((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

27 April 2013

Berkelana Di Korea Selatan


Selamat Sejahtera. Lama benar tak update blog ni, dah bersawang dah nampaknya. Oleh kerana update blog ni adalah hobi sahaja, jadi ia terpaksalah diketepikan dikala ada tugasan lain yang lebih penting. Takkala berada diperantauan macam ni setiap masa terluang terpaksa diisi dan diri terpaksa disibukkan, jika tak asyik teringat bandal busuk kat rumah je la. Hai bantal busukku, walau jauh kutinggalkan, namun bau mu tetap menjadi pujaan hati kuuu.... heheh.

Semasa post ni di publish, dah hampir 3 minggu kat Korea Selatan ni. Di mana mengikut perancangannya aku kena berada di sini sekurang-kurangnya selama sebulan untuk selesaikan tugasan.... tapi, tiket pulang masih belum confirm aarrrgg... Tiba di sini pada 10hb April yang lalu, dikala rangkaian berita tempatan dan dunia termasuk CNN sedang hebat memaparkan berita kemungkinan serangan dari Korea Utara. Tapi orang sini selamba je, macam tiada apa yang terjadi. Bagi mereka ianya perkara biasa dan sebelum ini pun isu macam ni sering timbul.

Penerbangan MAS mendarat di Incheon Airport, Seoul selepas bertolak dari KLIA yang mengambil masa lebih kurang 6jam. Urusan kemasukan tak lah rumit hanya kena isi borang pengistiharan emigration dan serahkan kat pintu masuk. Takde pulak banyak tanya seperti memasuki negara eropah.

Perjalanan rupanya masih jauh untuk ke destinasi. Dari sini terpaksa pula menggunakan pengangkutan darat untuk ke destinasi, yang memakan masa 4jam menaiki bas express. Terpaksalah mengheret beg berat hampir mencecah 30kg (termasuk beras 5kg..heheh) ke tempat bas pula. Nasib baik tempat bas tak lah jauh sangat. Tempat yang dituju ialah Mokpo. Tambang bas 34,000WON (lebih kurang RM95.00). Mokpo? Ya Mokpo... tak pernah dengar pun sebelum ni, hingga lah beberapa hari sebelum ke sini. Mokpo sebuah bandar kecil yang berada di hujung semenanjung Korea. Selapas menyeberangi beberapa batang sungai, memasuki sejumlah terowong, melalui kawasan pertanian yang masih kosong dan melalui kawasan berbukit, maka dipendekkan cerita tiba lah di Stesen bas Mokpo.

Dari stesen bas, perjalanan diteruskan lagi ke tempat penginapan pertama menaiki kereta 'rakan' yang sedia menanti menuju Hyundai Hotel yang mengambil masa lebih kurang 30min. Berakhirnya perjalanan tu, maka bermulalah tugasan rutin yang terpaksa dijalankan dan ianya tak lah sesuatu yang menarik nak diceritakan... hehehe..

Seperti yang dijangka, masalah terbesar yang dihadapi di sini ialah makanan halal. Jika di bandar besar mencari makanan halal adalah lebih mudah, tapi bandar kecil macam ni memang susah. Empat hari terpaksa makan roti, nasi kosong dan buah serta sedikit bekalan yang dibawa dari rumah. Akhirnya hari kelima, masalah makanan dapat sedikit diatasi dengan cara berpindah ke apartment. Huuhhh.. lega rasanya di apartment, dapatlah masak sendiri menggunakan bahan yang dibawa dari Malaysia yang menjadikan bagasi hampir mencecah 30kg tu... heheh. Sedap tak lagi penting di sini yang penting hahal dan mengenyangkan.

Ni hotel penginapan selama beberapa hari sebelum berpindah ke apartment.

Kebetulan dengan musim Cherry blossom atau bunga sakura berkembang. Menarik tentang bunga ni ialah ia akan berbunga semasa peralihan musim sejuk ke musim bunga dan kembang tak lebih 2 minggu sahaja. Memang cantik dan unik pokok ni, tiada daun tapi dipenuhi bunga dan selepas bunga gugur, barulah ia diganti dengan daun.

Berikut adalah bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia. Jadi, tinggal di apartment adalah penyelesaian terbaik untuk masalah makan jika tinggal lama di sini.

Hah.. yang berikut ni adalah kemestian bagi kebanyakan Malaysian Travelers....

Sekian untuk kali ini.......

.


5 comments:

Aku Anak Pahang said...

Salam, jauhnya berkelana jgn lupa balik mengundi :) kirim salam kat gadis korea tu :)

Ahmad Kamil said...

woooahh...seronoknya kat korea..

Memori Terindah

http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/memori-terindah.html

Unknown said...

seronoknya dapat pi kat sana..

mrpolie said...

Alhamdulillah... saudara berpeluang menimba pengalaman di negara orang, hrap suatu hari nanti saya juga diberi kesempatan untuk menjenguk negara asing.. insyaAllah.

MizTia said...

untuk menjalin silaturhmi :) ..
assiknya.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers