((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

16 January 2011

Sistem Pentadbiran Sekolah Masih Ketinggalan


Dizaman yang makin pantas dan maju, kemudahan IT diguna dengan meluas namun kebanyakkan sekolah di Malaysia ni masih mengamalkan cara lama dalam menguruskan data peribadi murid. Semua data dipungut dan disimpan secara manual atau hardcopy.

Setiap awal tahun ibubapa kena mengisi lebih dari tiga borang bagi seorang murid. Butir-butir yang kena isi hampir sama pada setiap borang, setiap borang kena isi nama, ic, sijil lahir, alamat dan lain2. Kalau ibubapa tu ada 6 orang anak yg bersekolah, ntah berapa kali nak kena tulis benda sama.

Bukannya kita nak suruh cikgu tuliskan benda ni semua tapi,bukan ke senang jika sistem komputer digunapakai. Sediakan satu bank data utk murid2 dalam komputer, setiap awal tahun cuma update perubahan tertentu sahaja. Jika nak dalam bentuk hardcopy, just copy&paste and print je.
Atau sediakan sahaja sistem 'auto generate form'. Semua boleh dilakukan oleh komputer bukan sekadar bermain game shj. Kadang-kadang benda yang mustahil pun boleh komputer lakukan, setakat nak buat sistem pengakalan data murid2 seperti yang maksudkan ni, komputer dari generasi terdahulu pun boleh buat. Tinggal lagi kita ni yang tak nak gunakan kemudahan yang ada.

Sekolah tempat permulaan pencetus idea murid-murid, jika sekolah dok takuk lama lagi, macam mana nak bagi ilham kepada murid agar lebih bijak IT?
Apa yang lebih penting lagi, ianya dapat mudahkan kerja cikgu berkenaan yang kita sedia maklum makin bertambah dan makin mencabar.




.

9 comments:

Unknown said...

rasanya tak semua sekolah gunakan sistem pentadbiran lama ni...
semua tu bergantung kpd taraf dan jurang ekonomi antara luar bandar dan bandar..
tp, tak mustahil sbb sistem pentadbiran yg bestari dan menggunakan komputer tu mudah dan melicinkan pengurusan.. :)

zulkbo said...

salam..
nanti alasannya
sofwares mahal..

Anonymous said...

hehe. btl ckp fik ;D

al-lavendari said...

saya setuju kerana dengan kemajuan dan kemudahan ICT kalau tidak dimanfaatkan, alangkah ruginya.

NS said...

dah ade sekolah yang gne komputer. =)

Aku Anak Pahang said...

kadang kalau canggih pun ttp ada kelemahannya .

Hairun Azmi said...

Sokong entri niee...
Kaedah manual dah tak berapa sesuai..

35 penuntut Uitm cedera bas terbabas ke dalam longkang

shino said...

sokong cikgu fiq dan macy!

misza said...

dah banyak rungutan sebegini, tapi masih belum ada perubahan. kita tunggu tahun depan.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers