((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

10 February 2011

ASTRO Kian Membelit


Secara amnya dalam bisnes ni kena lah belit membelit. Membelit?? Ya, bukan TIPU, tipu tak baik, tapi belit tak mengapa dan menjadi satu kelebihan dalam perniagaan masa kini.

Contohnya bila kita diberi baucer percuma bernilai RM10 dan disuruh kita datang ke kedai mereka. Betul, mereka tak tipu, mereka bagi kita RM10, tapi kita kena beli barang bernilai lebih RM1,000.

Manakala cara belit yang kerap digunakan juga adalah bila kita nak langgan senang lepas tu nak berhentikan langganan tu susah, membuatkan kita terus melanggan sesuatu tu beberapa ketika sebelum benar tekat untuk memberhentikannya. Seperti yang ku kena dangan ASTRO. Masa cuti sekolah yang lepas aku ada la 'subscribe' pakej ABO (Asian Boxoffice Movie, channel 952&953), maklumlah masa tu ada banyak masa untuk budak-budak di rumah menonton. Channel ni berasaskan 'on demand' dimana bayaran dikira mengikut bulan yang kita 'subscribe', dulu-dulu pernah juga 'subscribe', bila cukup bulan dia akan 'unsubscribe' dengan sendirinya. Namun kali ni tidak, bulan berganti tak juga di 'unsubscribe'. Jika diberi percuma, ok lah juga, tapi dikenakan bayaran, di atas benda yang sebenarnya kita tak mahu, bukankan belit namanya tu.

Masa 'subscribe' dulu dilakukan melalui web ASTRO, ada online request form for subscribe but unfortunately, there are no unsubscribe request form...
Jadi, terus ke langkah seterusnya iaitu call ASTRO ABO. Dia minta nombor akaun ASTRO dan beritahu 'unsubscribe' akan mengambil masa paling lama 24jam. Namun hingga sekarang ni belum di 'unsubscribe'. Jadi hingga sekarang ni kami sekeluarga masih dapat menikmati ABO, channel yang digelar Box Office Movie namun menyiarkan filem-filem yang tak laku...

Tak sangka ingatkan syarikat kokak je yang mengamalkan sistem belit-membelit ni, rupa-rupanya syarikat gergasi lagi cekap membelit
Arrgggg.. bebaskan aku dari belitan muuu...



6 comments:

zulkbo said...

salam..
dah dasar sistem
ekonomi kapitalis
menguntungkan pemodal
sahaja..sakit hati..
kita perlu kembali ke
sistem ekonomi islam

ijoks2009 said...

Saya setuju,
satu persoalan yang kita sama-sama boleh fikirkan kenapa hanya Astro saja ,satu-satunya stesyen tv satelite yang dibenarkan beroperasi di malaysia.kenapa tak buka pada syarikat lain juga.

Macam rangkaian Telefon bimbit ada banyak syarikat dan pengguna ada banyak pilihan .
Dengan itu akan melahirkan persaingan yang sihat .

Apa yang jadi masaalahnya bila hanya astro saja satu-satunya stesyen tv satelit yang beroperasi akan menyebabkan mereka dgn senang hati menaikkan caj perkhidmatan sesuka hati.

De Mois said...

2la problemnya bila takde persaingan. Diorang boleh buat apa saja yang diorang nak. Ni caj perkhidmatan pun dah naik. Tapi nak wat macam mana, abang SS pun kerja astro. Dapat free je. Hehe..

Terbaru di SuaraSendiri
Wikileaks : Ariel tiada dalam penjara - Musa Hassan

Miecyber said...

Jom komplen ramai ramai kat Astro...

Hutang isi rumah mencecah RM 557 bilion

Abang Zul said...

1. jarang tengok TV
2. memang takdak astro kat rumah

Jadi, abg tak terlibat lah...hehe

Bila nak homebrew slow scan TV ?

Fashionista said...

sokong!!200%!!

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers