((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

03 February 2011

Lintasan LTDL

Le Tour de Langkawi (LTDL) edisi ke 16 telah melabuhkan tirainya. Juaranya adalah Jonathan Monsalve, dari Venezuela berusia 22 tahun.

Kali ke 16 ni berpeluang pulak menyaksikan perlumbaan dari dekat. Ni pun gara-gara terperangkap diperjalanan. Jalan yang ku lalui digunakan sebagai laluan perlumbaan. Tiba je di suatu lokasi semua pemandu diarah berhenti di bahu jalan. Tak kisah lah, aku pun dah lebih 1 jam driving ni, bleh dapat luruskan kaki dan sedut fresh air.

Keluar je kenderaan, aku terus ke sebuah 'kuda putih' Honda yang ditinggalkan oleh polis trafik. Dua tiga kali aku 'tawaf' 'kuda putih' tak bertuan tu. "Uhh..cantiknya, kalu dapat ni bagus ni..". Tiba2 mat lori menyapa aku dari seberang jalan.."bang, naik je bang bawa jalan.." heheh... aku hanya mampu tergelak dan tersenyum.

Lepas tu datang pulak lelaki muda, sekitar awal 20an menyapa aku..."seronok ye bang, boleh tenggok race ni". "Ye, bukan selalu dpt peluang mcm ni" balas ku..
Kemudian datang pula pakcik lebih separuh abad menghampiri ku.."Banyak belanja ni, tengok dengan pengiring je dah brapa ramai.." kata pakcik tadi. "emm.. banyak ni" balas ku. "Tengok, siap monitor dengn heli lah.. hah, ni kereta pengiring ni dijual lelong la lepasni" sambung pakcik tu bila lihat helikopter melintas bersama gerombolan pelumba yang diikuti oleh berderet-deret kereta pengiring.

Rumusan 1:Dari 2 komen oleh lelaki muda dan pakcik tu, boleh dibuat rumusan yang LTDL ni seronok dilihat tapi kos yang tinggi dan tak berapa pasti akan manfaatnya.

Rumusan 2:Dari 3 orang yang menyapa aku dalam beberapa ketika shj kat situ, menunjukkan warga Malaysia n peramah lah. Atau mungkin, aku yang ada daya penarik???? hehehe... (ada yg meluat tu... jgn marah aaa...)

Ni gambar eksklusif yang sempat ku snap pada hari itu, utk tatapan semua....












2 comments:

Faiz said...

tak pernah tgk secara dekat lg..xtau la bile agaknye..taun dpn kot..huhu..

p/s: Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)

****KLIK GAMBAR FOTOGRAFI TERKINI DISINI****

Miecyber said...

LTDL sangat bagus untuk industri perlancongan...

Hotel burung

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers