((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

28 January 2011

Hari-hari Limau


Tahun Baru Cina(TBC) semakin hampir menjelma. Ada sesuatu yang paling terasa bila tibanya TBC ni ialah limau mandarinnya. Boleh dikatakan hari-hari makan limau... breakfist dengan limau, lunch dengan limau, silap-silap dinner pun dengan limau juga. Maklumlah tak putus-putus penghantaran yang tiba...heheh.

Mengikut sains kesihatan, limau mandarin ni kaya dengan vitamin C, B, kalsium dan serat.
Vitamin C yang tinggi dikatakan mampu melindungi dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka.
Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung.
Kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan meningkatkan ketahanan badan terutama dari ancaman penyakit pereputan gigi dan tulang.
Serat tinggi yg larut dlm air telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.
Paling-paling utama sekali ia amat mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit.

Namun yang hairannya, apa yang terjadi bila makan limau ni banyak akan datang pula masalah sakit perut dan perit tekat hingga kepada batuk.
Mungkin terlebih sukatan kot... atau ada bahan kimia merbahaya dah terlarut di dalam limau tersebut..??

.

8 comments:

zulkbo said...

salam..
cina cakap jangan makan
banyak..panas badan..koi
pun heran juga..??

LiyanaSaad said...

tpi utk org yg ada gastrik xelok sgt kn..

URY said...

zulkbo,
Tul bang zul... pd teorinya berhasiat, tapi timbul masalah plak..

yanarab,
yer lah kalau gastrik tu asid dah banyak dlm perut, tambah limau lagi kuat laa.. Org kata gastrik ni ubatnya puasa...

Abang Zul said...
This comment has been removed by the author.
Abang Zul said...

Teringat cerita Seniman Bujang Lapok, "ladang limau" jadi kandang rimau...

Tentang GASTRIK ubatnya PUASA..

SETUJU !!!

Pemilik MNPA Adventure Team (9W2MNP), bekas Cikgu saya dulu pernah kena GASTRIK. Lepas dia mendapat nasihat seorang doktor untuk berpuasa, Gastrik tidak lagi menyerang.
http://www.mnpa-adventure-team.blogspot.com/

misza said...

dah smggu batuk. so pandang je la limau ni dpn mata. tak berani nak makan.

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

besttttt!
sy suke dpt limau..nyumm nyumm (^^,)

Unknown said...

amboi bnyknya buah limau die...mitak sikit boleh,kalau nak kasi,kasilah 1 lori,tp lori takde ekor ya...hehehhe

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers