((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

03 January 2011

Pemain Kita Dilamar, Haruskah Mereka Terima?


AFF Suzuki Cup yang baru kita juarai akhir tahun lalu umpama pelaris yang melariskan beberapa pemain tonggak kita. Berapa pemain, antranya Saffe Sali, Norshahrul dan Syafiq dilapurkan dilamar oleh beberapa kelab luar untuk bermain bersama mereka. Tawaran tersebut datang dari kelab2 di Indonesia dan diberitakan pemain2 kita sedang dalam perbincangan dangan pasukan asal mereka di sini untuk pelepasan kontrak.

Dengan tawaran atau gaji yang lumayan tentunya menarik minat pemain2 tersebut. Namun, jika difikirkan untuk jengka panjang adakah ia boleh membantu perkembangan bolasepak kita??
Dalam kebarangkalian dan prospek perkembangan yang kecil 'ya'... sebab di sana dibenarkan pemain import, jadi pemain boleh mengalami satu pengalaman yang berbeza dari di Malaysia.

Tetapi, pada keseluruhannya tahapnya kualiti tak jauh beza dengan liga kita. Lainlah jika tawaran diterima dari kelab2 dari negara Eropah, China, Jepun, Korea, Arab Saudi, Qatar atau lain2 kuasa bolasepak dah tentunya kualiti yang jauh berbeza dan harus dirasai oleh pemain kita. Dengan itu boleh meningkatkan kualiti pemain seperti yang ditunjukkan oleh beberapa pemian kita yang pernah bermain di Eropah termasuk Akmal Rizal dan skuad Harimau Muda dulu.

Apapun, diera bolasepak profesional ni, pemain bebas memilih untuk bermain dimana dia mahu, kerana itulah punca pendapatan mereka. Masa muda dan tengah laris ni lah peluang untuk mencari wang bekalan hari tua.
Jadi, apapun keputusan mereka haruslah kita restui kerana itulah sumber pendapatan mereka hari ini dan mungkin untuk masa tua kelak.


.

6 comments:

Hairun Azmi said...

Mereka patut terima tawaran bermain di luar negara sekiranya pasukan yang mereka akan sertai tersebut mempunyai kualiti permainan yang lebih tinggi daripada kualiti permainan kelab di Malaysia.

Tips sebelum melancong

Aku Anak Pahang said...

Betul saya sokong cakap miecyber tu... jangan terpedaya dgn guruh dilangit air tempayan dicurah jua :(

Anonymous said...

cerita ni xbetul rasanya~

CuTeMiUt78 said...

eemmmm klu betul la kan.. rezeki buat pemain2 kita...

URY said...

Yer lah, Mereka dah harumkan nama negara. jadi, kita harapkan yg terbaik untuk mereka semua...

akubiomed said...

Saya setuju kalau pemain Malaysia dapay berhijrah tetapi untuk liga yang kompetetif baru memperbaiki kemahiran pemain

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers