((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

23 January 2011

Kereta Breakdown, Terima Kasih 9W2EDK

Dua perkara yang paling ditakuti pemandu kenderaan ialah accident dan breakdown dlam perjalanan. Petang tadi aku & family kena hadapi kereta breakdown. Jadi, nak ceritakan di sini, apa yang terjadi.

Masa tu di Bulatan Staduim Shah Alam, tetiba je gear kereta free. Dengan tenaga keupayaan dan kanetik yang ada membolehkan kerata bergerak te tepi jalan. Bila dicuba, semua gear tak berfungsi... semua free je. Wah, ni dah tentu gear box la ni.

Alamak macam mana ni... nak call bengkel pun, takde nombor bengkel kat Shah Alam ni. Try juga lah call rakan di Klang. Dia pun tak ada simpan nombor bengkel kat Shah Alam. Mcm mana ni..? Kepala otak aku yang berjambul ni terus berfikir mencari jalan penyelesaian.

Lantas terfikir akan rakan radio. Apalagi terus ku buat contact di freq V40... 3 kali calling tiada jawapan. Tukar pula ke freq 9M4RBC... di sana 9w2aky(di Seremban) dan 9w2edk(di Shah Alam) ada di freq. Stelah buat contact dan menerangkan keadaan dan masalah yang dihadapi, 9w2edk menyatakan kesudian untuk datang membantu. Disamping itu 9w2aky memberikan no tel bengkel di Shah Alam. Selepas itu jga ada beberapa rakan memasuki freq untuk membantu, termasuk memberikan no tel tow truck.

Tunggu beberapa ketika, 9w2edk pun sampai... sebenrnya ni kali pertama berjumpa dengan beliau... Bila dia kelua kereta, "ehh...zamani slam ke ni?" terfikir dalam otakku. Setelah bersalaman, tmpa berlengah dipasang towing strip dan kereta aku di towing ke bengkel berdekatan, dalam 7 km.
Kemudian dia menghantar pula kami sekeluarga balik ke Port Klang.

Tak tahulah berapa kos repair tu, rasanya dalam 3K kot. Apapun, hari ni nasib baik ada rakan yang sudi membantu towing kereta ke bengkel dan hantar kami kerumah dengan free. Klau nak guna towing truck dah tentu kena ketuk gila2 punya... maklum lah hari minggu.

Terima kasih semua rakan yang membantu, khususnya kepada 9w2edk. Anda semua memang baik hati dan cool..


Ni lah 9w2edk, hansem kan........ mcm zamani slam... baik hati plak tu... Bujang lagi ni, tapi khabarnya dah di booking oleh seseorang...

UPDATE 24/01/11 - kereta tu nasib baik bukan g/box yang rosak...yag rosak adalah torque converter nya.. Tak lah teruk sngat... Lagipu bengkel kawan2...

5 comments:

Lagenda said...

mmg bagus klu ada group radio gini yg leh bantu membantu sesama rakan.

Hairun Azmi said...

Cam mana yer group radio?

ABS : Pelajar histeria cuba terjun bangunan

mazru said...

salam..

gitulah kelebihan ham radio..

URY said...

Lagenda,
Tu lah untungnya berkawan...

Miecyber,
Mcm mana ye bang.. abg bleh tengok kat post saya sebelum ni bawah lebel HAM.

Mazru Majid,
Haaa... bang mazru ni rakan HAM, jadi dia tahu lah kelebihannya....

kasih said...

said:
isy, muka macam zamani ke? jauh panggang dr api

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers