((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

12 March 2011

Racun Jadi Penawar


Kali ini nak bercerita berkenaan dengan kisah menantu dan ibu mertua. Ala-ala Mertua Vs Menantu juga lah ni. Walau mungkin cerita ini agak panjang sedikit, namun ada pengajaran yang tersirat di dalamnya. Moga ramai yang terus membaca dari awal hingga akhir...

Salmah(bukan nama sebenar) baru berkahwin dan terpaksa tinggal dengan mak mertuanya kerana suaminya adalah anak tunggal. Mak mertuanya sudah tua, namun masih kuat lagi. Mereka berdua agak tak sebulu dalam banyak hal. Salmah amat tidak senang dengan mak mertuanya dan begitulah sebaliknya. Salmah benarnya mempunyai sifat panas baran dan juga tak pandai menghormati orang. Tambah mengeruhkan lagi keadaan bila mak mertuanya sering mencari salah Salmah sahaja.

Pada suatu hari kerana tidak sabar lagi hidup bersama mak mertuanya, Salmah tekat untuk melakukan sesuatu. Dia mahu hapuskan sahaja ibu mertuanya itu, agar dia boleh hidup senang tanpa diganggu. Salmah telah dicadangkan oleh rakan karibnya untuk berjumpa Pak Kernal (bukan nama sebenar), seorang bomoh di kampung rakannya itu.

Salmah menceritakan segala masalahnya dengan mak mertuanya kepada Pak Kernal dan meminta agar Pak Kernal berbuat apa sahaja agar mak mertuanya itu mati.
"Baik lah, aku akan tunaikan permintaan kamu itu" kata Pak Kernal sambil masuk ke dalam.
Beberapa ketika kemudian Pak Kernal keluar membawa 1 bunjut ramuan khas yang diikat di dalam kain kuning. "Nah, ambil ni..." sambil mengulurkannya kepada Salmah.
"Tapi ingat, semua ni mesti dilakukan dengan berhati-hati agar tiada orang syak dan curiga. Mulai sekarang kamu kena berbuat baik pada dia, ikut cakap dia dan pura-pura sayang akan dia. Masak makanan yang dia suka dan ramuan dalam bunjut kain tu kamu masukkan setiap pagi dalam tehnya. Ramuan itu akan bertindak perlahan-lahan" terang Pak Kernal panjang lebar.

Setelah pulang ke rumah, Salmah mula melakukan apa yang diajar oleh Pak Kernal. Dia berbuat baik, pura-pura sayang, masak makanan kegemaran dan masukan ramuan yang diberi setiap pagi. Selepas seminggu berlalu, ramuan yang diberi oleh Pak Kernal dah habis separuh. Sikap mak mertua Salmah mula berubah. Dia tak lagi mencari salah Salmah, malahan dia mula memberikan kasih sayang seorang ibu kepada anak. Salmah pula mula rasa kasih dan sayang akan mak mertuanya. Sayang Salmah yang pura-pura dulunya dah mula menjadi sayang yang sebenar. Mereka cukup bahagia hidup bersama.

Masuk minggu kedua, Salmah mula gelisah. Dia tak sanggup kehilangan mak mertuanya. Salmah mula menyesal, menyesal yang amat sangat. Sudah lama Salmah tak merasa kasih sayang ibu selepas ibunya meninggal 10 tahun lalu. Sekarang kasih sayang itu kembali, namun akan pergi tak lama lagi.

Sekali lagi Salmah berjumpa Pak Kernal. Kali ini Salmah bersungguh-sungguh meminta penawar untuk ramuan racun yang diberikan kepada mak mertuanya. "Tolong lah pakcik, saya tak nak kehilangannya, dia amat baik. Dia sayangkan saya dan saya juga betul-betul sayangkan dia ....kami gembira bersama. Tolong lah pakcik, berikan penawarnya, saya sanggup bayar berapa sahaja, tolonglah pakcik...." Salmah merayu.
Lantas Pak Kernal berkata.."Cubalah berikan kasih sayang dan berbuat baik kepada orang lain, insyallah kita juga akan disayangi nanti. Ramuan tu bukan racun, ia cuma ramuan teh herba biasa sahaja..."



P/S: Cerita ini adalah rekaan semata-mata, sekadar menjadi pengajaran dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.





8 comments:

zulkbo said...

salam..
nauzubillah..sampai nak berbunuhan tu yang tak patut tu..moga di jauhi keturunan saya..biarpun happy ending cerita ni..tapi realiti memang ada..manusia sanggup berbunuhan sesama darah daging..

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Madu Dan Racun

Engkau yang cantik
Engkau yang manis
Engkau yang manja

Selalu tersipu
Rawan sikapmu
Di balik kemelutmu

Di remang kabutmu
Di tabir mega-megamu
Ku terlihat
Dua tangan di balik punggung mu

Madu di tangan kanan mu
Racun di tangan kiri mu
Aku tak tahu mana yang
Akan kau berikan padaku

uihhhhh setiap racun ada penawarnyerrr tapi setiap penawar boleh jadi racun kannnn.... isshhhhhh jauhkan lerrrr berbunuh-bunuh

syeraheenim said...

hehehehh beshh lah :D
nty wat lah lagy entry cam niee heheh
:D

kay_are said...

memang ade pengajaran kat situ.. berbuat baik r sesame manusie.. hee

Desktop Komputer said...

dari racun menjadi penawar sungguh karuniaNya

kasih said...

said:
pernah tgk ceta mcm ni kat tv tapi dlm ceta tu dia kena jaga mak mertua yang nyanyuk..(tak ingat lak tajuknya)

azi nur said...

makkk ai...mintak jauh anak cucu

ondscene said...

yg dibimbangkan ialah, apabila penawar itulah sebenarnya racun...

boleh buat ala-ala novel ni...

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers