((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

29 October 2010

Kemalangan Bas Dekat Genting Sempah


Tujuh maut manakala 39 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam tadi.

Kemalangan membabitkan bas yang membawa 46 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands. Berdasarkan siasatan awal polis, masalah brek dipercayai menjadi punca kemalangan itu.

Rombongan itu bertolak dari Kedah pada 11 malam tadi dan tiba di Genting Highlands pada 8 pagi tadi. Rombongan itu bertolak kira-kira 7 malam tadi dari Genting Highlands untuk ke Kampung Melayu Subang bagi menyertai program homestay. Mereka sepatutnya bertolak pulang pada 5 petang esok.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Mohd Zahid Azmi, 15, berkata ketika kejadian beliau sedang tidur dan terjaga apabila mendengar suara rakan-rakannya melaungkan "Allahuakbar" dan lari ke belakang bas.
"Bila saya sedar, semua yang berada di depan bas lari ke belakang sebab bas hilang kawalan," katanya yang pertama kali menjejakkan kaki ke Genting Highlands.
Mohd Saiful Mohamad Nor, 16, pula menyifatkan kejadian itu berlaku sekelip mata apabila bas yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbalik.
Beliau yang cedera di belakang badan dan luka di tangan mengakui serik untuk mengikuti rombongan seumpama itu.

Turut melawat mangsa yang tercedera di Hospital Bentong ialah Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai, iaitu Tan You Seng yang berkata pengangkutan akan disediakan untuk memindahkan semua mangsa yang cedera di Hospital Bentong ke Hospital Selayang awal pagi esok. - BERNAMA


P/S: ini menambahkan lagi senarai kemalanagan bas yang menyebabkan kehilangan jiwa. Ini merupakan kemalangan maut bas yang kedua dalam tahun ini. >> senarai bas maut.


.

No comments:

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers