((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

06 May 2013

Solat Jumaat di Masjid Gwangju, Korea.


Gwangju merupakan bandar keenam terbesar di Korea Selatan. Terletak di selatan semenanjung Korea. Mengambil masa lebih kurang 1jam setengah dari Mokpo, manakala jika dari Seoul ia akan memakan masa lebih kurang 3jam menaiki kereta melalui highway.

Perkara yang menarik di sini ialah ia adalah salah satu bandar yang terdapat stadium bolasepak yang digunakan untuk piala dunia yang diadakan di sini pada tahun 2002. Apa yang lebih menarik di sini ada sebuah Masjid untuk solat Jumaat. Mungkin ia perkara biasa bagi negara Islam, tapi bagi bukan negara Islam kewujudan Masjid ni suatu yang istemewa kerana bilangannya boleh dikira dengan jari.

Ia sebenarnya ialah pusat dakwah Islam, terletak di kawasan yang agak tersorok, di belakang bangunan lain dan tiada papan tanda ke sini.

Pusat dakwah atau masjid ini ialah sebuah bangunan 2 tingkat di mana tingkat bawahnya terdapat bilik imam, tandas, tempat wuduk dan kedai runcit Halal Mart. Manakala dewan solatnya di tingkat atas yang keluasannya pada perkiraan boleh memuatkan seramai 150 orang jemaah sahaja pada sesatu masa.

Tempat mengambil wuduknya baru sahaja dibaik pulih dan kelihatan masih baru, cuma tandas kelihatan agak uzur dan tak sesuai untuk dipaparkan gambarnya.

Kutbah disampaikan dalam bahasa Inggeris oleh Imam dari Pakistan. Walaupun tiada pembesar suara, suara imam cukup lantang didengari kerana ruang yang tertutup dan agak sempit. Kebanyakkan jemaah yang hadir adalah pendatang dari negara timur tengah.

Selepas sahaja solat Jumaat, berpusu-pusu jemaah akan singgah membeli barang runcit halal yang berada di tingkat bawah bangunan. Kepada yang berada di kawasan selatan semenanjung Korea dan mencari bekalan runcit halal, boleh lah datang ke sini.

Makanan frozen halal (walau bukan halal dari Jakim) boleh didapati di sini termasuk ayam, daging kambing dan lain-lain. Sekurang-kurangnya dapat juga 'pekena' ayam berapa lama tak kena di sini.

.

Sekian.. Wassalam.

.

P/S: Sekadar memerhati dari jauh PRU13 hari ini, Selamat Mengundi diucapkan kepada yang layak.

.


.

2 comments:

Anonymous said...

suatu pengalaman terindah sebagai seorang Islam di negara Korea...

makcu B said...

Tersangatlah penting walaupun tidak gah!

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers