install, regular updates and convenient scan control.
Contras:
It will slow down your system and the detection rate is low. It also not very reliable (virus have pass thought to my system before). After used for long period, will experience that program unable to updates and need to install new. I have experience this twice and make me disappointed of this antivirus.



2. Avira AntiVir Personal (my 2nd choice)
9w2ury comments:
Pros:
It easy to use and regularly updates. The most important things are it stops most viruses and very reliable antivirus in free category.
Contras:
Always disturb by the popup asking you to upgrade to the paid version. Slow updates and slow down the system at the beginning of the season after boot windows.



3. Avast! Free Antivirus (my 1st choice)
9w2ury comments:
Pros:
It’s clear layout of functions and generally user friendly. It‘s excellent detection, reliable and very easy to use. Also regularly updates. Will updates automatically by not disturb and not slow down the system.
Contras:
Till now I can’t fine any single problem as it’s a free version.



4. Microsoft Security Essentials (my reserve )
9w2ury comments:
I’m never try this before but my friends told that it’s reliable and good because it’s directly from Microsoft. So, I’m can’t give my comment on this, and hope get opportunity to try this.


.

16 September 2010

SMS Percuma (Free SMS in Malaysia)



Dizaman sekarang ni sukar nak cari yang percuma ni.... nak buang ayor pun ke bayar.
Ada yang percuma ni, terus sambar je..heheh.
Ni ada tawaran menghantar SMS percuma oleh mostsms.com, ia memang percuma, dah dicuba..
Caranya senang je.. lawat mostsms.com, pas tu daftar. Kemudian password akan dihantar kepada no telefon yang didaftar. Bolehlah log-in di laman web mostsms.com menggunakan no tel dan password yang diberikan. Sekarang dah boleh hantar SMS dengan percuma. Semua rangkaian komunikasi di Malaysia, tak kira 019,013,012,016 dan lain2 boleh menggunakan perkhidmatan ini.
Rasanya ok jugak untuk hantar jemputan open house atau untuk ucapan selamat.
Selamat mencuba...

.

14 September 2010

Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan



KOTA BHARU, 13/09/2010: Pada tengah hari, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan pemasyhuran itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini yang turut dihadiri Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan agak luar biasa sedikit, kerana pada kebiasaannya sultan akan digantikan bila sultan yang memerintah telah mangkat. Namun ia adalah selaras dengan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Mengikut peruntukan Perkara 23A, Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika selepas siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu. Ini adalah berikutan kegeringan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra yang bermula pada 14 Mei 2009 sehingga sekarang dan dikhuatiri ianya terus berlanjutan.

SEDIKIT BIODATA BAGINDA:
Tuanku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 6 Oktober 1969. Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Baharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat).
Baginda menggunakan gelaran Sultan Muhammad V, sebagai gelaran setelah ditabal menjadi sultan Kelantan.

Diharapkan Kelantan akan terus makmur dan damai di bawah pemerintahan Tuanku. Semoga Allah pelihara dan lanjutkan usia Tuanku. Daulat Tuanku...!!
.

08 September 2010

Anda Diperhatikan!!!



Salamat memandu kepada semua pemandu dimusim perayaan ini. Hati-hati kerana anda mungkin diperhatikan dan dirakam. Dah lah habis duit buat beraya, yang tinggal serdak pun habis kena bayar saman pulak...

Namun apa yang ditakutkan bukan lah rakaman atau saman, yang kita patut takutkan adalah kecelakaan.

Jadi, berhati-hati memandu. Ikut kelajuan kebangsaan, jangan ikut kelajuan kebanggaan, anda mampu mengubahnya....

Selamat Memandu, moga selamat tiba di tempat yang dituju.

.

01 September 2010

Rezeki Ramadhan

Ramadhan datang dengan kemuliaan, keberkatan dan segala macam kebaikan untuk umat nabi Muhammad SAW seperti sabda baginda SAW maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Tak hairan lah bulan puasa ni rezeki pun melimpah ruah... Tengok je bazar ramadhan, semuanya laris...bukan pisang panas je laris.

XYL kita antara yang tak lepas peluang tambah pendapatan di bulan ni..
Hah, kuih raya la... antaranya:


....dan beberapa lagi. Projek ni pun kecil-kecilan sahaja, namun yang istimewanya kuih dibuat setelah ditempah. Jadi, kena lah tempah dulu, macam tempah baju raya lah juga.... Sekarang ni tempahan dah ditutup.
Namun, sebenarnya tempahan diterima bukan untuk hari raya je, untuk majlis perkahwinan, hantaran dan lain-lain pun diterima juga..

Hah... siap untuk dihantar kepada pelanggan dan ejen. Penghantaran pertama diminggu kedua puasa.




Dah macam nak hantar ke sempadan plak lah...

.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers