((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

04 October 2010

Raped Chinta



Alkisah cerita, petang tadi aku minum kat warung antara jam 6.40ptg hingga 7.00mlm. Sambil minum aku tengok la drama Melayu kat layar di warung tu... Aku tak penah tengok cerita tu sebelum ni. Oleh kerana kedudukan aku jauh dan sound system pun belum ready sepenuhnya lagi, jadi aku tak dapat dengar suara. Cuma boleh tengok gambar dan memek muka pelakon yang melakonkan babak yang agak emosi.

Namun nasib baik, ada sarikata dalam Bahasa Ingeris, dapatlah difahami serba sedikit tentang konflik yang melanda. Dari sarikata tu, sepanjang yang aku tonton dalam 20 minit tu, perkataan yang paling kerap keluar ialah 'raped'. Sepanjang tempoh tu tak kurang dari 10 kali perkataan itu tertera sebagai sarikata. Sebelum dan selepas tu, tak tahu lah berapa kali. Dalam bahasa Melayu tak pasti plak ape yang disebut...

Dalam hati aku berkata " uhh.. nasib baik tak tenggok dgn anak2, kalau tak jenuh nak menjawab jika ditanya... jika sekali dua tak kisah lah ni bebelas kali disebut....."
Bila keluar iklan baru lah aku tahu rupanya drama tu tajuknya 'Chinta'. Mmmm...sedap tajuknya.

Bagi aku lah, antara banyak2 punca anak muda kita 'rosak' adalah kerana terlalu cepat terdedah kepada benda yang belum masanya mereka tahu... Budak2 ni suka ambil tahu dan suka mencuba. Dah tahu, mesti nak cuba. Maka akan terjadi kes macam berlaku baru-baru ini... murid sekolah rendah 'projek' dalam kelas.

.

1 comment:

ghost said...

seperti nya aku melihat 'ungu violet'..

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers