((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

06 October 2010

6 oktober RAE 2010-3 Berlangsung



Petang tadi,RAE telah diadakan di seluruh Malaysia. Ini adalah siri ke 3 bagi tahun 2010. Pada kebiasaannya tak kurang dari 2 ribu orang akan menduduki RAE di seluruh Malaysia pada setiap siri. RAE dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
Oh, ya... bagi yang tak mengetahui, RAE adalah 'Radio Amateur Examination'. Diharap ramai akan berjaya lulus dalam RAE kali ini dan mendapat lesen sebagai pengendali radio amatur Malaysia kemudian mendapat 'callsign' yang diidamkan. Seterusnya mendapat satu lagi keistemawaan dalam ruang komunikasi yang tak semua orang boleh gunakan. RAE adalah prasyarat dari segi undang-undang untuk melayakkan seseorang mengguna satu cabang komunikasi, yang dikenali sebagai komunikasi radio dua hala atau radio amatur atau pun dipanggil radio HAM.

Moga berjaya!!!

p/s: sesiapa yg terlepas exem tu hari, MCMC/SKMM telah mengeluarkan notis untuk siri akan datang iaitu siri 2010-4 (pada Desember 2010).... rujuk:

http://www.skmm.gov.my/index.php?c=public&v=art_view&art_id=760


.

8 comments:

atiq said...

kum...aq ni lama dah minat ham ni..dah sampai tua x ada lagi apa2 kemajuan he he,..nak g peksa rae uu otakpun dah mula bedalih2..eh mat! Mana+nak tau exam tu bila dmana? Rasa2 nak try masa trdekat ni...hang leh ajar/sukatan bab2nya ooo..x pyh lesen atau tumpang2 boleh tak main2 radio tu..syok gak kalu boring2 tak gitu..main beli ja boleh tak..mcm memandu ciluk2 sikit. Maaf tanya 2 kat blog ..wasalam

2ury said...

TO: atiq.. salam bro,
1. Org dah pencen pun ada yg ambil exem ni.
2. nak check bila rae tenggok kat web mcmc atau skmm.... Terdekat rasanya bulan 12 ni.(4 kali setahun)
3. Nak blajar xde masalah. Apun bleh download dulu 'HAM S.O.P' kat tepi belah kiri blog ni. Jika nak ambil rae bleh dwnload 'Persediaan RAE' dr tempat sama.
4. main ni tanpa lesen, mcm naik keta tanpa lesen laa....jika kantoi kena la saman... Lagipun nak berhubungpun ada aturannya, bukan mcm yg org kat pasaraya tuuu...heheh.

Bleh tau tak bro ni tinggal area mana?
Harap minat ni diteruskan...

atiq said...

makasih..SOPpdf dah baca ( beberapa file ktepi2 x leh dwnld! ?k) he he achekecheke..bulan 12 rae! Leh+ke aq terjah ni? Kalu aq ntar borang bulan ni agak diaorang respon tak?..sebelum tarih peksa..tempat, bila..leh aq berlatih tai chi...taklah+nanti semput2. Uuu makasih leh ajar aq..hang jgn jadik mcm guru black juara af ..aa,pakai rotan lak. Aq+rasa blog ni ok gak..jadik papan hitam kelas rae..he he bincang2 topik tiori berpandu soalan2 rae..adatak mana2 kelab buat kelas atau keluarkan ebook ke? Eh panjag lak tulis2 ni ..aq duduk melaka tp asl perak..salam.

2ury said...

Ooo.. lama tak check link tu, dah break rupanya...
Ape pun bleh baca SOP dulu...
Skr boleh cuba download 'Contoh RAE' tu plak... ada contoh soalan.
Bro, jgn main terjah je... nak ambil exem kena bayar rm50.
Kat melaka tu ramai HAM tu.. jika dpt tangkat diorng, lg senang blajar.
Kelas pun ada bila dekat ngan RAE..

E-book aq ada nanti di emailkan bila dah daftar utk RAE...free beb. (nanti bg lah email add..)

Bro, cuba tenggok http://www.meracc.ultramaya.com/

salah satu club radio melaka. mgkin bleh tambah info dan ia lebih dekat...

salam

atiq said...

ich...semacam gak soalan rae ni..10 k 30 agak2 selebihnya blank. Camner ni? Kena rajin katok2 tuan hj.google alamanya..he he. Makasih info meracc..ingat nak tangkap satu kalu x licin akaka...segan gak tu.
Aq+ingat nak bedal2 rae ni sampai lulus..dulu satu ketika dah ada idea ni..tapi mati bila tipon mudahlih/komp berasap2..ni timbul balik idea...he he buang tebiat agaknya..kaka ka

2ury said...

rae tu ada 100 soalan... semua jawapan dah ada, tinggal nak pilih je... bedal jee laaa...heheh

Elok diteruskan kembali, lgi pun ni bukan benda tak elok...

2ury said...

Notis RAE 2010-4 (Disember 2010)dah dikeluarkan oleh MCMC atau SKMM, rujuk web
http://www.skmm.gov.my/index.php?c=public&v=art_view&art_id=760

atiq said...

betui..ham ni k..leh krobek2 app. Makasih info rae. Rasa2 nak try kali ni..skrg aq rajin ni dan bekawan rapat ngan tuan hj.google. He he+contoh soalan rae tu jadi keywordnya..pelan2
lps antr borang aq email hang k..

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers