((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

31 October 2010

PANORAMA: Final Piala Malaysia 2010.

Panorama sekitar Final Piala Malaysia 2010 di Stadium National, Bukit Jalil (Kelantan lwn N.Sembilan) yang dipenuhi dengan kehadiran penyokong dari kedua pasukan. Digamatkan oleh sorakan penyokong dan dentuman mercun.

Apa2pun periksa tiket dulu... Kalau takde, nanti dapat dengar sorakan dan bunyi mercun je dari luar stadium.

Sampai di perkarangan stadium jam 6.40ptg, selepas berjalan kaki selama 15 minit kerana terpaksa parking kereta agak jauh. Parking tepi jalan, nasib baik tak kena saman...

Pintu masuk stadium, agak sesak. Masa ni, mengikut info dari rakan yang dah ada kat dalam stadium, stadium dah hampir penuh. Alamak, berdiri lah nampaknya. Takpe lah, tiket dah beli, dah sampai stadium pun, takkan nak balik...

Masuk je lah... dikatakan kawalan ketat dan pemeriksaan badan akan dilakukan di pintu masuk. Ini bagi mengelakan barangan terlarang terutama mercun dibawa masuk. Mmm... memang ramai pihak berkuasa di situ, tapi tak ketat pun pemeriksaannya. Dia cuma tanya ada bawa lighter tak?? Aku jawab tak... terus lepas. (memang tak bawa pun. Jadi, confirm bukan aku yg bakar mercun. heee....)

Dari luar, kemeriahan dalam stadium dah kedengaran...Apapun, walau dimana pun berada yang ni nak kena tunaikan jugak...

Betullah apa yang diberitahu, bila menjengah dalam stadium Jam 7.20mlm, stadium dah penuh. Ramai dah mula kena berdiri, yang ada kosong cuma di astaka. Aik... aku pun bayar rm30 jgak, kena berdiri ke??? Lama ooo...


Sebahagian penyokong N.Sembilan. Masih banyak tempat kosong ketika ini namun mula penuh menjelang perlawanan bermula..."HOBIN JANG HOBIN...."


Sebahagian penyokong Kelantan. Terpaksa berdiri kerana tempat duduk dah penuh. Masih ada tempat kosong di tempat duduk astaka ketika ini, namun penuh juga menjelang perlawanan..."GOMO KLATE GOMO...."

Perlawanan bermula. N.Sembilan dengan jersi kuning-hitam-putih dan Kelantan dengan jersi putih-putih-merah. Lepas ni dah takleh ambil gambar lagi...nak tumpukan perhatian... wahh... gol..gol..gol..gol...tummm...tammm...tebbabooo... (tak dpt nak digambarkan lah...). Nak tahu saipa menjarigkan gol, tenggok ulasan perlawanan...


Dah habis... Kelantan menang 2-1. Upacara penyampaian hadiah dan piala.

Pemain Kelantan meraikan kemenangan sambil memberi penghargaan kepada penyokong setia Kelantan.




.

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010


Malam tadi Stadium National, Bukit Jalil menyaksikan kemunculan juara baru Piala Malaysia yang diiringi oleh gegak gempita sorakan penyokong dan dentuman mercun. Stadium yang dipenuhi oleh penonton yang dianggarkan 60 ribu berbaju merah dan 30 ribu kuning.

Perlawanan Kelantan-N.Sembilan bermula rancak dangan corak permaianan terbuka oleh kedua pasukan. Tidak seperti mana biasa di final pasukan akan bermula dangan berhati-hati. Tak haranlah baru sahaja minit ke-13 dah ada sepakan penalti yang diberikan kepada N.Sembilan dan disempurnakan oleh Shahrul Ain untuk gol pertama N.Sembilan.

Tamat separuh masa dengan N.Sembilan didepan 1 gol. Separuh masa kedua, Kelantan bermula lebih garang dengan serangan bertali arus. Gol penyamaan hadir dan dijaringkan oleh Hairuddin Omar pada minit ke-57, melalui tandukan hasil hantaran lintang Norshahrul Idlan. Gol kemenangan Kelantan pula dijaringkan melalui sepakan kencang oleh bekas ketua pasukan iaitu Badri Radzi pada minit ke-65 selepas menerima hantaran dri Nor Farhan.

>>> menyusul Panorama Final Piala Malaysia 2010 utk gambar sekitar final....


.

29 October 2010

Kemalangan Bas Dekat Genting Sempah


Tujuh maut manakala 39 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam tadi.

Kemalangan membabitkan bas yang membawa 46 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands. Berdasarkan siasatan awal polis, masalah brek dipercayai menjadi punca kemalangan itu.

Rombongan itu bertolak dari Kedah pada 11 malam tadi dan tiba di Genting Highlands pada 8 pagi tadi. Rombongan itu bertolak kira-kira 7 malam tadi dari Genting Highlands untuk ke Kampung Melayu Subang bagi menyertai program homestay. Mereka sepatutnya bertolak pulang pada 5 petang esok.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Mohd Zahid Azmi, 15, berkata ketika kejadian beliau sedang tidur dan terjaga apabila mendengar suara rakan-rakannya melaungkan "Allahuakbar" dan lari ke belakang bas.
"Bila saya sedar, semua yang berada di depan bas lari ke belakang sebab bas hilang kawalan," katanya yang pertama kali menjejakkan kaki ke Genting Highlands.
Mohd Saiful Mohamad Nor, 16, pula menyifatkan kejadian itu berlaku sekelip mata apabila bas yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbalik.
Beliau yang cedera di belakang badan dan luka di tangan mengakui serik untuk mengikuti rombongan seumpama itu.

Turut melawat mangsa yang tercedera di Hospital Bentong ialah Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai, iaitu Tan You Seng yang berkata pengangkutan akan disediakan untuk memindahkan semua mangsa yang cedera di Hospital Bentong ke Hospital Selayang awal pagi esok. - BERNAMA


P/S: ini menambahkan lagi senarai kemalanagan bas yang menyebabkan kehilangan jiwa. Ini merupakan kemalangan maut bas yang kedua dalam tahun ini. >> senarai bas maut.


.

26 October 2010

BUDU lwn MASAK LOMAK



Budu dan masak lomak cili api memang cukup popular di Malaysia ni. Sebut je mesti orang kenal dan ramai yang pernah merasa dan tahu bagaimana rasanya. Jika 2 jenis makanan ni bergabung dan dimakan bersama tentu lebih menyelerakan, hinggakan mak mertua lalu puntak perasan.

Apepun, pertembungan atau perlawnan antara keduanya akan dapat disaksikan pada 30 Oktober ini, di Stadium Bukit Jalil, jam 8.45 mlm. Ianya juga sudah tentu akan disiarkan secara langsung oleh TV di Malaysia.



Make budu tok payoh royak kokre
Duduk dapor baung sapa dale bilik
Setakat cah keting kawe tok here
Pialo M'sia kawe nok bawok kelik



Dari Rombau borakit ko Sg Lombing
Bawo bersamo masak lomak nangko mudo
Bia borcacak koreh dan lombing
Pialo M'sia den julang juo

Sama2 kita saksikan nanti....
PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2010 - Stadium National, Bukit Jalil.


KELANTAN lawan NEGERI SEMBILAN





.

23 October 2010

Senyum la sket....


Mungkin sekarang ni anda sedang dalam masalah, berduka atau bersedih.
Cuba lupakannya sejenak, kosongkan fikiran dari masalah yang berserabut.
Sebaliknya gantikan ia dengan kenangan dikala gembira,dikala suka dan dikala bahagia. Mustahil dalam seluruh hidup ini tiada langsung masa yang membawa kenangan indah. Ya, kenangan yang terindah…..
Sekarang senyum lah….
Senyum pastinya akan menenangkan diri sendiri dan juga yang memandang….

Tak mampu juga??
Maka cubalah untuk membalas setiap senyuman yang diberikan dengan senyuman...







Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

*Lirik lagu Senyum Seindah Suria.


22 October 2010

Permohonan RELA Secara Online



Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), yang kini telah mempunyai 1.3 juta anggota, telah memperkenalkan kaedah permohonan secara online bermula 17 Oktober lalu bagi memudahkan orang ramai menyertainya.
Sentuh pasal RELA ni teringat pulak zaman dulu kala. Zaman tu anggota RELA ni terkenal dengan senapangnya. Di kampung anggota RELA menjadi antara orang penting, kerana sering dipanggil oleh orang kampung untuk menembak tupai atau musang yang nak mengerjakan buah-buahan atau binatang peliharaan mereka.
Sekarang ni, tak pasti samada RELA, senapang dan tupai tu masih sinonim atau tidak. Namun yang pasti nampaknya sekarang ni RELA ni lebih menonjol diperingkat nasional. RELA selalu kelihatan masa serbuan keatas PATI, majlis keramaian, bantuan kemanuasian dan membantu pihak berkuasa dalam mengawal ketenteraman awam.
Jadi, yang berminat cuba lah ke e-RELA.


RELA dan PATI



.

21 October 2010

Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia 2010.





























.
Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia 2010(TERKINI)

SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2010
PUSINGAN PERTAMA(Rabu, 20 Oktober 2010)


KEDAH ( 0 ) LWN KELANTAN ( 0 )
N.SEMBILAN ( 0 ) LWN JOHOR FC ( 1 )



SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2010
PUSINGAN KEDUA (Sabtu, 23 Oktober 2010)


KELANTAN ( 1 ) LWN KEDAH ( 0 )
JOHOR FC ( 0 ) LWN N.SEMBILAN ( 2 )



Jadi final Piala Malaysia tahun ni mengulangi perlawanan akhir tahun lalu iaitu:
NEGERI SEMBILAN LWN KELANTAN



Majulah sukan untuk negara...

.

20 October 2010

Monorel Melaka rosak 4 jam selepas dirasmikan.





MELAKA 20 Okt. - Tidak sampai empat jam ia dilancarkan, perkhidmatan monorail di Stesen Hang Jebat, Taman Rempah di sini terhenti secara tiba-tiba ketika orang ramai berada di dalamnya.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang tadi, sebaik sahaja pengangkutan awam termoden di negeri ini itu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini pada pukul 1 petang.
Monorel Melaka ini dibangunkan dengan kos kira-kira RM15.9 juta. Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.
Secara teknikalnya amatlah memalukan bila berlaku 'breakdown' selapas baru 4jam beroperasi. Jentera baru tentunya telah menjalani 'commissioning' dan juga 'Endurance test' sebelum ia dilepaskan untuk beroperasi. Jadi, ianya sesuatu yang memalukan dan perlukan siasatan lanjut.

.

16 October 2010

PANORAMA: I-City


I-City terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Lokasinya di pinggir pusat Bandar, namun tetap sibuk dan meriah kerana lokasinya berdekatan dengan UiTM kampus Shah Alam. Tak hairan lah tempat ni menjadi salah satu tempat pelajar menenangkan fikiran, mencari ilham dan tak kurang yang ber’dating’.

Keadaan di sini macam sebuah taman, ianya berbumbungkan langit, berlantaikan rumput dengan bentuk muka bumi yang landai dan beralun dengan bukit-bukit kecil. Bezanya adalah kerana tanam ni berkonsepkan lampu. Semua dihiasi lampu, dari pokok hinggalah kepada replika dari arca ke binatang.

Selain dari itu di sini juga ada disediakan sebuah kawasan gerai jualan termasuklah makan, minum, cenderahati dan cenderamata. Kebanyakan cenderahati juga berasakan lampu, lampu suluh, gelang lampu, gasing lampu, tanduk lampu, topi lampu , kipas lampu dan macam-macam lampu lah. Nasib baik makanan dan minuman macam biasa, kalau makanan dan minuman pun dibubuh lampu, ramailah yang berutnya bercahaya.

Berikut adalah ponoramanya:
















.

15 October 2010

Selangor-Kelantan Bergaduh dan Persepsi Media

Selangor-Kelantan bergaduh: antara persepsi, realiti dan diskriminasi pihak media.

Mangsa>>> Masih Hidup Atau Mati?


Mungkin terlewat sedikit entry ni, sebab kejadian ni pada 12-10-2010 yang lepas di Stadium Shah Alam. Perlawanan bolasepak Piala Malaysia suku akhir pusingan pertama antara Selangor-Kelantan.(seri 0-0)
Sebenarnya tak berminat nak komen, tapi memandangakan keadaan yang berat sebelah di mana semua media massa dan elektronik seakan menyalahkan Kelantan dalam terjadinya insiden itu, tergerak pula untuk ku menaip pandangan dan isi hati.

Bagi aku, bukan sesuatu yang adil untuk menyalahkan satu pihak dalam kejadian ini. Sebabnya mereka ni 'bertempur/bergaduh/berlawan' dan bukan satu pihak 'membelasah' satu pihak lagi. Aku lebih suka tindakan yang diambil oleh pengadil perlawanan yang memberikan kad merah (keluar padang) kepada Gunalan (Selangor) dan Norshahrul Idlan (Kelantan) kerana mereka berdua bergaduh.

Semua media memberikan persepsi yang buruk terhadap Kelantan, hinggakan aku terdengar perbualan satu famili semasa menonton berita tv bersama anak2 mereka yang masih sekolah rendah..."huh...tu la Kelantan, jahat sangat, samseng.... orang lain main tak gaduh pun"... kata ibu mereka.
Sedari kecil lagi anak-anak diberikan persepsi yang nagatif kepada Kelantan. Itu lah yang akan 'dipegang' oleh anak-anak kecil itu... "Kelantan jahat". Begitulah ketika kita kanak-kanak dulu, ramai antara kita telah diberi persepsi 'Kelantan Jahat" oleh orang tua.

Kelantan jahat?? Dilihat kepada jenayah berprofail tinggi negara kita seperti pembunuhan jutawan kosmetik...Kelantan kah dia? Kumpulan penjenayah Geng mamak... Kelantan kah dia? Penjenayah cukup popular Botak Chin.... Kelantan kah dia? Bomoh yang membunuh ahli dewan undangan negeri Pahang... Kelantan kah dia?
Kita sibuk dengan slogan 1Malaysia konon, nak menyatukan berbilang bangsa di Malaysia sebagai satu bangsa Malaysia.. namun kita masih mendiskriminasi negeri dalam Malaysia. Negeri yang penduduknya 1 bangsa dengan anda.

Mak aiii, teremosi plak aku.....Bebalik kepada insiden malam tu, ada 1 kematian. Penyokong kelantan dikatakan sesak nafas dan meninggal di luar stadium.
Betul dia sesak nafas??? atau ada yang dibelasah sampai mati???
Lapurannya di sini : Masih Hidup Atau Mati?

Media perdana menyatakan 'Kelantan ganas'..... semua percaya. Sekarang cuba lah baca pengakuan di Facebook ini..... renung-renungkan lah.
---uth zoom, klik gambar dari facebook diatas.


Apapun malam ni 8:45mlm 15-10-2010 akan berlangsung pusingan kedua suku akhir Kelantan-Selangor di Kota Bharu, diharap tiada yang tak diingini berlaku. Harap semua boleh kawal emosi dan perlawanan berjalan lancar. ***(keputusan perlawanan ini KEL 3 - SEL 0.)

.

11 October 2010

Imbasan Bas Maut

Negara baru digemparkan dengan kemalangan ngeri bas ekspress yang berlaku pada tarikh yang dikatatan terindah tahun ini, iaitu 10.10.10. Kepada waris takziah diucapkan, kepada saudara kita yang terkorban 'Alfatihah' dihadiahkan.
Ini ada deretan berita yang melibatkan bas maut sepanjang beberapa tahun lalu. Ikutilah.....

2010
SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.
Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.




2009
IPOH 26 Disember: 10 penumpang terbunuh dan 2 cedera, 1 cedera parah, selepas sebuah bas ekspress dua tingkat Sani Ekspress  dhilang kawalan dan melanggar penghalang tepi jalan di KM 272.8 lebuh raya utara – selatan dimana bas tersebut menghala ke utara, 8 KM selepas keluar plaza tol Ipoh selatan,




2009
RAWANG 14 April, Enam orang termasuk pemandu sebuah bas ekspres maut, manakala tiga lagi parah apabila kenderaan dua tingkat yang membawa 32 penumpang itu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 443, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung, awal pagi semalam. Akibat rempuhan itu, sebahagian pembahagi jalan daripada besi sepanjang 60 meter terperosok melalui tingkap hadapan bas dan bersimpul di bahagian tempat duduk bawah, lalu terkena mangsa yang maut.


2008
MUAR 8 Disember: Sepuluh penumpang termasuk seorang doktor dari Hong Kong maut, manakala 18 yang lain cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 146.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tangkak, Muar, Johor.
Pemandu kedua Bas Super Nice Grassland yang terbabas dan terbalik, dekat sini, kira-kira jam 2.

2007
TAIPING 13 Ogos – Seramai 20 orang maut, lapan cedera parah manakala seorang cedera ringan apabila bas ekspres berusia 20 tahun yang mereka naiki terhumban ke parit sedalam lima meter di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 4.28 pagi yang disifatkan sebagai nahas jalan raya terburuk itu, 19 mangsa termasuk 13 lelaki dan sepasang suami isteri berasal dari Indonesia mati di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah, meninggal dunia di Hospital Taiping (HT) pukul 5 petang ini. Lebih buruk lagi, bas Super Express itu yang digunakan sejak 1987 dan gagal empat kali pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. baru-baru ini kerana masalah brek, disaman 19 kali oleh polis sejak 1991 selain merekodkan 79 saman dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lima tahun lalu.



2006
NIBONG TEBAL 30 Julai – Sebelas penumpang maut, manakala 35 lagi cedera termasuk sembilan parah dalam nahas ngeri apabila sebuah bas persiaran membawa 46 penumpang terbalik sebelum terbabas ke dalam parit di Kilometer 160.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Jawi, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, bas tersebut yang bertolak dari Ipoh, Perak dan menghala ke Bukit Mertajam, dekat sini terbalik sebanyak dua kali sebelum terbabas dengan keadaan kesemua tayarnya berada di atas dan bumbung ke bawah, di dalam parit berkenaan.


Dan banyak lagi yang tak tersenarai.... Namun seperti biasa selepas kejadian semua sibuk buat siasatan dan peraturan.... bila dah lama sikit semua lupa. Peraturan ntah kemana, undang-undang ntah kemana, nyawa penumpang terus jadi taruhan setiap kali bas ekspress meluncur laju di jalanraya...


.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers