((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

15 February 2011

Insan Terhebat


Sebut pasal insan terhebat yang tiada tandingannya dah tentu ramai yang tahu siapa beliau ini. Pada 12 Rabiulawal tahun gajah, lahirlah seorang rasul perutusan terakhir Allah ke muka bumi ini.
Rasanya elok kita kenangkan2 kehebatan baginda agar menjadi pedoman kita bersama.


Baginda adalah seorang rasul dan pemimpin kerajaan Islam, namun sebagai suami, jika ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tetapi dilihat oleh baginda tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Makanan mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
"Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
"Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata,
”Kalau begitu aku puasa saja hari ini."
tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Baginda adalah pemimpin yang hebat. Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,
kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau sedang sakit..."
desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut,
”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda menjaga dan menghormati 'rumah' Allah, baginda dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Baginda adalah juga hamba Allah yang terhebat. Baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah, hingga kaki baginda bengkak-bengkak. Kemahuan jiwanya tinggi untuk beribadat kepada Allah.
Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga?Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lembut,
"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Ini adalah hanya sebahagian kecil dari kehebatan Rasullullah SAW. Ianya sekadar untuk memenuhi permintaan baginda....
Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"



5 comments:

Aimifiqa said...

Selamat menyambut maulidur rasul. Mge dgn ini kita dapat menambah kasih sayang dan cinta kepada BAginda. <3

nidus2 said...

Mana gambar-gambar sekitar majlis sambutan maulidul rasul di Pulau Indah?

URY said...

Aimifiqa,
Betul tu..

nidus2,
Kat pulah Indah tak de lah, thn ni cuma sertai peringkat taman je..
nanti di tampalkan...

zulkbo said...

salam maulidur rasul..
a nabi salam alaika
Ya rassool salam alayka
Ya habeeb salam alayka
Salawatol lah alayka

Di dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (al-Ahzab: 56)

Fia said...

salam maulidur rasul.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers