((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

29 March 2011

Road To Germany

Perjalanan yang agak mencabar. Mula perjalanan dari KLIA melalui Doha ke Frankfurt. Berlepas dari KLIA jam 9mlm, tiba di Doha, Qatar selepas 7 jam sebelum meneruskan perjalanan 6jam lagi ke Frankfurt, Jerman.

Terpaksa menghadapi kerenah kastam dan pegawai Frankfurt airport yang macam curiga atau kurang mesra. Macam-macam soalan diajukan, mungkin kerana aku orang asia, atau muslim atau penampilan macam mafia.....entah lah.


Terpaksa pula guna train ni untuk ke tempat yang dituju iaitu Hannover, Jerman. Mengambil masa lebih 2 jam dengan kelajuan maksima train tersebut 250km/j, namun purata kelajuan dalam 180km/j.


Tiba di Hannover, mentari memancar terang namun suhu 3 hingga 8 darjah celsius, menambahkan lagi kesukaran untuk teruskan kehidupan sementara di sini. Pokok pun macam mati...tak tahan kesejukan.



bersambung...........




26 March 2011

"Mak, mana suami saya mak...?"



Hari itu Salma, suaminya Kamal dan anak mereka bangun pagi-pagi lagi. Bersiap untuk pulang ke kampung Salma. Salma sungguh teruja untuk pulang kali ini, maklumlah nak meraikan majlis pertunangan adiknya.

Setelah siap semuanya, mereka pun memulakan perjalanan. Kereta dipandu oleh Kamal bergerak agak lancar kerana pagi itu masih ramai yang belum keluar rumah. Sambil memandu dan menikmati alunan muzik dari radio, sesekali Kamal menjeling memandang Salma. Salma sebenarnya keletihan, semalaman tak tidur kerana sibuk menyiapkan gubahan bunga untuk majlis tu.

Setengah jam menyusuri jalan, Salma mula dilamun mimpi. Menyedari Salma dah tertidur, Kamal mula menambah kelajuan sambil melayan selekoh-selekoh tajam di kawasan kebun getah dan hutan. Makin lama makin hebat aksi Kamal, memotong semua kenderaan di hadapannya.

Tiba-tiba, Salma terjaga. Menyedari keadaan pemanduan Kamal yang merbahaya, Salma menegur suaminya "bang, napa laju sangat ni..?". "Tak pe lah, biar kita sampai awal sikit.." jawab Kamal memberi alasan. Sambil itu Kamal terus menekan minyak dan memotong kenderaan di depannya. "Pelahan la sikit bang, Sal takut la.." pinta Salma. Tampa menghiraukan kata isterinya Kamal terus memecut. Di satu selekoh dia cuba memotong sebuah lori sampah. Tiba-tiba di depan muncul sebuah lori tangki dari arah hadapan..... DAMMM.....

Salma terdengar sayup-sayup namanya dipanggil. Salma membuka mata perlahan-lahan.... di sisi cuma ada emaknya sahaja. Salma teringatkan suami dan anaknya. Dia jadi cemas... "Mak, mana anak saya... mana suami saya mak...?" Emak Salma tidak tak mampu bersuara, hanya memandang anaknya yang masih kebinggungan. "Mak, suami saya mana mak..." tanya Salma lagi. Pannggg.... satu penampar hinggap di kepala Salma. "Isk, budak ni. Tu la, orang suruh kawin tak nak... kan dah angau tu. Dah bangun solat asar, dah nak maghrib dah ni.."

P/S: Berhati-Hati Di Jalanraya :) "

Suka Cerita tadi... Lawati juga 'rakan' saya di sini...







23 March 2011

Panorama Pengkalan Kubor

Salam sejahtera semua. Kali ni nak hidangkan kepada semua panorama 'Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor'. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi tempat ni, tengok nama je, semua dah tahu. Samada dah dikunjungi sendiri, dengar cerita mahupun tengok gambar. Di sini ditampalkan beberapa gambar dalam Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor untuk tatapan bersama..


Pintu masuk ke negara jiran Thailand.


Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor, macam-macam ada.....












Kepenatan, kepanasan dan kehausan..? Pekena pula cendol ni,di gerai yang ada di dalam kawasan ini.


Pemeriksaan Kastam di pintu keluar dari kawasan bebas cukai ini.








21 March 2011

Restoran Soto Shah Alam

Hari ni nak perkenalkan sebuah restoran di Seksyen 8, Shah Alam, iaitu Restoran Soto Shah Alam. Bagi warga Shah Alam dan sekitar pastinya tahu pasal restoran ni.



Nama sahaja restoran soto, tapi yang disajikan di sini bukan setakat itu sahaja. Malahan ada juga kuih-muih, nasi ayam dan nasi campur dangan lebih dari 50 jenis lauk pauk tersedia untuk dipilih.


Restoran ni adalah antara restoran kegemaran ku dan family. Masakan 'best' dan banyak pilihan sampai rasa tak puas hati jika datang sekali, sebab tak dapat mencuba lauk lain.

Tak dapat nak letak sini gambar deretan lauk-pauk yang diatur, kerana takut meleleh pulak air liur rakan yang melihatnya... :)
Jadi, yang berkesempatan tu, boleh lah pergi sendiri, memang 'best' lah.







20 March 2011

Doa Yang Ditunaikan


Mak Minah bersama suaminya isteri berkebun kecil-kecilan untuk menyara hidup. Disamping itu, keistimewaan Mak Minah adalah dia pandai membuat tapai pulut. Tapai pulut Mak Minah terkenal satu kampung. Dibungkus dalam daun pisang atau daun pokok getah...sama sedapnya. Jika ada majlis keramaian, pasti tapai Mak Minah jadi pilihan. Tapi, tempahan mestilah awal, sebab Mak Minah perlu memerap atau memeram dulu tapai yng dibuat selama 2 hari sebelum ianya masak dan sedia untuk dimakan.

Sudah menjadi kebiasaan, pada Sabtu pertama setiap bulan Mak Minah dan suami akan keluar untuk menjual tapai dan hasil kebun yang lain di sebuah pasar tani mega ke suatu bandar berdekatan. Biasanya 2 hari sebelum ke pasar tani tu, Mak Minah akan mula membungkus dan memerap tapainya. Namun pada minggu ini dia terlupa. Malam sebelum hari pasar tani baru dia mula membungkus dan memerap tapainya. Sambil berdoa kepada tuhan agar tapainya masak esok hari.

Bangun pagi-pagi, sebelum solat subuh Mak Minah berdoa lagi agar keajaiban berlaku dan tapainya masak. Kemudian dia membuka bungkusan tapainya, nyata ianya belum masak lagi. Kemudian selepas solat subuh, sekali lagi dia menadah tangan berdoa agar ada keajaiban dan tapainya masak pagi tu juga. Dia tetap yakin yang Allah Maha Berkuasa dan doanya boleh ditunaikan. Selepas itu dia membuka bungkusan tapainya, tiada keajaiban berlaku....tapai masih belum menjadi tapai. Mak minah membungkus kembali tapainya, sambil dalam hatinya tak putus-putus berharap agar tapainya masak sebelum dia keluar ke pasar tani sekejap lagi.

Mak Minah dan suami macam biasa bersiap untuk ke pasar tani membawa hasil kebun mereka. Namun dalam hati Mak Minah sentiasa berharap agar tapainya masak, kerana tapailah yang menjadi sumber jualan paling laris buat mereka. Setelah persiapan untuk untuk ke pasar tani itu selesai, Mak Minah sekali lagi ke tempat di mana tapainya diperam. Dia membuka lagi bungkusan tapainya, dalam hati tak putus-putus berdoa agar keajaiban muncul... namun tidak menjadi kenyataan juga. Dia hampa namun masih berharap dan yakin yang Allah akan menunaikan permintaannya.

Sedang Mak Minah membungkus kembali bungkusan pemeraman tapainya, terdengar sayup-sayup orang memberi salam dari luar rumah. Mak Minah bergegas ke pintu rumahnya sambil membalas salam. "Tumpang tanya, ni rumah Mak Minah ke..?" tanya seorang wanita sambil berjalan kearah Mak Limah dari kereta BMW biru gelapnya. "Ye... betul" balas Mak Limah lembut dalam kebingunggan. "Errr... saya nak beli tapai yang belum menjadi, ada ke makcik" tanya wanita tadi agak ragu-ragu. Sepanjang Mak Minah jual tapai ni, belum pernah orang nak beli tapai yang belum jadi tapai.

Jadi, semua tapai yang dibuat untuk ke pasar tani tu diborong oleh wanita tadi. Sebelum wanita tadi beredar Mak Minah sempat juga bertanya wanita itu tentang tapai belum menjadi yang dibeli. Wanita itu menerangkan yang sebenarnya tapai tu nak dihantar kepada anaknya yang menetap di Frankfurt, ibu kota Jerman. Anaknya teringin sangat nak makan sambil perkenal kepada orang di sana. Jika dihantar yang dah menjadi tapai, dah tentu sampai sana ia dah tak elok lagi....

Mak Minah bersyukur kepada Allah dengan keajaiban yang terjadi............






14 March 2011

Gambar Ngeri Pesawat Terhempas (18SG)

AMARAN: Gambar-gambar dalam entry ini adalah pada tahap kengeriaan yang tinggi, yang mungkin boleh menggangu emosi sesetengah orang. Bukan apa, takut ada pula yang tak lalu nak makan pulak bila tenggok gambar-gambar ni......



















Gambar ni sebenarnya disedut dari email yang di 'fwd' oleh rakan. Tak dapat dipastikan lah bila, di mana ia berlaku.
Sekadar untuk tontonan mereka yang suka tengok gambar ngeri. Apapun selapas ni jangan pulak takut nak naik kapalterbang, kerana kematian tu adalah ketentuan Allah.



Info dan gambar menarik juga dari rakan saya di sini...



12 March 2011

Racun Jadi Penawar


Kali ini nak bercerita berkenaan dengan kisah menantu dan ibu mertua. Ala-ala Mertua Vs Menantu juga lah ni. Walau mungkin cerita ini agak panjang sedikit, namun ada pengajaran yang tersirat di dalamnya. Moga ramai yang terus membaca dari awal hingga akhir...

Salmah(bukan nama sebenar) baru berkahwin dan terpaksa tinggal dengan mak mertuanya kerana suaminya adalah anak tunggal. Mak mertuanya sudah tua, namun masih kuat lagi. Mereka berdua agak tak sebulu dalam banyak hal. Salmah amat tidak senang dengan mak mertuanya dan begitulah sebaliknya. Salmah benarnya mempunyai sifat panas baran dan juga tak pandai menghormati orang. Tambah mengeruhkan lagi keadaan bila mak mertuanya sering mencari salah Salmah sahaja.

Pada suatu hari kerana tidak sabar lagi hidup bersama mak mertuanya, Salmah tekat untuk melakukan sesuatu. Dia mahu hapuskan sahaja ibu mertuanya itu, agar dia boleh hidup senang tanpa diganggu. Salmah telah dicadangkan oleh rakan karibnya untuk berjumpa Pak Kernal (bukan nama sebenar), seorang bomoh di kampung rakannya itu.

Salmah menceritakan segala masalahnya dengan mak mertuanya kepada Pak Kernal dan meminta agar Pak Kernal berbuat apa sahaja agar mak mertuanya itu mati.
"Baik lah, aku akan tunaikan permintaan kamu itu" kata Pak Kernal sambil masuk ke dalam.
Beberapa ketika kemudian Pak Kernal keluar membawa 1 bunjut ramuan khas yang diikat di dalam kain kuning. "Nah, ambil ni..." sambil mengulurkannya kepada Salmah.
"Tapi ingat, semua ni mesti dilakukan dengan berhati-hati agar tiada orang syak dan curiga. Mulai sekarang kamu kena berbuat baik pada dia, ikut cakap dia dan pura-pura sayang akan dia. Masak makanan yang dia suka dan ramuan dalam bunjut kain tu kamu masukkan setiap pagi dalam tehnya. Ramuan itu akan bertindak perlahan-lahan" terang Pak Kernal panjang lebar.

Setelah pulang ke rumah, Salmah mula melakukan apa yang diajar oleh Pak Kernal. Dia berbuat baik, pura-pura sayang, masak makanan kegemaran dan masukan ramuan yang diberi setiap pagi. Selepas seminggu berlalu, ramuan yang diberi oleh Pak Kernal dah habis separuh. Sikap mak mertua Salmah mula berubah. Dia tak lagi mencari salah Salmah, malahan dia mula memberikan kasih sayang seorang ibu kepada anak. Salmah pula mula rasa kasih dan sayang akan mak mertuanya. Sayang Salmah yang pura-pura dulunya dah mula menjadi sayang yang sebenar. Mereka cukup bahagia hidup bersama.

Masuk minggu kedua, Salmah mula gelisah. Dia tak sanggup kehilangan mak mertuanya. Salmah mula menyesal, menyesal yang amat sangat. Sudah lama Salmah tak merasa kasih sayang ibu selepas ibunya meninggal 10 tahun lalu. Sekarang kasih sayang itu kembali, namun akan pergi tak lama lagi.

Sekali lagi Salmah berjumpa Pak Kernal. Kali ini Salmah bersungguh-sungguh meminta penawar untuk ramuan racun yang diberikan kepada mak mertuanya. "Tolong lah pakcik, saya tak nak kehilangannya, dia amat baik. Dia sayangkan saya dan saya juga betul-betul sayangkan dia ....kami gembira bersama. Tolong lah pakcik, berikan penawarnya, saya sanggup bayar berapa sahaja, tolonglah pakcik...." Salmah merayu.
Lantas Pak Kernal berkata.."Cubalah berikan kasih sayang dan berbuat baik kepada orang lain, insyallah kita juga akan disayangi nanti. Ramuan tu bukan racun, ia cuma ramuan teh herba biasa sahaja..."



P/S: Cerita ini adalah rekaan semata-mata, sekadar menjadi pengajaran dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.





10 March 2011

Maut Kemalangan Motosikal

Motosikan adalah kenderaan yang paling mudah menyebabkan berlakunya kecederaan mahupun kematian bila berlalu kemalangan. Dengan hanya 2 roda, sudah tentu ia memerlukan keseimbangan untuk tidak jatuh. Itu lah antara sebab menjadikan kemalangan motosikal paling banyak di negara kita, selain dari cara menunggang yang melulu dan merbahaya oleh setengah penunggang.
Apa yang mengecewakan lagi bila anak muda kita terlibat dalam kemalangan kerana merempit...






Berhati-hati di jalanraya, yang lebih penting...JANGAN MEREMPIT...



Info menarik juga dari rakan saya di sini...





Info menarik juga dari rakan saya di sini...

09 March 2011

Seni Ikatan Kasut (2)

Seni ikatan kasut (2) adalah sambungan dari Seni ikatan kasut (1).

Ikatan 7








Ikatan 8








Ikatan 9









Ikatan 10









Ikatan 11









Ikatan 12




Selamat mencuba...

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers