((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

18 August 2012

Ibu OKU dan anak ketumbuhan perlukan bantuan


GAMBAR: Nor Azizah bersama Aleeya (kiri) yang menghidap ketumbuhan dalam otak.


Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah perumpamaan menggambarkan pengorbanan sepasang suami isteri di Kampung Sungai Sireh Tambahan Dua, Pelabuhan Klang, Selangor, dalam usaha merawat anak sulung perempuan mereka berusia lima tahun yang menghidap ketumbuhan dalam otak sejak setahun lalu.

Lebih menyedihkan, Nor Azizah yang juga orang kurang upaya (OKU) terpaksa berulang-alik menaiki komuter dari sini ke Kuala Lumpur setiap minggu walaupun masih dalam keadaan berpantang selepas melahirkan anak bongsunya, Amirul Quzairi lebih sebulan lalu.

Katanya, pada Mac lalu, Alleya menjalani pembedahan untuk memasukkan tiub menghubungkan otak hingga perut bertujuan menghalang daripada sebarang jenis cecair bertakung di saraf tunjang otak.

“Kos pembedahan itu sebanyak RM8,000. Puas kami kumpulkan wang dengan meminjam daripada saudara-mara, bank termasuklah daripada along dan membuat kutipan derma. Pendapatan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sebanyak RM1,500 sebulan memang tak cukup,” katanya. Nor Azizah mengakui perasaan malunya sudah hilang apabila sering meminta derma serta ihsan sama ada daripada keluarga terdekat, individu perseorangan serta institusi zakat kerana dia perlu memperuntukkan kira-kira RM100 sehari membabitkan kos pengangkutan awam dan keperluan anaknya.

Alleya mula dikesan menghidap ketumbuhan dalam otak sejak Oktober tahun lalu dan pembedahan dijalankan pada Mac lalu untuk memasukkan tiub menghubungkan otak dan perutnya di Hospital Sungai Buloh.

Kepada individu atau pihak berkaitan yang mahu membantu keluarga ini boleh menghubungi Nor Azizah di talian 018-2671198 atau 012-3500425.


Petikan Artikel dan gambar telah disiarkan di akhbar METRO pada 18/08/2012. Moga ada lebih ramai yang tampil membantu bagi sedikit menceriakan keluarga ini, lebih-lebih lagi di Ramadhan dan Syawal yang mulia ini.


1 comment:

atuk said...

Assalamualaikum URY

moga Allah permudahkan urusan mereka



Moga amalan kita diterima oleh Allah

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers