((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

24 November 2010

Mendapatkan Kembali Barang Hilang


Berikut adalah Kaifiat Bacaan Surah Yaasin yang boleh digunakan unuk mendapatkan kembali barang yang hilang. Kaedah ini juga boleh digunakan sebagai usaha untuk kembalikan ahli keluarga yang hilang.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.


(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;


a.Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan 'Mubin' yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

b.Untuk pusingan kedua, apabila sampai 'mubin' yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai 'mubin' yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di 'mubin' yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

c.Untuk pusingan ketiga, berdoa di 'mubin' pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

d.Untuk pusingan keempat, berdoa di 'mubin' pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

e.Untuk pusingan kelima, berdoa di 'mubin' pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

f.Untuk pusingan keenam, berdoa di 'mubin' pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

g.Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di 'mubin' pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

h.Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

(4) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.


*Dapatkan Surah Yassin yang telah ditanda 'mubin' di sini (file pdf)
*Sumber dari: Darussyifa'

Kita hanya mampu berusaha, namun tuhan menentukan segala. Melalui cara ni, jika ditakdirkan tak keteku juga barang tu, kita tetap mendapat pahala kerana membaca ayat Allah ini.

.

2 comments:

darkbatman said...

tq utk info ne.jrg dpt benda cmne.

URY said...

sama2 kita kongsi ape yg kita tahu dan jmpa...

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers