((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

31 January 2011

'Interested' Pada Yang Lain


Dalam beberapa hari ni tak berkesempatan nak ber'blogging'. Tiada BW dan tiada update, nak naik bersawang dah blog ni. Sibuk sangat ke?? Sebenarnya takde lah sibuk sangat pun. Cuma kadang2 bila kita ada sesatu 'interest' baru yang dirasakan agak 'interesting' pada ketika itu, maka benda 'interest' yang lama akan sedikit berabai.

Jadi, pada kakak, abang dan adik semua jika pasangan anda tiba-tiba dingin terhadap anda, mungkin dia ada 'interested' pada yang lain. Walauapapun jangan terus membuat telahan negatif. Tidak semua 'interest' baru dia tu akan menggugat hubungan anda dengannya. Mungkin 'interest' baru adalah cuma bersifat sementara, mungkin boleh menjadi pemangkin kepada hubungan lebih erat, mungkin bakal membawa lebih kesenangan dan kebahagian dalam perhubungan.
Perlu juga ingat yang 'interest' seseorang manuasia itu bukan hanya terbatas terhadap manusia yang lain sahaja...

28 January 2011

Hari-hari Limau


Tahun Baru Cina(TBC) semakin hampir menjelma. Ada sesuatu yang paling terasa bila tibanya TBC ni ialah limau mandarinnya. Boleh dikatakan hari-hari makan limau... breakfist dengan limau, lunch dengan limau, silap-silap dinner pun dengan limau juga. Maklumlah tak putus-putus penghantaran yang tiba...heheh.

Mengikut sains kesihatan, limau mandarin ni kaya dengan vitamin C, B, kalsium dan serat.
Vitamin C yang tinggi dikatakan mampu melindungi dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka.
Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung.
Kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan meningkatkan ketahanan badan terutama dari ancaman penyakit pereputan gigi dan tulang.
Serat tinggi yg larut dlm air telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.
Paling-paling utama sekali ia amat mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit.

Namun yang hairannya, apa yang terjadi bila makan limau ni banyak akan datang pula masalah sakit perut dan perit tekat hingga kepada batuk.
Mungkin terlebih sukatan kot... atau ada bahan kimia merbahaya dah terlarut di dalam limau tersebut..??

.

26 January 2011

MALAYSIA IT FAIR 2011 (28 Jan - 30 Jan)



Jangan lupa hujung minggu ni kita serbu Malaysia IT Fair yang bakal diadakan di Mid Valley Exhibition Centre, 28/1/2011 hingga 30/1/2011.
Difahamkan pelbagai barangan IT akan dijual dengan harga paling istimewa, antaranya iPads, handphone, smartphone, laptop, kamera, peralatan audio dan visual, GPS navigators, aksesori komputer, gajet dan macam-macam lah. Pendek kata semua barangan IT & elektronik ada di sana nanti.

Dijangkakan lebih daripada 200 booths akan dibuka. Yang paling menariknya diberitakan akan bersangsung jualan secara lelong pada jam 3.30 ptg (Sabtu dan Ahad) dan jam 7.00ptg (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Tak tahu lah apa yang nak dilelong, tapi dah tentu barangan IT lah takkan nak lelong baju pulak.

Untuk keterangan lanjut sila ke laman web rasmi MALAYSIA IT FAIR 2011.
Kita jumpa di sana.... hehehe..


25 January 2011

Tips Hasilkan Entry Setiap Hari (Utk Blogger Baru Shj)



Ada blogger mengeluh takde idea atau bahan nak buat entry baru setiap hari. Sebenarnya tak susah nak buat 1 atau banyak2 entry setiap hari, yang penting mempunyai masa untuk mengadap depan PC atau laptop.
Berikut disenariakan apa yang terlintas difikiran bagaimana nak menghasilkan banyak entry setiap hari.

1. Buat entry berpandukan berita terkini. Senang sahaja, akhbar online kan banyak, jadi ambillah berita menarik, copy n paste je. Lebih baik lagi, ulas berita itu, jika malas, tak payah. Dah tentu ada shj berita baru yang disiarkan setiap hari. Tapi ingat, jadilah blogger yang beretika, berikan kredit kepada akhbar berkenaan.

2. Komen atau ulas entry blogger lain. Kita juga boleh komen atau beri info tambahan kepada entry rakan blogger lain dengan membuat entry diblog kita. Tapi, jgn lupa letakkan backlink rakan blogger yang entry beliau kita ulas itu.

3. Entry merapu. Kekadang entry merapu ni digemari oleh pengunjung. Masukkan sahaja apa2, pantun ke, sajak ke, puisi ke atau luahan hati sendiri. Tapi awas jika yang dimasukan tu hasil nukilan orang lain, sila berikan kredit utk org itu.

4. Acara atau majlis. Masukan entry berkenaan acara yang bakal atau dah berlangsung samada di peringkat kampung, taman, negeri, negara mahupun dunia. Contohnya bakal atau dah berlagsung 'PC Fair', Sukan Asia, pertandingan memasak, sukan air, mesyuarat PIBG, gotong-royong bersihkan kubur dan lain2 lagi.

5. Berkenaan diri sendiri. Ni paling senang. Cerita shj apa2 yang berlaku seharian. Pagi minum apa dan kat mana, tengahari makan apa dan di mana, pastu bleh juga cerita bila kena marah dengan bos, datang lewat, ponteng kelas, jumpa pakwe/makwe, ngorat awek, jatuh tangga, seluar terkoyak, bagi derma masjid dan lain2 cerita harian yang kita lalui.

Apapun setiap blogger ada cara, kreaktor, misi dan visi tersendiri. Ada blogger yang suka buat entry banyak dan ada yang tak suka buat entry banyak. Semuanya terletak ditangan anda, hak anda untuk mencorakkan blog anda sendiri. Anda adalah tuan punya blog anda itu.

Ops... bila aku buat entry tips ni, mesti ada org berkata.."eleh, bagi tips buat entry banyak konon.., entry dia sendiri pun sikit je..."
Maka dengan tenang dan penuh tertip serta selambanya aku akan menjawab "seorang doktor merawat pesakit dan tahu tentang cara menjaga kesihatan pun tak boleh sakit dan dimasukkan hospital juga..."


23 January 2011

Kereta Breakdown, Terima Kasih 9W2EDK

Dua perkara yang paling ditakuti pemandu kenderaan ialah accident dan breakdown dlam perjalanan. Petang tadi aku & family kena hadapi kereta breakdown. Jadi, nak ceritakan di sini, apa yang terjadi.

Masa tu di Bulatan Staduim Shah Alam, tetiba je gear kereta free. Dengan tenaga keupayaan dan kanetik yang ada membolehkan kerata bergerak te tepi jalan. Bila dicuba, semua gear tak berfungsi... semua free je. Wah, ni dah tentu gear box la ni.

Alamak macam mana ni... nak call bengkel pun, takde nombor bengkel kat Shah Alam ni. Try juga lah call rakan di Klang. Dia pun tak ada simpan nombor bengkel kat Shah Alam. Mcm mana ni..? Kepala otak aku yang berjambul ni terus berfikir mencari jalan penyelesaian.

Lantas terfikir akan rakan radio. Apalagi terus ku buat contact di freq V40... 3 kali calling tiada jawapan. Tukar pula ke freq 9M4RBC... di sana 9w2aky(di Seremban) dan 9w2edk(di Shah Alam) ada di freq. Stelah buat contact dan menerangkan keadaan dan masalah yang dihadapi, 9w2edk menyatakan kesudian untuk datang membantu. Disamping itu 9w2aky memberikan no tel bengkel di Shah Alam. Selepas itu jga ada beberapa rakan memasuki freq untuk membantu, termasuk memberikan no tel tow truck.

Tunggu beberapa ketika, 9w2edk pun sampai... sebenrnya ni kali pertama berjumpa dengan beliau... Bila dia kelua kereta, "ehh...zamani slam ke ni?" terfikir dalam otakku. Setelah bersalaman, tmpa berlengah dipasang towing strip dan kereta aku di towing ke bengkel berdekatan, dalam 7 km.
Kemudian dia menghantar pula kami sekeluarga balik ke Port Klang.

Tak tahulah berapa kos repair tu, rasanya dalam 3K kot. Apapun, hari ni nasib baik ada rakan yang sudi membantu towing kereta ke bengkel dan hantar kami kerumah dengan free. Klau nak guna towing truck dah tentu kena ketuk gila2 punya... maklum lah hari minggu.

Terima kasih semua rakan yang membantu, khususnya kepada 9w2edk. Anda semua memang baik hati dan cool..


Ni lah 9w2edk, hansem kan........ mcm zamani slam... baik hati plak tu... Bujang lagi ni, tapi khabarnya dah di booking oleh seseorang...

UPDATE 24/01/11 - kereta tu nasib baik bukan g/box yang rosak...yag rosak adalah torque converter nya.. Tak lah teruk sngat... Lagipu bengkel kawan2...

22 January 2011

Sketsa Rumahtangga

Sketsa Rumahtangga yang tak ingin kita lihat...

Selepas 5 hari:


Selepas 5 bulan:


Selepas 5 tahun:

Akhir sekali anak2 yang menjadi mangsa....
Jadi, kepada yang menghadapi situasi begini, fikirkan lah tentang anak2. Janganlah kerana ibubapa kehidupan anak2 terabai dan terbiar tanpa perhatian dan kasih sayang...


.

Airbag Wajib Tahun Depan


Mulai tahun hadapan kerajaan akan mewajibkan semua kereta penumpang memasang 'airbag'. Begitulah lapuran oleh beberapa media cetak dan media massa yang memetik kenyataan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha. Ianya hanya melibatkan kenderaan penumpang sahaja tidak termasuk pacuan 4 roda dan lori.

Perlaksanaan ini dilihat antara cara mengelakkan peningkatan angka kemalangan maut di negara kita.
Lega sedikit bila lapuran itu turut menyebut bahawa pemasangan beg udara itu hanya terhad kepada kereta baru sahaja manakala kereta lama sedia ada tidak diwajibkan.


19 January 2011

Entry Merapu, Jika Kamu


Jika kamu menerima barang pemberian orang,
terimalah dengan ucapan terima kasih...
janganlah sesekali pemberian itu diperkecilkan.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah dia seadanya...
janganlan diperbesarkan kelemahannya.



Jika kamu memperolehi kesenangan di dunia,
terimalah dengan bersyukur...
janganlah anggap ia akan kekal buat selamanya.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
janganlah kamu terlalu mengaguminya dan anggap sempurna..
berikan lah ruang untuk kesilapan dan bersedia memaafkanya.



Jika kamu berdepan dengan hidangan,
tidak perlulah berlengah lagi...
janganlah tunggu yang lain, kelak yang ada akan basi.

Begitu juga jika ada insan yang menyayangi dan mengasihimu,
Mengapa kamu berlengah dan tunggu lain lebih sempurna..
Kelak kamu kehilangannya.



18 January 2011

Kesucian Ayat Suci diCemari


Entry ni kira entry tertangguh ni, tapi still valid lagi nih.Kebiasaannya pada setiap awal tahun kita akan terima pelbagai bentuk kelander tahun baru dari syarikat2 tertentu. Dalam banyak2 kelander yg ku terima awal tahun ni, yg ni menarik perhatian aku.

Pembungkusanya cantik dan ada tertera made in china, wah.. jauh datang nih.

Bila dibuka, woow.. gambar Kaabah dan ayat dari Al-quran. Bugus lah untuk digantung di rumah, daripada gambar binatang atau gambar model separuh bogel. Di bahagian tengah antara ayat Quran dan kelander ada nama syarikat menghadiahkan kalender tersebut. Mmmm… company tempatan dan non-muslim, baguslah diorang ni perihatin.


Betul ke BAGUS??? Jika difikirkan, macam mana agaknya cara kalender ini dikendalikan, adakah mengendalian dalam setiap tahap adalah mengambilkira tentang kesucian ayat suci Al-quran yang ada di dalamnya. Tak perlu nak flash-back sampai ke negara asal kelander ini, cukup pada tahap terakhir sebelum ia sampai ke tangan pemilik terakhir. Urusan simpanan dan pengagihan dilakukan oleh bukan Islam. Aku tak yakin yang kesucian dan hak ayat suci ini terpelihara.

Harap benda ni dapat dibendung segara agar ayat suci terus terpelihara. Jika, dibiarkan ia akan terus merebak, kelak ayat Al-Quran dianggap sama sahaja dengan ayat2 dari buku2 biasa. Sepertimana Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji yang dah dianggap sama mcm perayaan2 yang lain oleh sesetengah pihak.




.

16 January 2011

Sistem Pentadbiran Sekolah Masih Ketinggalan


Dizaman yang makin pantas dan maju, kemudahan IT diguna dengan meluas namun kebanyakkan sekolah di Malaysia ni masih mengamalkan cara lama dalam menguruskan data peribadi murid. Semua data dipungut dan disimpan secara manual atau hardcopy.

Setiap awal tahun ibubapa kena mengisi lebih dari tiga borang bagi seorang murid. Butir-butir yang kena isi hampir sama pada setiap borang, setiap borang kena isi nama, ic, sijil lahir, alamat dan lain2. Kalau ibubapa tu ada 6 orang anak yg bersekolah, ntah berapa kali nak kena tulis benda sama.

Bukannya kita nak suruh cikgu tuliskan benda ni semua tapi,bukan ke senang jika sistem komputer digunapakai. Sediakan satu bank data utk murid2 dalam komputer, setiap awal tahun cuma update perubahan tertentu sahaja. Jika nak dalam bentuk hardcopy, just copy&paste and print je.
Atau sediakan sahaja sistem 'auto generate form'. Semua boleh dilakukan oleh komputer bukan sekadar bermain game shj. Kadang-kadang benda yang mustahil pun boleh komputer lakukan, setakat nak buat sistem pengakalan data murid2 seperti yang maksudkan ni, komputer dari generasi terdahulu pun boleh buat. Tinggal lagi kita ni yang tak nak gunakan kemudahan yang ada.

Sekolah tempat permulaan pencetus idea murid-murid, jika sekolah dok takuk lama lagi, macam mana nak bagi ilham kepada murid agar lebih bijak IT?
Apa yang lebih penting lagi, ianya dapat mudahkan kerja cikgu berkenaan yang kita sedia maklum makin bertambah dan makin mencabar.




.

15 January 2011

Sebab Utama Mengapa Wanita Terus Membujang



Ini lah antara sebab2 yang difikirkan logik dan boleh diterima, namun ia hanya andaian yang terlintas difikiran...

1. Lelaki baik yang ditemui tak kacak

2. Lelaki kacak yang ditemui bukan lelaki baik

3. Lelaki yang ditemui adalah kacak dan baik tetapi gay.

4. Lelaki yang ditemui kacak, baik hati dan bukan gay pula tidak kaya atau berpangkat rendah.

5. Lelaki yang ditemui kacak, baik, bukan gay dan kaya pula setia dengan isteri pertama.

6. Lelaki yang ditemui kacak, baik, bukan gay, kaya dan bujang pula tak minat kat wanita itu.

7. Lelaki yang ditemui kacak, baik, bukan gay, kaya, bujang dan berminat pula malu untuk meluahkan perasaan.

8. Lelaki yang malu nak meluahkan perasaan pula akan hilang minat bila wanita itu terhegeh-hegeh.

9. Alasan yang sering digunakan adalah tak sampai seru atau belum jodoh.


11 January 2011

List Of Theme Park In Malaysia


Kat Malaysia ni memang banyak Taman Tema (Theme Park) menarik untuk dikunjungi.
Di sini dihimpunkan beberapa Theme Park yang terkenal di Malaysia masa kini. Bolehlah jengguk2 mereka untuk dapatkan info lengkap melalui link yang diberikan.

Sunway Lagoon Theme Park, Selangor - Theme park yang terhebat dan terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Merupakan Taman Tema bersepadu basah dan kering, dengan pelbagai permainan disediakan.

Genting Theme Park, Pahang - Juga merupakan taman tema bersepada. Berada di Genting Highland, menjadikan ia taman tema peling sejuk di Malaysia.

Lost World of Tambun, Perak - Juga merupakan taman tema bersepada. Agak unik kerana selain permainan yang biasa terdapat di tempat lain di sini pengunjung boleh beriteraksi dengan keindahan alam dan haiwan.

A’Famosa Resort City, Melaka - Juga merupakan taman tema bersepada. Taman tema keringnya lebih kepada pertunjukan. Tiada permainan kering yang extrem seperti yang terdapat ditiga lokasi sebelum ni.

Cosmo's World Theme Park, Kuala Lumpur - merupakan 'indoor theme park' terbesar di Malaysia. Terletak di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Merupakan taman tema yang menawarkan permainan kering sahaja dan ia lebih memberi tumpuan kepada kanak-kanak.

Bukit Merah Laketown Resort, Perak - Taman tema air paling dikenali di Malaysia. Menawarkan hanya taman tema air sahaja, disamping boleh 'bermesra' dengan orang utan di Pulau Orang Utan.

Bukit Gambang Water Park, Pahang - Taman tema air yang baru dibuka dan bagus untuk dikunjungi.

Melaka Wonderland Theme Park, Melaka - Juga merupakan taman tema air yang baru dibuka dan bagus untuk dikunjungi.

Desa WaterPark, Kuala Lumpur - Bersaiz agak sederhana namun menjadi tumpuan warga kota Kuala Lumpur, kerana berada dekat dengan pusat bandaraya.

Wet World - Terdapat 3 rangkaian Wet World di Malaysia buat masa ini iaitu Wet World Shah Alam (Selangor), Wet World Pedas Hot Springs (Negeri Sembilan) dan Wet World Batu Pahat (Johor). Merupakan taman tema air yang sederhana, tapi sesuai untuk bermain air dan santai bersama keluarga.

Ini lah yang dapat di'update' setakat ini, mungkin ada yang tertinggal, akan di'update' kemudian.

p/s:Jika ada ada lain2 Theme Park yang tertinggal sila letak dlm komen yer..

09 January 2011

Cara Top-up Prepaid Percuma (Hack)



Dari seorang kawan yang memberitahu perkara ini. Jika nak mencuba kenalah segera kerana cara ini yang tidak sah, sebelum ia dikesan dan ditutup aplikasi ini oleh pembekal talian prabayar. Boleh digunakan untuk semua prepaid di Malaysia yang menggunakan kod 01x...

Pada yang percaya dan berminat sahaja. Pada yang tak berminat tu boleh lah tengok2 entry lain kat blog ni, yang best belaka....heheheh.

Kepada yang berminat, harap baca cara2nya sampai habis dahulu, maklumlah penyampaian ni tunggang-langgang skit kerana diajar cara membuatnya melalui lisan shj.

Mula2 dail kod perkhidmatan yang anda gunakan diikuti 1415007 (contohnya: 0161415007), anda akan dengar nada... Tunggu hingga berhenti nada tersebut, kemudian dail pula 1928. Seakali lagi nada tanpa suara akan kedengaran. Tunggu hingga bunyi berhenti, dail pula nombok kot kawasan mengikut kod kawasan di mana simcard dulu didaftarkan... (Sel/KL - 103, N9/Mel/Joh - 106, Kel/Tre/Pah - 109, lain2 negeri-110). Anda akan dengar orang berkata "please insert your pin number" kemudian terus masukkan 0111 2234 00483 dan dail. Jika semuanya betul anda akan dengar "your pin number is accepted, please verefy your number".. sekarang dail no telefon anda... kemudian anda akan dengar "huh..mano ado bondo pree ket dunio sekarng ni, nak buang air pon kono bayar... nak top-up, poi lah boli.." Samaada dengar atau tidak dia kata mcm tu, cara ni tak perlu lah dicuba. Apa pun jangan marah aaa... nanti kena jual...


08 January 2011

Pengorbanan Ibu Adalah PERCUMA!!!


Ye percuma, betul-betul percuma...

Tersebut lah kisah yang membuktikan bahawasanya selaga pengorbanan ibu itu adalah PERCUMA. Di sebuah rumah, disuatu pagi seorang anak yang berasa amat kecewa bila disuruh ibunya buat macam2 kerja rumah. Lantas pagi itu, anak tadi datang kepada ibunya dengan satu nota. Dia mengulurkan nota tersebut kepada ibunya. Ibunya menbaca catatan nota itu yang tertulis;
Upah untuk kerja-kerja rumah:
- Jemur pakaian, RM1.00
- sapu sampah, RM1.00
- membeli barang di kedai, RM2.00
- kemas bilik, RM1.00
- siram bunga, RM2.00
- jaga adik, RM5.00
* semuanya RM12.00 sehari


Selesai mambaca ibu tersenyum memandang anaknya, lantas menulis jawapan di belakang nota yang diberikan oleh anaknya tadi;
- kos mengandungkan mu, PERCUMA
- kos melahirkan mu, PERCUMA
- kos berjaga malam bila kamu merengek, PERCUMA
- kos menjaga mu dari gigitan nyamuk, PERCUMA
- kos memberi mu kasih sayang, PERCUMA
* semuanya PERCUMA dari dunia sampai akhirat.



.

07 January 2011

Zolkples Model Pemikiran Bos Masakini

Pemikiran Zolkples Sama Dengan Kebayakkan Bos di Malaysai.
Nyata pemikiran Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong adalah sama dengan kebanyakkan bos di negara kita. Apa yang mereka pegang 'Workers are northing, bosses are everything'... apa tidaknya, mereka fikir mereka ada ramai yang pekerja yang boleh buat apa yang ditinggalkan oleh pekerja yang berhenti. Lagipun mereka beranggapan pekerja yang berhenti dah tentu mendapat tawaran yang lebih lumayan. Secara tak langsung mereka sebenarnya berkata 'pentadbiran aku sempurna!!'.

Apa salahnya jika majikan ni cuba dulu cari sebab mengapa pekerja mereka berhenti. Tidak semua pekerja berhenti kerana mendapat tawaran lebih di tempat lain. Mungkin ada kepincangan dalam sesuatu organisasi, tekanan atau masalah keluarga. Jadi, selaku majikan kena lah bertanyakan sebab, jangan cepat kepada konklusi yang pekerja itu mengajar material semata-mata.

Berikut adalah gambar dan petikan berita dari Berita Harian 5/01/2011.
Biarlah mereka pergi: Zolkples
"BAM tidak akan terjejas kerana Misbun hanya latih Chong Wei seorang"
"JIKA kedua-duanya (Datuk Misbun Sidek dan Lee Chong Wei) menerima tawaran lebih baik di luar, biarlah mereka pergi."

............


04 January 2011

Anak Berkemban, Ibu Marahkan Masyarakat


Gambar ni di'tangkap' dari paparan berita akhbar Sinar Harian (02 Jan 2011). Tajuk penuh berita ini adalah;
Berkemban: Cikgu Fathi naik angin.

Cikgu Fathi adalah gelaran kepada Fatimah Abu Bakar, ibu kepada pelakon terkenal Sharifah Adrianna, Sharifah Amani dan Syarifah Alesya yang menjadi perbualan hangat setelah tampil berkemban dalam Anugerah Skrin yang lalu.

Membaca tajuk tu, mati2 disangkakan ibu ini naik angin dan marahkan anaknya berpakaian begitu, namun di perenggan terakhir berita tu...
"Saya sangat marah apabila bercerita mengenai isu ini. Saya harap masyarakat tidak menyebut lagi hal ini. Bagi saya banyak lagi isu yang lebih besar perlu mendapat perhatian umum, bukan isu remeh sebegini. Saya minta maaf" kata Fatimah ketika dihubungi Sinar Harian.

Isk...isk.. ingatkan dia naik angin sebab anak dia berkemban dikhalayak, tapi naik angin kat masyarakat yang kata anaknya seksi. Dah tu, dia kata isu mendedahkan aurat ni perkara remeh plak tu.
Mmmmm... taknak komen panjanglah, nanti ada yang melenting plak..heheh.





.

03 January 2011

Pemain Kita Dilamar, Haruskah Mereka Terima?


AFF Suzuki Cup yang baru kita juarai akhir tahun lalu umpama pelaris yang melariskan beberapa pemain tonggak kita. Berapa pemain, antranya Saffe Sali, Norshahrul dan Syafiq dilapurkan dilamar oleh beberapa kelab luar untuk bermain bersama mereka. Tawaran tersebut datang dari kelab2 di Indonesia dan diberitakan pemain2 kita sedang dalam perbincangan dangan pasukan asal mereka di sini untuk pelepasan kontrak.

Dengan tawaran atau gaji yang lumayan tentunya menarik minat pemain2 tersebut. Namun, jika difikirkan untuk jengka panjang adakah ia boleh membantu perkembangan bolasepak kita??
Dalam kebarangkalian dan prospek perkembangan yang kecil 'ya'... sebab di sana dibenarkan pemain import, jadi pemain boleh mengalami satu pengalaman yang berbeza dari di Malaysia.

Tetapi, pada keseluruhannya tahapnya kualiti tak jauh beza dengan liga kita. Lainlah jika tawaran diterima dari kelab2 dari negara Eropah, China, Jepun, Korea, Arab Saudi, Qatar atau lain2 kuasa bolasepak dah tentunya kualiti yang jauh berbeza dan harus dirasai oleh pemain kita. Dengan itu boleh meningkatkan kualiti pemain seperti yang ditunjukkan oleh beberapa pemian kita yang pernah bermain di Eropah termasuk Akmal Rizal dan skuad Harimau Muda dulu.

Apapun, diera bolasepak profesional ni, pemain bebas memilih untuk bermain dimana dia mahu, kerana itulah punca pendapatan mereka. Masa muda dan tengah laris ni lah peluang untuk mencari wang bekalan hari tua.
Jadi, apapun keputusan mereka haruslah kita restui kerana itulah sumber pendapatan mereka hari ini dan mungkin untuk masa tua kelak.


.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers