((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

23 February 2011

Tips Blogger: Jangan Tukar Free Domain



Semalam saya mendapat pengajaran yang amat bernilai dalam dunia blogger ni. Bila klik je link ke blog ni keluar "Server Not Found"... adoii. Selidik punya selidik rupanya serve untuk domain hamradio.my/ down atau dah bungkus... hampehhh geramnyee..

Sebenarnya, dulu saya tukar ke domain hamradio.my/ kerana namanya agak cantik dan sesuai dengan saya yang terlibat dengan hamradio ni... Namun,begini pula jadinya. Domain ni free je.
Dah jadi begitu, dan nak terus ber 'blogging' terpaksa lah tukar domain. Kesan yang teruknya kita dah banyak dan penat taburkan jejak dan backlink diserata tempat, semuanya sia-sia.... rasa mcm nak tutup terus akaun ni.

Jadi, peringatan kepada blogger baru (sprt saya) jangan tukar domain kepada domain free, tu semua tak boleh diharap! Lebih baik kekalkan kat domain asal dimana blog dibina, ia lebih stabil.
Jika nak tukar juga dapatkan domain berbayar (www.yourblog.com) baru terjamin dan puashati.

Ianya menjadi satu pengajaran yang berguba kepada saya. Semoga kesilapan saya ni menjadi pedoman kepada baru sekalian..


14 comments:

Wafiy Suzly said...

sbarlah dengan setiap apa yg berlaku..

Redbloodsnow said...

huhu...zie pnah gune yg domain yg berbayar. hancus blog zie di buatnya
nasib baik harga setahun x mahal sgt. if tak...rugi giler

akuanakpahang said...

Salam, semoga kita sama2 dpt mengambil pengajarannya, bender free nie mmg x boleh harap gamaknya.

Tu pasal kalau saya nak tukar domain sendiri mikir panjang aje :(

Rozali said...

Assalamualaikum URY

terima kasih banyak2

Wassalam

Miecyber said...

Peringatan untuk diri saya juga...

Vaksin HIV berjaya di India

Abang Zul (9W2FLY) said...

Abg tak reti apa satu pun pasal blog. Free domain ke bayar ke (lagi la tak mampu)

Takat kenal blogspot je.

P/s: Mintak tolong sket, bagi kotak komen 'pop up' boleh kan...

Sian kat kami2 yg slow connection ni.. loading manjang...hik hik hik

::nuRuLaDHar:: said...

err..kurang paham bab ni..huhu

Afzainizam said...

║║╔║║╔╗ ║
╠╣╠║║║║ ║
║║╚╚╚╚╝ O
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
uihhhh ade pernah sekali jumpa nasib tak klik jus padam ajerrr

masnurain said...

ohh!! trimas dgn pengajaran nie!! huhu.. ^___^ by d way, sje menyinggah kat cnie..~~

JOM TENGOK NIE..!!!

tahu kebaikan bercelak?? jom bace!

siapa pernah dengar pasal KB Toys..??

SUGAR GLIDER tu apa ek..??

nufnang tu apa?

idahsalam said...

terima kasih.buat pengajaran kita semua

Mazru Majid said...

salam..

thanks 4 sharing bro..

73

Faizul said...

pembetulan,

bukan bungkus, tetapi dalam proses penaiktaraf atau upgrading. domain hamradio.my nak tambah lagi ciri-ciri keselamatan dengan DNSSEC. bukan bungkus.

benda percuma tak semestinya bagus. tetapi sekurang-kurangnya ada jugak sumbangan kepada ham radio malaysia seperti planet.hamradio.my (kumpulan blog yang diambil dan dipaparkan pada satu website), callsign.hamradio.my (enjin penjejak callsign radio amatur malaysia).

ini lah sikap rata-rata radio amatur di malaysia, sungguh mengecewakan.

9m2ibr pun guna hamradio.my, 9w2spa pun guna hamradio.my, tapi tak tulis yang bukan-bukan bila hamradio.my down.

terima kasih kerana menunjukkan sikap diri yang sebenar.

URY said...

Yang dihormati Tuan Faizul,
Bila domain ni down saya ada hantar 2 email kepada tuan yg dihormati, tuan hanya membalas "tukar semula ke blogspot". Tanpa apa2 alasan pun. Jawapan tuan membuatkan saya tak pasti kedudukan sebenar dan timbul rasa kecewa. Membuatkan saya meluahkan perasaan diblog ni(saya luah perasaan kpd tuan yg budiman, tuan tak layan..). Tiba2 hari ni tuan melenting dan hentam saya di sini.

Apapun, terima kasih kerana menunjukkan sikap diri tuan yang sebenar.

Faizul said...

saya suruh tukar ke blogspot. bukan saya cakap domain hamradio.my bungkus. tahukah anda bahawa kos untuk hamradio.my ni lebih mahal dari yuran tahunan lesen radio amatur kelas A ?. tujuan anda menulis kat blog itu untuk apa ? meluahkan kekecewaan ataupun nak menghasut atau memburukkan orang lain ?.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers