((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

25 January 2011

Tips Hasilkan Entry Setiap Hari (Utk Blogger Baru Shj)



Ada blogger mengeluh takde idea atau bahan nak buat entry baru setiap hari. Sebenarnya tak susah nak buat 1 atau banyak2 entry setiap hari, yang penting mempunyai masa untuk mengadap depan PC atau laptop.
Berikut disenariakan apa yang terlintas difikiran bagaimana nak menghasilkan banyak entry setiap hari.

1. Buat entry berpandukan berita terkini. Senang sahaja, akhbar online kan banyak, jadi ambillah berita menarik, copy n paste je. Lebih baik lagi, ulas berita itu, jika malas, tak payah. Dah tentu ada shj berita baru yang disiarkan setiap hari. Tapi ingat, jadilah blogger yang beretika, berikan kredit kepada akhbar berkenaan.

2. Komen atau ulas entry blogger lain. Kita juga boleh komen atau beri info tambahan kepada entry rakan blogger lain dengan membuat entry diblog kita. Tapi, jgn lupa letakkan backlink rakan blogger yang entry beliau kita ulas itu.

3. Entry merapu. Kekadang entry merapu ni digemari oleh pengunjung. Masukkan sahaja apa2, pantun ke, sajak ke, puisi ke atau luahan hati sendiri. Tapi awas jika yang dimasukan tu hasil nukilan orang lain, sila berikan kredit utk org itu.

4. Acara atau majlis. Masukan entry berkenaan acara yang bakal atau dah berlangsung samada di peringkat kampung, taman, negeri, negara mahupun dunia. Contohnya bakal atau dah berlagsung 'PC Fair', Sukan Asia, pertandingan memasak, sukan air, mesyuarat PIBG, gotong-royong bersihkan kubur dan lain2 lagi.

5. Berkenaan diri sendiri. Ni paling senang. Cerita shj apa2 yang berlaku seharian. Pagi minum apa dan kat mana, tengahari makan apa dan di mana, pastu bleh juga cerita bila kena marah dengan bos, datang lewat, ponteng kelas, jumpa pakwe/makwe, ngorat awek, jatuh tangga, seluar terkoyak, bagi derma masjid dan lain2 cerita harian yang kita lalui.

Apapun setiap blogger ada cara, kreaktor, misi dan visi tersendiri. Ada blogger yang suka buat entry banyak dan ada yang tak suka buat entry banyak. Semuanya terletak ditangan anda, hak anda untuk mencorakkan blog anda sendiri. Anda adalah tuan punya blog anda itu.

Ops... bila aku buat entry tips ni, mesti ada org berkata.."eleh, bagi tips buat entry banyak konon.., entry dia sendiri pun sikit je..."
Maka dengan tenang dan penuh tertip serta selambanya aku akan menjawab "seorang doktor merawat pesakit dan tahu tentang cara menjaga kesihatan pun tak boleh sakit dan dimasukkan hospital juga..."


12 comments:

wida said...

good info..kdg2 mmg ada ikot tips di atas..paling senang tengok berita hr ni

enaz said...

HUHU,thanks URY, info yg menarik, tu la... sy ni kurang follower,blogger baru la kate kn.... hehe

Abang Zul said...

Tima kasih daun keladi, Zury..

Abang pun sama macam enaz gak,

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Bapak budak baru belajar,
Mana yang salah tolong tunjukkan...

Terima Kasih.

zulkbo said...

salam..
nice tips bro..
tapi saya layan
je entri merapu/ rojak
di blog saya..he he

akuanakpahang said...

Salam sahabat, terima kasih berkogsi pendapat dan pengalaman anda TQ.

Itu Aku said...

info yg baik..terima kasih :)

Admin said...

menarik ni.. merendah diri pula bro..hehe

Hafriz el-Muhammady said...

Sy pegang pd kata2 seorang pakar dlm bdang pnulisan.
Kata bliau..
"YANG PENTING ANDA TULIS!"

So, Sy pegang kata2 tu smpai ke hri ini...^_^

follower x bribu xpe, jnji kita tulis dan kita amanah dan ikhlas dgn stiap apa yg kita tulis.

Miecyber said...

Tips berguna Broo..

Thanks..

Uruguay kawal penggunaan internet

Nieza said...

tq for sharing:)

~wani~ said...

jom2 wat entry :)

Em's Family said...

thanks for the info..

anyway, nak mintak tolong vote akak untuk Friso contest boleh ?

Ok.. ini instruction dia..

1. Go to http://apps.facebook.com/flaunt-it/
2. Click ALLOW
3. Click VOTE NOW
4. Go to FLAUNT YOUR MOMENT
5. Go to http://apps.facebook.com/flaunt-it/moment_view.php?id=10195&menu=gallery
6. Click VOTE..

or kalau nak tengok gambar sekali. boleh tengok dekat http://malaysiagiveaway.blogspot.com/2011/01/i-appreciate-your-vote-for-friso.html

Kalau if you dont mind, boleh vote every 24 hours..
thank :)

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers