((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

26 March 2011

"Mak, mana suami saya mak...?"



Hari itu Salma, suaminya Kamal dan anak mereka bangun pagi-pagi lagi. Bersiap untuk pulang ke kampung Salma. Salma sungguh teruja untuk pulang kali ini, maklumlah nak meraikan majlis pertunangan adiknya.

Setelah siap semuanya, mereka pun memulakan perjalanan. Kereta dipandu oleh Kamal bergerak agak lancar kerana pagi itu masih ramai yang belum keluar rumah. Sambil memandu dan menikmati alunan muzik dari radio, sesekali Kamal menjeling memandang Salma. Salma sebenarnya keletihan, semalaman tak tidur kerana sibuk menyiapkan gubahan bunga untuk majlis tu.

Setengah jam menyusuri jalan, Salma mula dilamun mimpi. Menyedari Salma dah tertidur, Kamal mula menambah kelajuan sambil melayan selekoh-selekoh tajam di kawasan kebun getah dan hutan. Makin lama makin hebat aksi Kamal, memotong semua kenderaan di hadapannya.

Tiba-tiba, Salma terjaga. Menyedari keadaan pemanduan Kamal yang merbahaya, Salma menegur suaminya "bang, napa laju sangat ni..?". "Tak pe lah, biar kita sampai awal sikit.." jawab Kamal memberi alasan. Sambil itu Kamal terus menekan minyak dan memotong kenderaan di depannya. "Pelahan la sikit bang, Sal takut la.." pinta Salma. Tampa menghiraukan kata isterinya Kamal terus memecut. Di satu selekoh dia cuba memotong sebuah lori sampah. Tiba-tiba di depan muncul sebuah lori tangki dari arah hadapan..... DAMMM.....

Salma terdengar sayup-sayup namanya dipanggil. Salma membuka mata perlahan-lahan.... di sisi cuma ada emaknya sahaja. Salma teringatkan suami dan anaknya. Dia jadi cemas... "Mak, mana anak saya... mana suami saya mak...?" Emak Salma tidak tak mampu bersuara, hanya memandang anaknya yang masih kebinggungan. "Mak, suami saya mana mak..." tanya Salma lagi. Pannggg.... satu penampar hinggap di kepala Salma. "Isk, budak ni. Tu la, orang suruh kawin tak nak... kan dah angau tu. Dah bangun solat asar, dah nak maghrib dah ni.."

P/S: Berhati-Hati Di Jalanraya :) "

Suka Cerita tadi... Lawati juga 'rakan' saya di sini...







5 comments:

CekWa said...

hihihi mimpi jek rupenya..siap ada anak lagi!

Miecyber said...

Kakakaka...kelakornyer...


RAM & ROM

MOH KEMBARA said...

Salam Yob Radio Ham, pe kabor? Yong lama ni tak ziarah sini...tau ngape? Kat Turki tak buleh akses blog yob! 3 bulan kat sana 3 bulan tak buleh bukak blog Yob dan ada 3-4 blog lain. Jgn marah ye. Ni dah dekat seminggu balik, ziarah semula. Apa punya citer, sedih, suspen dan lucu Yob. Tapi sian Salma tu, mimpi dah kawin...

::NelyLeyana:: said...

ahahaha

ama said...

gatal nak kahwin.

haha

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers