((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

31 December 2010

Konvoi & Ekspedisi Keluarga ke Taman Negara, Jerantut

(Banner rasmi program oleh MARES N. Sembilan)

Pada 27Dec hingga 29Dec 2010 yang baru lalu telah diadakan Ekpedisi Keluarga Ke Taman Negara, Jerantut yang dianjurkan oleh Kelab MARES N. Sembilan. Seperti biasa, jika kelab radio amatur yang anjurkan program, ianya akan terbuka untuk semua dan tidak hanya untuk ahli sahaja. Menepati antara falsafah radio amatur, iaitu berkawan dengan semua orang.



Dirasmikan dan dilepaskan oleh wakil Pengarah Pelancongan N.Sembilan. Pada keseluruhannya konvoi mengandungi 36 buah kenderaan dari kereta salun, mpv, van sehinggalah pacuan 4 roda. Dilepaskan dari Seremban Plaza pada pagi 27Dec. Konvoi telah dikepalai oleh 9w2abz, Tok Kee.



Konvoi dari Seremban melalui Kuala Pilah ke perhentian pertama Kuala Gandah, Pahang. Iaitu di Pusat pemuliharaan gajah. Dapatlah melihat pertunjukan gajah, gosok2 gajah, naik gajah dan mandi dengan gajah. Pertunjukan gajah bermula pada jam 2ptg.



Selesai 'bermesra' dengan gajah, konvoi bergerak lagi, menuju ke Jerantut, Pahang.



Singgah sebentar menunaikan apa yang wajib di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut. Cantik dan luas masjid ini. Siap dengan mini taman permainan kanak2 lagi.
Lepas semua selesai, konvoi terus bergerak ke Taman Negara. Setibanya di tempat yang dituju, hari dah gelap. Selesai makan dan mendapatkan bilik masing2, semua lentok kepenatan.



Keesokan harinya, pagi2 lagi dah mula pengembaraan di Taman Negara. Bermula dengan menaiki bot menyusuri sungai sambil menikmati keindahan alam di tebing sungai.



Tak cukup sekadar memerhati di tebing sungai, kita jelajah pula di bahagian atas hutan dengan menaiki 'Canopy Walkway'. Rasanya ada lebih 1km panjangnya.



Hahhh.. ni lah penguji kekuatan walkway, 9w2hsm Pak Hasnan....hehehe. Tabik pada Pak Hasnan, walau ada masalah jantung namun berjaya juga 'melayan' walkway ni...



Teruskan lagi perjalanan dengan bot ke perkampungan orang asli. Ditunjukkan cara kehidupan mereka dalam hutan.




Petangnya, walau penat menjelajah dan main air serta di'mandikan' oleh pemandu2 bot (best betol dapt racing bot...hehe),semua masih sporting untuk sertai sukaneka yang telah diatur.

Begitu lah ceritanya. Tapi, banyak lagi cerita dan gambar yng belum sempat dimasukkan. Insyaallah akan dimasukan dlm entry lain plak nanti.

p/s: trm ksh buat 9w2dzu kerana memberitahu tentang prog ini. Lain kali, jika ada progm mcm ni, bg tau lah lagi.. hehe..


.

30 December 2010

Malaysia Juara!! Terima Kasih Khairul Fahmi dan semua.




Kejayaan penjaga gol Malaysia, kelahiran Kelantan Khairul Fahmi Che Mat, menyelamatkan tendangan penalti oleh ketua pasukan Indonesia pada separuh masa pertama dilihat antara faktor kejayaan Malaysia dari membenarkan Indonesia menambah jaringan. Ditambah pula gol pertama kita di awal separuh masa kedua oleh Safee Sali. Itu lah antara faktor kejayaan Malaysia mmenjuarai Suzuki Cup tahun ini.

Kecekapan Khairul Fahmi yang menyelamatkan sekurang-kurang 10 peluang Indonesia harus mendapat pujian. Mengikut lapuran BERNAMA trafik ke facebook beliau meningkat mendadak, menjadikan yang kelima popular di dunia.

Tahniah Khairul dan semua pemain, anda memang Harimau Malaya yang garang... berkuku dan bertaring. Jangan sampai kuku dan taring itu tumpul dek habuan yang bakal diterima kelak. Peminat masih dahagakan kejayaan skuad bola Malaysia.

.

29 December 2010

AFF Suzuki Cup 2010 -Malaysia JUARA


Walaupun tewas 1-2 di Jakarta, namun bekalan 3-0 yang dibawa ke Jakarta cukup untuk menewaskan Idonesia secara agregat. Jadi, Malaysia buat kali pertamanya menjadi juara AFF Suzuki Cup pada tahun ini, dengan kemenangan 4-2 keatas Indonesia.




TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!!

.

Diberi Susu, Dibalas Tuba.

Aku tak faham betul lah dengan Negara tetangga kita ni... Mereka ni serumpun dengan kita, namun sangat memusuhi kita.
Kita beri peluang pekerjaan di sini, kita layan dengan baik bak saudara karib.
Masa meraka menonton bola itu hari pun kita tak ganggu mereka, malahan sehingga 15ribu tiket kita khaskan untuk mereka. Namun ngapa mereka seakan menjadikan kita musuh mereka yang paling utama.
Mengapa...?????

Sekumpulan penyokong Indonesia mengadakan demonstrasi di hadapan hotel penginapan pasukan Malaysia di Jakarta, semalam. - gambar oleh Utusan Malaysia 29/12/2010.

26 December 2010

Final AFF Suzuki Cup 2010 -Malaysia Hebat!!


Final AFF Suzuki Cup 2010 pusingan pertama Malaysia 3 - Indonesia 0.
Tahniah untuk skuad kita yang memang hebat, terutama diseparuh masa kedua.
Tiga gol yang menarik dan bergaya. Dengan bekal selesa 3 gol ini diharap kita dapat mengarungi perlawanan di Jarkata kelak dengan selesa, seterunya membawa pulang Suzuki Cup edisi 2010.

TAHNIAH!!!!!... TAHNIAH!!!.. TAHNIAH!!! Ayoh kita selesaikan tugasan ini dengan bergaya!!

KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA di Jakarta.

25 December 2010

Final AFF Suzuki Cup 2010 - Mampukah Malaysia?


Diantara tajuk perbincangan paling hangat sekarang ni adalah berkenaan dangan Final Bolasepak Piala Suzuki AFF, Malaysia bertemu Indonesia. Perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal-balik yang menyaksikan Malaysia akan menanti kunjungan Indonesia diperlawanan pertama dan menghadapi Indonesia di Jakarta kemudiannya.

Ini adalah kali pertama Malaysia layak ke final Piala Suzuki dan peluang ini harus digunakan untuk sekaligus menjadi juara. Namun cabaran adalah amat besar bila kita terpaksa menumbangkan Indonesia yang mengalahkan kita 5-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan tempohari.

Perlawanan pertama di Bukit Jalil esok adalah amat penting untuk kita. Tidak boleh tidak, kita mesti mendapatkan bekalan yang mencukupi untuk dibawa ke Jakarta kelak. Kelebihan gol yang banyak akan lebih menyenangkan pasukan kita bila bertandang ke 'kawah berapi' di Jakarta nanti.

Rata-rata nampak kelebihan pasukan Indonesia yang mempunyai barisan berpengalaman dibantu oleh beberapa pemain kelahiran luar. Pemain Indonesia mempunyai kemahiran individu yang baik serta bermain dengan corak pantas.
Walauapapun sebagai rakyat Malaysia, pasukan Malaysia tetap di hatiku. Mempunyai barisan muda yang bertenaga dan bersemangat serta disiplin yang tinggi, ditambah sokongan peminat tempatan, diharap mereka mampu menyaingi Indonesia.

Turunnya pasukan kita bertarung di Bukit Jalil sudah tentu akan mendapat sokongan padu dari sekurang-kurang 70ribu penyokong di stadium dan berjuta-juta lagi rakyat Malaysia yang lain. Selamat berjuang, Semoga berjaya!!!

Jadual Final AFF SUZUKI CUP 2010;

KEPUTUSAN PERLAWANAN:
-Pusingan pertama
-Pusingan Kedua

........

24 December 2010

Karnival Upin & Ipin



Sedang berlangsung Karnival Upin & Ipin di Shah Alam Convention Center (SACC) di Shah Alam. Karnival akan berlagsung dari 24-28 Disember 2010.
Petang tadi diadakan majlis perasmian Karnival tersebut. Ni lah beberapa gambar sempat diambil dan diproses utk tatapan peminat Upin&Ipin semua...










Jika ada yang nak sertai kelab Upin&Ipin boleh klik sini.

.

23 December 2010

Seruan Pulau Nami di Astro Prima

Pulau Nami adalah sebuah pulau kecil di Korea Selatan. Pulau ini terkenal dengan kecantikan alam semulajadinya. Ianya menjadi lebih terkenal apabila dijadikan lokasi utama penggambaran sebuah drama terkenal Korea satu ketika dahulu iaitu Winter Sonata.

Sekarang ini sedang rancak ditayangkan drama bersiri Melayu di Astro Prima bertajuk 'Seruan Pulau Nami'. Drama bersiri 13 episod ini ditayangkan di Astro Prima bermula pada 9 Disember 2010. Memakan masa selama 60minit bermula jam 4 petang, setiap Isnin hingga Khamis. Drama bersiri ini merupakan hasil pertama produksi MW Entertainment Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Mawi.

Sinopsis ringkas Seruan Pulau Nami
Drama yang menampilkan elemen cinta dan konflik. Mengisahkan kehidupan Amira yang bercerai dengan suaminya,yang kemudian mengambil keputusan menyambung pelajaran di Korea. Bercinta pula dengan Razlan yang sebenarnya menganggap dia adalah Syafika iaitu adik kembar Amira. Pelbagai konflik berlaku antara mereka hingga Syafika berdepan maut akibat menghidap penyakit barah otak. Dalam pada itu bekas suami Amira, Hashim masih terus menagih cinta darinya.

Teraju utama drama ini..



Rasanya ramai penggemar drama bersiri dah ikuti drama ini. Isi rumah ku yag lain (selain aku..) pun demikian, menjadikan drama ni juadah utama setiap petang sekarang ni.

.

22 December 2010

Syarahan Penuh Semangat (video lawak..)



Akhir tahun mcm ni kerja lebih sikit, kena buat report la, tutup akaun la, buat stock check la, tu la, ni la.. Pada yg tension tu, meh layan ni kejap... heheh.
Bagi yg kena berucap sempena tahan baru nanti, berhati-hatilah, jgn jadi cham ni.....



Lagikan yg ori boleh tanggal, inikan pulak yg tak ori...

21 December 2010

Anjing Panggang Ke?


Agaknya daging ape yang dijual ni yer, dah disalai dan dibuang bulunya.
Nak kata besar tak besar, nak kata kecil tak kecil. Nak kata kambing, bukan kambing.
Rasa macam kenal, tapi yer ke? Takut salah plak nanti.
Kalau tak puas hati bleh klik gambar, utk lihat gambar yang lebih besar.

Aku rasa binatang ni banyak yang tak bertuan dan berkeliaran. Kalau pasar ni ada di negara kita, takde lah binatang ni berkeliaran lagi rasanye.....Tapi, tak sanggup pulak la kita nak lalu depan pasar tu, eeeee......




Sebenarnya gambar ku dpt dari email rakan2. Takde 'detail' pulak pasal gambar ni.
Di mana lokasi dan bila tak pasti...(rasa2 mcm kat Vietnam), mgkin ada sesiapa pernah jumpa pasar ni tak???

.

20 December 2010

Ada Rakan Tanya Radio Amatur Tu Ape?

Ada seorang rakan shout tanya amatur radio tu apa?
Jadi, entry ni just nak jawab pertanyaan tersebut.

Sebenarnya, dah ada kat entry aku sebelum ni pasal ni semua. Cuma, mungkin rakan kita ni tak sempat nak selak2 entry lama aku. Atau blog aku ni memang semak sangat kot, tak nampak jalan nak ngayau.
Apapun bagus juga, tak pasal2 dapat aku terbitkan satu entry baru ni...

Baik lah, apa2 entry pasal radio amator ada dlm category HAM Info and event.
Di sini diberikan Link nya:
>> Apakah radio amatur
>> Kaedah perhubungan
>> Perkara yang boleh dilakukan
>> Wikipedia Radio Amatur (link luar blog)- bagus untuk info lengkap.

Harap mendapat info yg jelas.

.

19 December 2010

Inovasi Untuk Ibubapa Malas

Ni adalah inovasi penciptaan terbaru khas untuk ibubapa yang sibuk atau lebih tepat, pemalas.
Cara membuat dan bahannya cukup senang, iaitu mengunakan penyangkut baju shj.
Tapi, pastikan penyangkut baju tu jenis besi keras, dan bukan dari plastik atau kayu...takut patah plak.



Hah gambar ni lagi clear mcm mana nak membentuk penyangkut baju itu.


PERINGATAN PENTING: AWAS!! Ciptaan ini belum diuji, malah belum mendapat sijil dari SIRIM lagi. Maka penggunaannya adalah diatas tanggungjawab sendiri dan lebih baik tidak mencuba untuk membuat serta menggunakannya.

.

18 December 2010

Cara Untuk Sentiasa Senyum..


Memang mudah untuk senyum bila hati dan persaan kita dalam keadaan aman dan ceria. Namun tak selalu begitu, kadang2 kita dilanda masalah yang menbuat kita tak mampu senyum...
Maka, disini diberikan 1 cara untuk kekal senyum walau dalam masalah sekalipun.

Bahan2 yang diperlukan adalah masing2 2 getah pengikat dan klip kertas, seperti gambar di bawah ni:




Kemudian, sambung kedua-dua getah tadi menjadi satu. Bengkokkan klip kertas seperti gambar di bawah. Jangan lupa ikatkan kedua hujung getah tadi dengan klip kertas:








Kemudian pasangkan klip kertas dan getah tadi seperti di bawah:

HEhehehee..... selamat mencuba, semoga sentiasa senyum dan ceria.
Untuk tips untuk senyum yang lain sila klik sini>>.

.

17 December 2010

Ikan

Kata orang melihat ikan berenang dapat menenangkan jiwa.
Betul tu, kadang tu beberapa jam dok tenggok gelagat ikan beranang pun tak jemu. Terkadang tersenyum sendiri, release skit tension jika ada... tu lah nikmat dan keunikan ciptaan Ilahi.
Sekarang ni pun ada juga ikan digunakan untuk terapi kesihatan separti urutan badan dan membuang sel mati pada kulit.
Tapi, tu jika ikan hidup, Ikan gambar tak lah sampai mcm tu. Apa pun layan je lah beberapa gambar yg tersimpan dalam 'memory card' ku ini....










.

16 December 2010

Lunch D' Arab Cafe


Tengahari semalam, berlegar-legar kat seksyen 7 Shah Alam. Bukan cari aweks UiTM, tapi cari makan. Lunch time lah katakan... Masa ushar sambil drive alon-alon di setiap lorong deretan kedai ternampak lah satu restoran, Arab Cafe. Macam menarik je, lain dari yang lain. Jommm singgah...

Tanpa banyak cakap, sbb pagi cuma makan roti canai separuh jer, terus ku order Lamb Kabsah.
Hah.. ni lah dia... Daging dia memang lembut, entah brape lama dia masak entah la. Nasi plak panjang2.


Ni plak Chicken Kabsah, pilihan XYL ku..


Sedap ke?? Entah lah tak tau nak cakap la. Apapun ni lah hasilnya selepas beberapa ketika berlalu... (tak tahu kerana sedap atau lapar..)

Harganya huh... tak berapa boleh tahan, dlm rm15 sepinggan... tu yang kasi licin pinggan tu...heheh.
Huh...bagus betul M'sia ni, mcm2 makanan ada. Tak tahu lah betul ke ni nasi arab, atau nama je, atau mungkin hanya Arabian style.
Ape yang ku tahu, nasi arab kat M'sia ni yang paling best kat Cyberjaya... Betul ke? Nak kena cuba lah nanti.

.

15 December 2010

'Dikenduri' Selapas Lari Dari Rumah


Sekarang ni memanglah musim kenduri, cuti sekolah lah katakan... Sana kenduri, sini kenduri. Gi makan kenduri memang best, namun 'dikenduri' berbeza pula situasinya.
Kisah benar ni dari cerita rakan aku yang baru balik kampung pada cuti hujung minggu lalu. Kampungnya? Takyah bagitahu lah yer....

Ceritanya, baru2 ini ada seorang gadis diselamatkan oleh polis di sebuah rumah sewa. Gadis itu telah diselamatkan setelah beberapa hari menghadapi pengalaman ngeri'dikendurikan' oleh budak2 kampung tu. Khabarnya gadis tu dari KL, lari dari rumah mengikut pakwe nya. Agaknya pakwe dia ni baik sangat hati dia, jadi 'dikendurikan' lah makwe dia tu ngan kawan2.
Huhh... ngeri aku dengar cerita tu.

Pesanan aku kpd adik2 dan anak2 remaja yang terbaca tulisan aku ni:
Kepada adik2 dan anak2 remaja sekalian, aku harap jangan lah korang buat kerja bodoh lari dari rumah ni. Rumah adalah tempat terbaik dan terselamat buat korang. Bingit dengar leteran mak korang? Mak korang tu nak jadikan korang manusia berguna. Korang bila dah jadi 'mak' nanti, baru korang mengerti hati/perasaan seorang ibu.
Jadi, pilih lah antara menurut kemahuan mak di rumah dan kadang2 boleh gi makan kenduri atau korang 'dikendurikan'.....
Walau korang rasa pakwe/kawan2 korang tu terbaik, namun mungkin dia adalah kucing yang sedang menunggu masa yang sesuai untuk memakan ikan yang sedang berenang..

**(kedua-dua gambar ehsan en.google)

.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers