((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

30 November 2010

PANORAMA Majlis Pertunangan (9pics)




Pada 28 Nov yang baru lalu, berkesempatan menghadirkan diri dimajlis pertunangan anak perempuan kepada sepupu isteri aku. Ia diadakan di USJ Subanga Jaya.








Hahh..jemput makan semuaa....

.

29 November 2010

READ





Gambar dah menerangkan segalanya.....bluppp...bluupp....

.

27 November 2010

Mampir Dinner



Mmmm...dah agak lama tak pekena western food, jadi malam ni terasa nak jadi western la plak. Lebih2 lagi anak2, dengar je western food memang diorang happy. Kalau jarang2, bapa pun tumpang happy juga, tapi klau selalu, kepala bapa naik pening...heheh.
Kali ni kita nak makan di Yok Mampir Cafe, Klang. Ni bukan kali pertama kitaorang jadi western kat situ. Harganya memang perpatutan sebab tu ia selalu jadi pilihan hati ku... hehe.





Selain dari western food, nasi ayam dan nasi goreng ayam juga menjadi pilihan hati ku...

Tenggok je la nasi ayamnya...ada 3 jenis sos... ayam pun besar.

Jadi, yok mampir yok....

p/s: gambar kureng menarik, sbb pakai h/phone je...

.

26 November 2010

Terjemahan Al Quran



Tadi ada lah sedikit aktiviti jln2 dan melawat dihari Jumaat, penghulu segala hari. Hah, bukan ke mana pun merayap kat dalam alam siber ni, terjumpa la dengan laman web ni. So, I just wanna to share this web iaitu laman terjemahan Al Quran dalam bahasa melayu.
Jadi, bagi yang dah penat main game, atau penat baca gosip, letih ber chetting, berpinar mata melayan facebook atau bosan baca cerita lawak, jemu baca pergolakan politik, pembunuhan dan lain-lain, boleh lah cuba singgah sambil bersantai melihat terjemahan Al Quran di surah.my ni.

.

24 November 2010

Mendapatkan Kembali Barang Hilang


Berikut adalah Kaifiat Bacaan Surah Yaasin yang boleh digunakan unuk mendapatkan kembali barang yang hilang. Kaedah ini juga boleh digunakan sebagai usaha untuk kembalikan ahli keluarga yang hilang.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.


(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;


a.Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan 'Mubin' yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

b.Untuk pusingan kedua, apabila sampai 'mubin' yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai 'mubin' yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di 'mubin' yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

c.Untuk pusingan ketiga, berdoa di 'mubin' pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

d.Untuk pusingan keempat, berdoa di 'mubin' pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

e.Untuk pusingan kelima, berdoa di 'mubin' pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

f.Untuk pusingan keenam, berdoa di 'mubin' pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

g.Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di 'mubin' pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

h.Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

(4) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.


*Dapatkan Surah Yassin yang telah ditanda 'mubin' di sini (file pdf)
*Sumber dari: Darussyifa'

Kita hanya mampu berusaha, namun tuhan menentukan segala. Melalui cara ni, jika ditakdirkan tak keteku juga barang tu, kita tetap mendapat pahala kerana membaca ayat Allah ini.

.

Keputusan RAE 2010-3 Dah Keluar..!!


Kepada peminat radio amatur yang mengambil peperiksaan radio amatur siri ketiga bagi tahun 2010 (RAE 2010-3) pada 6 oktober yang lepas keputusannya telah dikeluarkan oleh MCMC/SKMM.
Jika tak sabar menanti surat rasmi dari MCMC/SKMM, bolehlah disemak keputusan tersebut secara online di sini.

Tahniah kepada yang berjaya. Bila dah dapat surat rasmi nanti boleh lah dapatkan callsign dan memancar difrekuensi amatur.
Kepada yang tak berjaya, cuba lagi...

.

23 November 2010

Eyeball HAM Pantai Timur (19Nov)


Pada 19 nov yang baru lalu berkesempatan untuk menghadirkan diri di Mega Eyeball Rakan HAM Pantai Timur yang dianjurkan oleh ASTRA Kelantan. Majlis itu terbuka untuk semua rakan HAM & keluarga seluruh Malaysia. Majlis Bermula pada jam 8.30mlm di Bachok, Kelantan. Difahamkan semua persiapan untuk jamuan dan lain2 telah disediakan dengan cara gotong-royong dari pagi lagi.

Ramai juga yang hadir pada malam tu, tidak hanya dari Kelantan shj, malahan rakan2 dari Kedah, Perak, Terengganu, Selangor dan lain2 turut hadir.

Cuaca disiangnya cukup elok, namun menjelang bermulanya majlis hujan turun mencurah-curah. Mungkin kerana tidak menjangkakan cuaca sebegitu malam tu, membuatkan pihak penganjur tak menyediakan ruang khemah yang cukup. Ia menbuatkan setiap yang datang terpaksa beredar sebelum majlis selesai bagi memberi laluan kepada rakan-rakan yang baru sampai untuk memasuki khemah untuk menjamuu selera.

Apapun terima kasih kepada semua yang menjayakan terutama kepada Abg Din (9W2DJM) dan Pak Zack (9W2UMK) diatas undangan ke majlis tersebut.


Sekalung tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur. Harap dapat hadiri lagi majlis sebegini dilain masa.

...73
.

Good Luck..!


Huhhh... lama tinggalkan rumah ni, seminggu lebih rasanya, dah naik bersawang dah...
Terima kasih kepada yang masih sudi datang melawat walaupun tuan rumah not around..
Apapun tuan rumah dah kembali sekarang...

Hari ni 23 Nov 2010 akan bermula 2 peperiksaan penting di Malaysia iaitu STPM dan SPM. Berbeza daripada 2 peperiksaan baru lepas iaitu UPSR dan PMR, 2 peperiksaan yang bermula hari ini adalah penting dan menjadi petunjuk kepada halatuju pelajar seterusnya.
Keputusan 2 peperiksaan ini mampu menentukan masa depan pelajar yang mendudukinya. Semoga semuanya berjaya seperti diharapkan.

.

16 November 2010

PANORAMA Amat Tragis (18SG) (7pcs)

Di sini dipaparkan gambar yang cukup tragis dan menyanyat hati. Kejadian ini dikatakan berlaku di Filipina, dimana seorang budak dijadikan tebusan oleh seorang penjenayah bersenjatakan pisau. Sanggup penjenayah itu berbuat demikian terhadap kanak-kanak sekecil itu. Kejadian ini berlaku beberapa tahun lalu yang akhirnya mengorbankan penjenayah dan kanak-kanak tersebut.




























**gambar diperolehi melalui email yang di fwd dan tak dapat dipastikan punca asalnya gambar ini.**

15 November 2010

Kaedah Perhubungan Radio Amatur.


Radio amatur adalah perhubungan radio 2 hala menggunakan frequency yang ditetapkan. Ia disebut 2 hala kerana ia membenarkan pengguna untuk bercakap dan mendengar, berbeza dengan radio awam (erafm, sinarfm, hotfm dan lain2)yang hanya 1 pihak bercakap, manakala satu pihak lagi hanya boleh dengar shj.

Frequncy yang digunakan oleh pengguna radio amatur adalah mengikut 'Band Plan' dan 'Spectrum Plan' yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC/SKMM).

Pada asasnya memancar(Tx) dan menerima(Rx) frequency dalam radio amatur ada 4 cara, iaitu menggunakan kaedah 'point to point', 'via local repeater', 'via linking repeater' dan 'echolink'.

1. Point to point Tx and Rx
Iaitu perhubungan terus antara 1 station dgn station yang lain. Bila 'station 2' Tx, 'station 1 dan 3' akan Rx, dan begitulah sebaliknya.


2. Via local repeater (melalui pengulang setempat)
Di sini 'repeater' menjadi perantara di mana station Tx akan Tx ke 'repeater'. 'Repeater' akan Rx dari station Tx dan akan Tx semula kepada lain-lain station Rx. Cara ini boleh meliputi jarak penerimaan yang lebih dari cara pertama tadi.



3. Via linking repeater (melalui pengulang bersambung)
Cara ini pula menggabungkan 2 atau lebih 'repeater'. Gambar di atas menceritakan segalanya tentang bagaimana 2 'repeater' bekerja untuk Rx dan Tx. Cara ini pula dah tentu akan boleh meliputi kawasan yang lebih jauh berbanding kaedah ke 2 tadi. Ianya digunakan di negara kita dan mampu menghubungkan seluruh Semenanjung.



4. Via Echolink.
Penggunaan kaedah ini agak kontroversi dan belum meluas lagi di Malaysia, namun ianya tetap ada digunakan dan berupaya membuat liputan Tx dan Rx paling jauh. Cara berfungsi adalah seperti entry sebelum ini.


Itulah secara ringkas bagaimana kaedah Tx dan Rx yang digunakan dalam radio amatur.Sekadar memberi sedikit pengetahuan kepada yang belum berada dalam dunia radio amatur ini. Insyaallah jika ada masa nanti akan diterangkan lebih terperinci lagi.

.

Siapakah Suu Kyi..?



Kebelakang ini dan sebelum ini banyak kali kita dengar nama Suu Kyi disebut-sebut. Dalam berita, tv atau radio kita sering dengar namanya disebut dengan sebutan 'suci'. Tapi, siapakah Suu Kyi ni? Kenapa perempuan ini cukup terkenal?
_________
Biodata Suu Kyi.
-Nama penuhnya ialah Aung San Suu Kyi.
-Dilahirkan pada 19 Jun 1945 di Yangon, Myanmar(Burma).
-Mempunyai 2 orang anak.
-Pernah belajar di St Hugh's College, Universiti Oxford dalam jurusan falsafah, politik dan ekonomi pada 1969. Kemudian belajar di School of Oriental and African Studies, Universiti London pada 1985.
-Menerima anugerah antarabangasa pada tahun 1991, iaitu anugerah Sakharov Prize dan Hadiah Keamanan Nobel.

_________

Aung San Suu Kyi, mewarisi keberanian dan bakat dari ayah beliau iaitu Aung San, yang merupkan seorang pejuang kemerdekaan Burma dari penjajah British. Bapa beliau telah mati dibunuh ketika beliau berusia 2 tahun. Sejak itu beliau telah dibesarkan oleh ibunya.

Seperti yang kita sedia maklum Myanmar adalah negara yang diperintah oleh junta tentera yang mana ditentang keras oleh Suu Kyi dan berjuang mendapatkan kuasa dari tentera bagi menjalankan pentadbiran negara berteraskan demokrasi. Untuk merialisasikan perjuangannya, beliau telah menyertai parti Liga Demokrasi Kebangsaan. Beliau telah membina pengaruh yang kuat didalam parti dan juga dikalangan rakyat Myanmar, untuk bangkit membebaskan negara dari pemerintahan tentera. Keadaan ini telah menimbulkan kerisauan dan kebimbangan pihak pemerintah tentera.

Oleh kerana kebimbangan kerajaan tentera akan pengaruh Suu Kyi, beliau ditahan sebagai tahanan rumah dari 20 Julai 1989. Oleh kerana desakan antarabangsa yang kuat ke atas kerajaan, akhirnya pada 1990 majlis pemerintahan tentera Myanmar mengadakan pilihan raya dan parti Liga Demokrasi Kebangsaan, pimpinan Suu Kyi telah menang. Namun, kerajaan tentera telah menafikan kemenangan tersebut dan terus memerintah.

Sepanjang dalam tahanan rumah, beliau ada dibebaskan pada tahun 1995, namun tak lama kemuadian ditahan semula hinggalah dibebaskan pada 13 November 2010 yang baru lalu.

Itulah serba sedikit berkenaan dengan wanita cekal ini, mungkin banyak lagi perkara tragis lain yang tertinggal untuk dimuatkan di sini. Untuk lebih mendalam mengenali beliau, cubalah perolehinya dari sumber lain pulak.

.

13 November 2010

Makan Bangkai...















KUALA LUMPUR: Tiga pusat penyembelihan ayam di Pasar Borong Selayang, di sini, diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan polis, awal pagi semalam selepas menerima aduan mengenai keraguan cara penyembelihan dan kebersihan.

Harian Metro difahamkan ayam di pusat penyembelihan itu didapati tidak disembelih secara sah menurut hukum Islam selepas didapati urat halkum ayam disembelih tidak sempurna.

Penolong Pengarah Unit Halal Jais, Ahmad Solihin Maryakoon, berkata dia terkejut apabila banyak ayam yang disembelih kelihatan meragukan kerana dikhuatiri mati lemas dan tersepit dalam bakul yang disediakan. Menurutnya, keadaan itu menimbulkan isu syubahah atau curiga sama ada ia halal dimakan atau sebaliknya berikutan pernah berlaku peniaga melemaskan ayam yang baru disembelih ke dalam tong besar berisi air atau menindihnya dalam tong bagi mempercepatkan proses kematian sebelum diproses dan dijual kepada orang ramai. Pengarah Jabatan Kesihatan MPS, Dr Razif Zainal Abidin, pula berkata pemeriksaan mendapati kebanyakan ayam disembelih dengan cara tidak sempurna dan sijil halal tiada di premis.


Di atas adalah petikan dari lapuran akhbar Metro hari ini.
Perkara yang menjijikkan macam ni sebenarnya dah banyak kali timbul, banyak kali kita baca, banyak kali kita dengar dan ianya akan terus kita dengar dimasa akan datang.

Di penjara Guatanamo Bay kita dengar umat Islam dizalimi, diseksa, dicerca dan dihina oleh orang kafir. Banduan Islam di sana dipaksa lakukan sex luar tabii, dibogelkan, diberi makan babi, diberi makan najis, dikencing, disergah dengan anjing, tak dibenarkan solat dan macam-macam lagi. Namun, di negara Malaysia nan damai lagi permai ini berbeza pula, bila umat Islam sendiri memberi saudaranya makan bangkai. Uuhh...tak bermoral betul... bangkai!!

Kenapa semuanya berlaku??? Kerana nak cepat, nak senang, nak mudah dan nak murah. Jika kita gabungkan semua sebab-sebab tu ia akan mengeluarkan satu jawapan yang ringkas dan tepat iaitu DUIT. Ya, kerana duit, manusia abaikan halal haram, baik buruk dan sehinggakan sanggup memberi saudaranya makan bangkai. Uuhh...tak bermoral betul... bangkai!!

Kalau dikatakan bangkai ni, sama lah ayam tu dengan ayam yang kita jumpa dah 1jam mati kena langgar atau mati kena sawan, kita ambil dan masak. Emmm... rasanya sama je, rasa ayam jugak. Ada sesiapa yang sanggup ke???

09 November 2010

Hairan Sungguh.... Kenapa ekk?..



Dalam kehidupan ni banyak benda yang kita jumpa, banyak situasi yang kita lalui dan banyak persoalan yang timbul. Kita juga sering bertembung dengan perkara yang menghairankan kita. Mungkin dengan berkongsi besama orang lain, kehairanan kita dapat diungkaikan...

Bagi aku, aku hairan sungguh lah bila...

- mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah, walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

- kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi sehingga 2 kali ganda hadlaju tersebut.

- mengenangkan harga kereta Proton lebih murah di luar negara berbanding di negara sendiri.

- walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak.

- budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok 'chatting' kat internet, sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.

- orang boleh bermadu kasih, siap bersumpah setia di'chat room' dan 'Facebook' walhal tidak pernah berjumpa.

- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mencari punca terjadi pergaduhan di dalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama binatang.

- artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan semata-mata mengejar glamour.

- pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh di tepi jalan.

- orang yang tak pandai kerja tapi pandai mengampu boss mendapat gaji yang lebih tetapi orang yang pandai kerja tapi tak pandai mengampu boss, gaji masih ditakuk lama.

- ramai orang yang mengaku diri mereka sibuk bekerja sedangkan waktu kerja diisi dengan 'chatting', 'facebook', 'game' dan gosip.

- ramai yang memberi nasihat untuk kebaikan dianggap menjaga tepi kain orang.

>

.

07 November 2010

Fakta Kenapa Indonesia Sering Dilanda Bencana



Kenapa Indonesia Kerap Dilanda Bencana....?
Apa yang nak dicoretkan di sini adalah dari segi ilmiah geografi bab kaji bumi ataupu geologi. Ia berkisar kepada fakta dan tidak memperkatakan dari segi mitos, balasan mahupun tahyol.

Jika dilihat kepada perkembangan terkini banyak bencana berlaku di seluruh dunia. Dikhususnya di sekitar Malaysia, iaitu di Filipina dan Indonesia, kerap berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami. Ketiga-tiga bencana ini adalah bersangkutan antara satu dengan lain.

Persoalannya, apakah ia boleh berlaku di Malaysia. Jawapannya, "tunggu dan lihat..." Wah, itu merupakan jawapan yang menyeramkan. Baiklah, mengikut fakta, memang agak rendah kebarangkalian Malaysia akan dilanda bencana ini, namun tidak mustahil. Jika bencana itu berbentuk 'megatsunami' atau 'supervolcano', tak mustahil ia akan sampai ke Malaysia.


Kejadian 'megatsunami' yang berlaku pada 26 dis 2004, nyata sampai ke Malaysia. Walau hanya tempiasnya sahaja yang melanda, namun kesannya amat teruk sekali.
Jika berlaku 'supervolcano' di Toba, Indonesia, kesannya berkemungkinan besar akan dirasai di Malaysia kerana jarak yang dekat.

Kewujudan 'subduction zone' atau lurah gelinciran di sekitar kepulauan Indonesia menyumbang kepada aktifnya aktiviti gerak bumi dan cetusan gunung berapi. Aktiviti pergerakan yang mengejut di 'subduction zone' akan menyebabkan tsunami.












Apa yang nyata, mengikut pengkaji, pergerakan di'subduction zone'sentiasa ada dan setengah tempat ada mencatatkan pergerakan sehingga 70mm-100mm setahun.
Itulah yang menyebabkan banyak berlakunya bencana di Indonesia mengikut kajian.







Bila bercerita pasal geografi ni teringat pula pada cikgu form 5 aku, cikgu Rahimas Shaari(tiada kaitan dengan cikgu shaari yang tidur dalam kelas tu). Cikgu ni garang, banyak buku murid diterbangkannya... Namun kerana garang tu la, ramai yang berjaya dalam matapelajaran tu. Terima kasih cikgu, moga dirahmati Allah walau di mana berada... juga untuk cikgu2 lain sekali lah.

.

06 November 2010

Bas Ekspres Terlangkup Lagi...

Memang banyak kali kejadian berlaku... Terbaru adalah pada 4/11/2010. Ianya sekadar menambahkan lagi statistik kemalangan bas yang meragut jiwa. Sebelum ini kemlangan dekat Genting Sempah dan banyak lagi siri kejadian bas maut di negara kita.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 malam di kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi itu apabila bas ekspres Transnasional dari Johor Bahru menuju ke Kuantan dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas di tempat kejadian. Dalam kejadian ini, seorang maut, manakala dua cedera apabila bas ini terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang. Bas ini membawa 33 orang penumpang. Mangsa yang meninggal adalah Ismail Naqiuddin Hamdan, 25 tahun, berasal dari Taman Cenderawasih, Kuantan.

Punca kemalangan, tak lain dan tak bukan kerana LAJU. Ini adalah mengikut maklumat dari penumpang yang selamat. Kenapa lah pemandu bas kita ni tidak ada rasa serik atau perasaan belas kasihan kepada penumpang yang dibawanya.

Entahlah dah tak kuasa lagi dah nak komen banyak-banyak, buat naik darah je... Dah nak dekat raya haji ni, tekanan darah kena 'maintain' sbb nak balun daging nanti. Eh, bukan daging je lidah, gusi, perut, limpa, hati, telur... wah, terlebih sudah... kahkah...

.

04 November 2010

Suami Sejati...?


Suami sejati.... banyak contoh dan ciri2 suami sejati ni. Ada yang 'sejati' boleh diikut, ada yang 'sejati' tak boleh dicontohi.

Tapi entry ni aku nak bercerita berkait sedikit dengan 2 gambar dibawah, dalam keadaan yang ringkas dan santai jekk.. Tengok lah gambar bawah ni.....


.


.




> Gambar pertama, nampak mcm betul2 detektor...heheh, beliau jln depan, sambil isap rokok, sedangkan isteri memikul beban besar tuu...
> Hah, yang kedua nampak suami tu lebih bijak dan romantik. Dalam diam, dalam penuh mesra, dengan romantik sambil berpegangan tangan..... namun si isteri juga yang membawa lebih beban.

.
Begitu lah dalam kehidupan ini, suami terkadang dengan tak perasan membebankan isteri.
Jadi, bagi pendapat aku lah, sesejati mana pun suami itu dia tetap akan mengharapkan bantuan dari isteri. Suatu perhubungan yang nampak mudah tapi agak kompleks dan unik. Kita tenggok je salah satu sifat lelaki ialah suka buat sepah. Pada amnya lelaki pun sebenarnya tak suka tenggok rumah bersepah dan berselerak, namun dia biasanya suka buat sepah, lepas tu mengharapkan isteri mengemas. Contohnya lepas baca akhbar, akhbar akan ditinggalkan suka hati je… tu pun nak harapkan isteri kemas (termasuk dngn aku skali le tuu..). Namun dijadikan perempuan itu sifatnya sukakan kesempurnaan, kecantikan dan sukakan pujian. Oleh itu, isteri secara semulajadi diarah oleh nalurinya utuk berkemas tanpa banyak soal... Tetapi, kekadang ada juga dikomplen, si suami buat don't know jek... heheh.

Di sini aku lihat satu pertalian yang kompleks yang sukar untuk dihuraikan… betullah yang suami-isteri itu adalah pelengkap antara satu sama lain. Subhanallah...

Apapun, ada seorang insan yang boleh dan sepatutnya dijadikan rujukan atau idola sebagai suami sejati, beliau tak lain dan tak bukan tentunya junjungan kita Nabi Muhammamad SAW.



.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers