20 March 2011
Doa Yang Ditunaikan
Mak Minah bersama suaminya isteri berkebun kecil-kecilan untuk menyara hidup. Disamping itu, keistimewaan Mak Minah adalah dia pandai membuat tapai pulut. Tapai pulut Mak Minah terkenal satu kampung. Dibungkus dalam daun pisang atau daun pokok getah...sama sedapnya. Jika ada majlis keramaian, pasti tapai Mak Minah jadi pilihan. Tapi, tempahan mestilah awal, sebab Mak Minah perlu memerap atau memeram dulu tapai yng dibuat selama 2 hari sebelum ianya masak dan sedia untuk dimakan.
Sudah menjadi kebiasaan, pada Sabtu pertama setiap bulan Mak Minah dan suami akan keluar untuk menjual tapai dan hasil kebun yang lain di sebuah pasar tani mega ke suatu bandar berdekatan. Biasanya 2 hari sebelum ke pasar tani tu, Mak Minah akan mula membungkus dan memerap tapainya. Namun pada minggu ini dia terlupa. Malam sebelum hari pasar tani baru dia mula membungkus dan memerap tapainya. Sambil berdoa kepada tuhan agar tapainya masak esok hari.
Bangun pagi-pagi, sebelum solat subuh Mak Minah berdoa lagi agar keajaiban berlaku dan tapainya masak. Kemudian dia membuka bungkusan tapainya, nyata ianya belum masak lagi. Kemudian selepas solat subuh, sekali lagi dia menadah tangan berdoa agar ada keajaiban dan tapainya masak pagi tu juga. Dia tetap yakin yang Allah Maha Berkuasa dan doanya boleh ditunaikan. Selepas itu dia membuka bungkusan tapainya, tiada keajaiban berlaku....tapai masih belum menjadi tapai. Mak minah membungkus kembali tapainya, sambil dalam hatinya tak putus-putus berharap agar tapainya masak sebelum dia keluar ke pasar tani sekejap lagi.
Mak Minah dan suami macam biasa bersiap untuk ke pasar tani membawa hasil kebun mereka. Namun dalam hati Mak Minah sentiasa berharap agar tapainya masak, kerana tapailah yang menjadi sumber jualan paling laris buat mereka. Setelah persiapan untuk untuk ke pasar tani itu selesai, Mak Minah sekali lagi ke tempat di mana tapainya diperam. Dia membuka lagi bungkusan tapainya, dalam hati tak putus-putus berdoa agar keajaiban muncul... namun tidak menjadi kenyataan juga. Dia hampa namun masih berharap dan yakin yang Allah akan menunaikan permintaannya.
Sedang Mak Minah membungkus kembali bungkusan pemeraman tapainya, terdengar sayup-sayup orang memberi salam dari luar rumah. Mak Minah bergegas ke pintu rumahnya sambil membalas salam. "Tumpang tanya, ni rumah Mak Minah ke..?" tanya seorang wanita sambil berjalan kearah Mak Limah dari kereta BMW biru gelapnya. "Ye... betul" balas Mak Limah lembut dalam kebingunggan. "Errr... saya nak beli tapai yang belum menjadi, ada ke makcik" tanya wanita tadi agak ragu-ragu. Sepanjang Mak Minah jual tapai ni, belum pernah orang nak beli tapai yang belum jadi tapai.
Jadi, semua tapai yang dibuat untuk ke pasar tani tu diborong oleh wanita tadi. Sebelum wanita tadi beredar Mak Minah sempat juga bertanya wanita itu tentang tapai belum menjadi yang dibeli. Wanita itu menerangkan yang sebenarnya tapai tu nak dihantar kepada anaknya yang menetap di Frankfurt, ibu kota Jerman. Anaknya teringin sangat nak makan sambil perkenal kepada orang di sana. Jika dihantar yang dah menjadi tapai, dah tentu sampai sana ia dah tak elok lagi....
Mak Minah bersyukur kepada Allah dengan keajaiban yang terjadi............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum URY
“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” Surah Thahaa : ayat 132
Wassalam
Post a Comment