((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

23 December 2010

Seruan Pulau Nami di Astro Prima

Pulau Nami adalah sebuah pulau kecil di Korea Selatan. Pulau ini terkenal dengan kecantikan alam semulajadinya. Ianya menjadi lebih terkenal apabila dijadikan lokasi utama penggambaran sebuah drama terkenal Korea satu ketika dahulu iaitu Winter Sonata.

Sekarang ini sedang rancak ditayangkan drama bersiri Melayu di Astro Prima bertajuk 'Seruan Pulau Nami'. Drama bersiri 13 episod ini ditayangkan di Astro Prima bermula pada 9 Disember 2010. Memakan masa selama 60minit bermula jam 4 petang, setiap Isnin hingga Khamis. Drama bersiri ini merupakan hasil pertama produksi MW Entertainment Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Mawi.

Sinopsis ringkas Seruan Pulau Nami
Drama yang menampilkan elemen cinta dan konflik. Mengisahkan kehidupan Amira yang bercerai dengan suaminya,yang kemudian mengambil keputusan menyambung pelajaran di Korea. Bercinta pula dengan Razlan yang sebenarnya menganggap dia adalah Syafika iaitu adik kembar Amira. Pelbagai konflik berlaku antara mereka hingga Syafika berdepan maut akibat menghidap penyakit barah otak. Dalam pada itu bekas suami Amira, Hashim masih terus menagih cinta darinya.

Teraju utama drama ini..



Rasanya ramai penggemar drama bersiri dah ikuti drama ini. Isi rumah ku yag lain (selain aku..) pun demikian, menjadikan drama ni juadah utama setiap petang sekarang ni.

.

6 comments:

♥NuR SyAFiQah♥ said...

mawi jd produser???
cm bst je cite 2..belakon kt korea 2..hehe

Aku Anak Pahang said...

Salam, kita nie kadang sibuk berblog macam tak de masa nak tgk drma kaco betul :( New Entry "Majalah akunakpahang kini di Pasaran, siapa nak free meh sini :)"

Anonymous said...

Masa kita minat kat Mawi suatu masa dahulu, tak pernah lepaskan peluang. Apa saja ttg MAWI tersembul bijik mata menonton atau membaca. Sekarang ni dah kureeeng.....minat.

darkbatman said...

zizan nin lg?adoi.hahaha

zulkbo said...

salam..
always terlepas citer nih
almaklum kerja sampai ke
malam..

CuTeMiUt78 said...

eemmm ari tu ada gak cam tertgk citer ni... cam best je

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers