((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

04 March 2011

Kambing di Hutan Batu


Ku terima hakikat, aku seekor kambing di tengah hutan batu.
Spesis yang makin berkurang di hutan yang mencabar ini.
Di persekitaran yang penuh dengan hidupan liar yang sentiasa mencari mangsa, secara terang-terang atau tersembunyi. Diperhatikan di sekeliling ku ada juga yang kelihatan mirip keluarga ayam, namun ia sebenarnya musang yang cuba memerangkap mangsa.

Walau aku tak sendirian di sini, kerana masih ada lagi segelintir dari hidupan di sini adalah dari spesis aku. Tapi kami tak mampu melawan hidupan dari spesis berkuku dan bertaring tajam ini. Kami hanya mampu berserah dan berdoa agar dilindungi Ilahi. Lariku tak sepantas 'cheetah', gigi dan rahang ku tak sehebat buaya, kuku ku tak setajam sang belang, aku tak seganas singa dan aku tak mampu memanjat sehebat harimau bintang.

Berbagai ujian aku dan yang senasib ku terima. Tak cukup dengan kekejaman dan kezaliman kami juga dicerca. Kata mereka kami ni harapkan janggut sahaja panjang tapi telur ditunjuk-tunjuk.... malunyaa...
Setiap dari kita tentu ada kelebihan dan kelemahan, jangan lah kami dihina kerana kelemahan kami itu.

Terkadang aku terfikir, haruskah aku berubah? Berubah menjadi harimau yang ganas, berubah menjadi buaya yang kejam atau berubah menjadi serigala yang berbulu ayam. Haruskah aku berubah... HARUSKAH?????

7 comments:

my said...

said:

apahal lak ceta pasal kambing, bang?peliklah...cetalah pasal lembu ke, kerbau ke, unta ke?hahahahaha

zulkbo said...

salam..
molek juga kambing ni
di golekkan di pemanggang..
kurang kolestrol..goner??

relevan said...

Entri tentang kambing selalu menarik perhatian ..

Sharinginfoz said...

tak perlu berubah jadilah kambing

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. kerana ade masalah pada laptop aku..baru hantar repair lerr...

kambing gurun tuuuu spesis jarang jumpa manusia.... hahhhh kalau dapat kita plak yang kena tangkap kat PERHILITAN

Warna Warni Kehidupan said...

kambing???? oooo aku tak faham...

Miecyber said...

Pakailah seluar lepas ini supaya tak nampak telur lagi..

Senarai produk positif DNA babi akan diumumkan

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers