((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

26 February 2009

PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN

Sekadar peringatan dan pengetahuan kepada rakan yang baru nak berjinak-jinak dengan radio amatur.

PEMILIK LESEN RADIO AMATUR BOLEH:

● berhubung ke seluruh dunia pada sebarang waktu menggunakan frekuensi tertentu.

● bersembang di persekitaran dengan transceiver VHF atau UHF (handie talkie) mudah alih.

● membantu dalam kecemasan dan bencana alam dengan memberi perkhidmatan perhubungan segera.

● membina radio, pemancar, penerima dan antenna.

● berhubung melalui satelit amatur tanpa kos.

● berhubungan dangan angkasa di orbit.

● menguji tv amatur (ATV), slow-scan tv, menghantar gambar / rajah melalui faksimili.

● menyertai pemburuan pemancar (fox hunting) dengan memanfaatkan perkakasan pencarian arah.

● menyertai kegiatan keperluan komunikasi untuk mencari dan menyelamat.



DITEGAH

● ditegah guna radio untuk menjana kewangan.

● ditegah membuat penyiaran kepada awam. Pancaran radio amatur adalah hanya untuk diterima oleh operator /stesyen radio amatur lain sahaja.

● ditegah dari menyebarkan fitnah dan juga kenyataan berkenaan politik dan agama yang boleh menyinggug perasaan mana-mana pihak.


*dipetik dari SOP oleh MCMC.

.

6 comments:

alongxp said...

salam bro...
mmm...sy tertarik ngan radio amatur nih... xtau la nape...tp cam berminat sgt, tp takut gak, labur modal bl brg2, pastu cam xberminat, so... cam nk look n learn dulu ar... klu cam best br proceed to next step... ade ke klas yg die bg penerangan ape bnd radio amatur ni...demo sume...??

URY said...

Salam kembali...
Ok, bagus tu kalau berminat... Bagi saya dunia radio amatur memang best.
Apepun betul tu, susah nak digambarkan kat sini tentang HAM, lebih mudah jika dpt tengok penggunaannya dengan mata sendiri.
Saya rasa anda ni kat Sabah ya...Jika anda di Semenanjung saya boleh dapatkan kawan untuk anda jumpa dan tengok sendiri penggunaannya.
Ape pun, anda di daerah mana? Saya cuba dptkan kawan, jika ada...

Semetara tu anda boleh tengok2 post lain kat blog ni di bwh label HAM.....

alongxp said...

haha... bukan kat sabah, kat banting, selangor... da byk baca n pnh tgk yg kat majalah 3,tp cam samar2 la penggunaar sebenar n sampingan bnd ni... so... tringin gak lepak tgk camne guna benda ni...

URY said...

OOo..kat banting senang laaa...
Nanti kta cuba dapatkan yer..

alongxp said...

orait... tq bro...
anyway... camne nk contact?

URY said...

ok, bleh email bro...

9w2ury@callsign.net

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers