((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

28 February 2011

Pengarah SPR Pahang Meninggal Dunia.


Entry ini sekadar untuk memberitahu dan menghebahkan pemergian Pengarah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff di Hospital Sultan Ahmad Shah, pada jam 3.15ptg 28/02/2011 kerana serangan jantung. Beliau meninggal dunia pada usia 57 tahun.

Dalam kesibukan persiapan pilihan raya kecil Kerdau Ahad ini, SPR kehilangan Pengarah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR). Ahad ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim.

Takziah untuk keluarga dan Al-Fatihah untuk yang pergi. Moga roh beliau dicucuri rahmat.


Keruh di Libya, Barat Sedia Menangguk.


Tumbangnya Husni Mubarak di Mesir pada 11 Februari lepas, mencetus beberapa siri kembangkitan rakyat di Negara-negara berhampiran untuk menukar pemimpin mereka. Paling teruk adalah di Libya.

Libya sebuah Negara Islam di Utara Afrika dan berjiran dengan Mesir. Diperintah oleh pemerintah yang digelar Ketua Revolusi, Muammar Al Gaddafi. Beliau mendapat kuasa dengan rampasan kuasa dari Raja Idris, yang dilakukan oleh tentara yang diketuai oleh beliau pada tahun 1969.

Muammar Gaddafi sebenarnya banyak mangamalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudi di kalangan rakyatnya. Satu lagi prinsip pemerintahan beliau ialah semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Oleh kerana prinsip pemerintah beliau yang begini, membuatkan Libya tidak disenangi Amerika dan Eropah. Pelbagai sekatan dan kekanggan dikenakan terhadap Negara itu. Akibatnya, kemajuan ekonomi agak terbantut, walaupun Libya adalah salah sebuah Negara pengeluar minyak.

Berbeza dari apa yang berlaku di Mesir, di sini penentanggan lebih kepada menggunakan senjata dan tentera. Malah ia adalah seumpama perang saudara. Dengan ikrar Muammar Gaddfi yang akan bertahan hingga titisan darah terakhir dan mengangap perjuangan beliau adalah untuk menpertahan Negara, maka dijangkan kucar kacir di Libya akan berpanjangan serta mengorbankan banyak nyawa.

Dalam keadaan ini ada yang akan mengambil kesempatan. Mereka mula cenderung untuk campurtangan. ‘Kuasa besar’ dunia akan menekan disatu pihak dan akan menyokong satu lagi. Kita amat khuatir jika pihak yang disokong menang. Berkemungkinan akan wujud kerajaan kempimpinan kuda boneka, yang ditunggangi oleh kuasa besar yang membawa agenda memusnahkan Islam.




.

27 February 2011

Memperkenalkan Blog KISAH DIRI...

Kali ini nak perkenalkan satu blog lah. Ni kira kali pertama lah blog ni memperkenalkan blog lain sebab blog ni tak terkenal pun.

Entah mengapa rasa nak perkenalkan blog ni plak, macam ada chemistry lah...kuang...kuang...kuangggg.
Ni blog baru, post pertama ialah pada bulan Januari 2011.
Blog yang dimaksudkan ialah blog KISAH DIRI...
Tuan punya manggunakan nick my, perempuan tentunya dan seorang blogger baru rasanya.
Blog ini sarat dengan entry luahan perasaan dalam madah-madah pujangga yang tak tercapai akal ku untuk menyelaminya. Bukan apa, takut tak cukup bekalan oksigen. Jadi, kalau ada yang rakan-rakan yang mampu menyelami perasaan melalui perkataan yang puitis silakanlah.




(Ini gambar profile beliau)






>>Utk my, blog tu perlukan beberapa sentuhan tambahan yang penting agar ia lebih mesra alam / mesra pelawat. Kadang-kadang kita rasakan yang kita menulis bukan untuk orang lain, tetapi jika tahu ada orang yang membaca tulisan kita, ia memberi lebih kepuasan dan semangat. Macam dapat makan cendol ditenggahari yang panas terik... laa..laaa.laaa.. :)

26 February 2011

Cornetto Percuma

Tengahari tadi singgah di Plaza Alam Sentral, Shah Alam nak cari printer cartridge dan DVD drive.

Nampaknya hari ni ada pemberian percuma aiskrim cornetto. Sayangnya tak tahu tentang ini dari awal, jika tak, bloggers satu Malaya ku belanja makan aiskrim cornetto free hari ni... Boleh ke?

Memang benar-benar percuma, seorang dapat dua pula tu. Mula-mula sukar juga promoter wall's nak panggil orang ambil aiskrim tu. Mungkin ramai yang tak percaya ianya benar-benar percuma.
Maklumlah sekarang ni susah nak dapat benda yang benar-benar percuma, hatta nak buang air pun kena bayar. Biasanya, kata shj percuma tapi, ada kos tersembunyi pula, bak kata perpatah telunjuk lurus kelingking berkait. Ehh..ehh.. macam Karam Singh Walia pulak la...


24 February 2011

Misteri Serai & Daun Limau Purut


Sebenarnya tak berapa pasti nak diketegorikan cerita ni dalam cerita lawak ke, seram ke, misteri ke atau cerita sengal. Kisah ni berlaku di rumah ku. Waktu menghampiri tengahari, si ibu bersiap untuk memasak untuk hidangan tengahari tu. Seperti yang telah direncana sejak dari bangun pagi tadi lagi, hidangan yang akan disediakan adalah tom yam.

Dikeluarkan semua barang yang diperlukan dan diletak disatu tempat. Ada 2 barang tidak cukup, iaitu serai dan daun limau purut. Lantas si ibu tadi meminta tolong dari anak nya untuk ambilkan serai dan daun limau purut. Benda-benda asas masakan macam ni memang ada ditanam di dalam pasu di laman rumah.

Dengan penuh terpaksanya (agaknya lah), anak tadi pergilah mendapatkan bahan-bahan yang diingini oleh ibunya.....
dan ini lah yang diberi kepada ibunya...
Nak tahu ape..? Daun limau nipis dan daun serai.
Nak kata tak pernah tengok, pernah. Entah la, budak ni sahaja buat lawak atau saja buat tak tahu...
Nak marah pun ada, nak gelak pun ada bila mendengarkan cerita ni..


23 February 2011

Tips Blogger: Jangan Tukar Free Domain



Semalam saya mendapat pengajaran yang amat bernilai dalam dunia blogger ni. Bila klik je link ke blog ni keluar "Server Not Found"... adoii. Selidik punya selidik rupanya serve untuk domain hamradio.my/ down atau dah bungkus... hampehhh geramnyee..

Sebenarnya, dulu saya tukar ke domain hamradio.my/ kerana namanya agak cantik dan sesuai dengan saya yang terlibat dengan hamradio ni... Namun,begini pula jadinya. Domain ni free je.
Dah jadi begitu, dan nak terus ber 'blogging' terpaksa lah tukar domain. Kesan yang teruknya kita dah banyak dan penat taburkan jejak dan backlink diserata tempat, semuanya sia-sia.... rasa mcm nak tutup terus akaun ni.

Jadi, peringatan kepada blogger baru (sprt saya) jangan tukar domain kepada domain free, tu semua tak boleh diharap! Lebih baik kekalkan kat domain asal dimana blog dibina, ia lebih stabil.
Jika nak tukar juga dapatkan domain berbayar (www.yourblog.com) baru terjamin dan puashati.

Ianya menjadi satu pengajaran yang berguba kepada saya. Semoga kesilapan saya ni menjadi pedoman kepada baru sekalian..


21 February 2011

Penganggur Malas Atau Tiada Peluang..?


Masalah pengangguran tidak sepatutnya wujud dalam negara Malaysia yang aman dan damai ini. Kita masih menghadapi masalah pengangguran, dimasa yang sama kita masih mengimport tenaga kerja luar. Kita pernah dengar pekerja asing mengatakan dekat Malaysia ni senang sangat dapat kerja.

Mengikut lapuran oleh Bernama pada 1 Disember 2010, Malaysia mencatatkan jumlah pengangguran 364,200 pada September 2010. Maka wujud pertanyaan, adalah penganggur di negara kita ini malas, memilih kerja atau pun tidak diberi peluang.

Jika dilihat sekarang ni, banyak sektor pekerjaan dikuasai oleh pekerja asing. Kita boleh terima jika pekerja asing bekerja disektor pembinaan yang rata-rata melakukan kerja berat. Tidak ramai yang sanggup melalukan kerja-kerja begini melainkan terdesat. Maka pengambilan pekerja asing amatlah munasabah untuk mengisi kekosangan ini.

Namun apa yang diperhatikan kini, kerja-kerja ringan pun dikuasai orang asing. Kerja kilang, pegawai keselamatan dan pembantu kedai dirasakan amat ringan dan mampu dilakukan oleh sebilangan penganggur di negara kita. Jika dilihat di Pasar Borong Selayang, dari pekerja pemunggah barang hinggalah kepada pembantu kedai dan peniaga adalah warga asing. Di Plaza Imbi dan Plaza Low Yatt pembantu kedai yang menjual barangan IT dan komputer juga orang luar. Itu sekadar contoh sahaja, namun ada banyak lagi tempat yang menggunakan pekerja warga asing untuk melakukan kerja-kerja ringan yang nescaya mampu dilakukan oleh penganggur kita.

Tidak adakah penganggur kita boleh buat kerja-kerja ini, mungkin mereka malas atau pun tidak diberi peluang. Mungkin majikan lebih cenderung untuk mengambil warga asing kerana gaji murah atau pun mudah untuk dijaga atau mudah digertak jika mereka buat hal.

Mungkin kerajaan patut menghadkan sektor tertentu sahaja yang boleh diberikan pekerjaan kepada warga asing. Manakala majikan jangan lah fikir nak senang sendiri sahaja, fikirkan juga anak Malaysia yang masih menganggur. Jika ada peluang untuk berkhidmatan untuk negara macam ni, kenapa tidak diambil peluang?
Bagi anak muda kita yang tengah cari kerja, takperlu lah memilih sangat. Biarpun kita ada diploma, ada ijazah, tak salah kita bekerja dari bawah. Cari pengalaman dahulu.






19 February 2011

Jom Cendol


Dalam masa perubahan cuaca dari musim hujan ke musim kemarau macam sekarang ni kita kerap kepanasan dan kehausan ditengahari. Kalau dapat pekena cendol dalam cuaca panas macam ni tentu 'best' sekali. Kena pula cendol pulut, perkhhh... menusuk ke kalbu dan sanubari lah.

Kalau sesiapa yang selalu menggunakan jalan dalam Seremban-Tampin/Melaka, tentu akan terjumpa 2 gerai cendol yang cukup popular dan ramai pengunjungnya. Cendol Leman Dawi dan Cendol Madu Rembau.

Kali ni nak review dulu Cendol Madu Rembau. Terletak berhampiran dengan Pekan Rembau, iaitu di Taman Reakresi Pinggiran Sungai Rembau. Selain cendol ABC juga ada di sini. Bukan itu sahaja, malahan di sini juga ada pelbagai masakan panas juga turut disediakan.

Cendol di sini menggunakan air batu kisar, jadi memang meresap ke sanubari lah. Macam-macam cendol ada.... cendol biasa, cendol pulut, cendol kacang dan cendol jagung dan cendol special.

Hahh, yang sebelah kiri ti cendol pulut+kacang+jagung dan sebelah kanan tu cendol pulut, pulutnya memang banyak.


Ni jalan masuk ke situ, bagi yang lalu singgah la memang 'best', dari segi rasa bagi ku ia lebih sedap dari Cendol Leman Dawi. Namun, Cendol Leman Dawi ada keistemawaannya yang tersendiri.



SEDIKIT INFO TENTANG CENDOL LEMAN DAWI.
Ia terletak di jalan sama, iaitu jalan lama Seremban - Tampin/Melaka. Lokasi lebih dekat dengan Seremban. Lebih tepat lagi di Sungai Gadut. Cendol di sini menggunakan ais ketul. Keistemewaanya cendol boleh ditambah sampai muntah. Cendol, air gula, santan dan ais ada disediakan untuk ditambah sendiri oleh pelanggan secara percuma. Ada juga disediakan air barli sejuk secara percuma.
Satu lagi keistemewaan paling ketara ialah pemiliknya sendiri iaitu Pak Leman Dawi. Celotehnya membuat pengunjung terhibur. Keistemewaan Pak Leman Dawi tentu dah diketahui ramai sebab beliau pernah 'masuk' tv sebelum ni.



18 February 2011

Anak Dinosaur Tumbang Disondol Gajah


Petang semalam, macam biasa lah menjalankan tugasan menjemput sang puteri dari sekolah. Tiba sahaja di jalan utama, kelihatan kenderaan di jalan amat sesak sekali. Jalan 2 lorong dah jadi 3 lorong. Biasa lah kat jalanraya kita ni, bila sesak je lorong kecemasan menjadi pilihan bagi yang merasakan dia nak cepat....macam lah orang lain tak nak cepat.

Berbalik kepada cerita tadi, "wah, ni dah tentu lewat sampai ni... mahu berjam ni" fikirku dalam hati. Aku terus buat pusingan 'U'dan balik semula ke rumah untuk dapatkan altenatif lain agar dapat sampai lebih cepat. Altenatif terbaik ialah kuda besi. Dah lama kuda besi ni tak dibawa keluar ke jalan utama. Sekarang ni ia sekadar diguna untuk ditunggang persekitaran rumah sahaja. Hari ni khidmatnya amat diperlukan... ya, sangat-sangat diperlukan, tiada pilihan lain lagi.

Alhamdullillah, walau usianya agak lanjut dan lama tak dibawa ke jalan utama kuda besi ku tetap beraksi cemerlang. Dicelah-celah kenderaan besar ia membawa ku menyelinap untuk terus pantas ke hadapan agar segera sampai ke tempat dituju. Akhirnya, aku sampai di tempat yang dituju, walaupun lewat 5 minit dari masa yang sepatutnya. Namun jika tidak ada bantuan dari kuda besi rasanya kelewatan akan menjadi 50 minit atau lebih.

Dalam perjalanan tadi, aku melintas di tempat punca terjadinya kesesakan tersebut. Rupa-rupanya satu lorong dah tertutup terus dek kerana pertembungan anak dinosaur dan gajah. Khabarnya gajah telah menyondol anak dinosaur dari belakang, yang menyebabkan anak dinosaur rebah dan tak mampu berdiri lagi. Manakala gajah tadi mengalami kecederaan di kepala.

Ni lah keadaan anak dinosaur yang tumbang dan tak mampu bangun disondol dari belakang oleh sang gajah.


Ni pula keadaan kecederaan sang gajah yang agak parah di kepala.



.



16 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman....

Semalam telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H di satu taman perumahan di Pelabuhan Klang, yang dianjurkan oleh surau taman tersebut.
Majlis diadakan dari pagi hingga ke malam. Bermula pada jam 9 pagi, dengan majlis perarakan sambil berselawat di sekitar taman. Perakan bermula dari hujung taman, melalui 2 fasa taman (fasa A dan B), kemudian ke menuju ke surau.

Setibanya di surau para jemaah yang menyertai perarakan diberi jamuan ringan. Selepas itu diadakan pula pertandingan untuk kanak-kanak, seperti pertandingan mewarna, Hafazan ayat lazim dan mengaji.
Tengaharinya di surau tersebut dilakukan penyembelihan seekor kambing. Dilapah dan potong untuk dimasak selepas Zohor.

Selepas solat Zohor, acara masak memasak bermula untuk jamuan pada malamnya. Semuanya dilakukan dengan gotong royong oleh penduduk taman.

Sebelah malamnya, selepas solat Maghrib diadakan pula Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam selepas solat Isyak. Walaupun sambutan ini hanya diperingkat taman perumahan sahaja, namun ia cukup meriah dan dapat mengeratkan silatulrahim disamping menunjukkan kecintaan kepada Rasulullah.








Firman Allah dalam surah al-ahzab ayat 56, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat kepada nabi, wahai orang yag beriman berselawatlah kamu kepada nya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"





.

15 February 2011

Insan Terhebat


Sebut pasal insan terhebat yang tiada tandingannya dah tentu ramai yang tahu siapa beliau ini. Pada 12 Rabiulawal tahun gajah, lahirlah seorang rasul perutusan terakhir Allah ke muka bumi ini.
Rasanya elok kita kenangkan2 kehebatan baginda agar menjadi pedoman kita bersama.


Baginda adalah seorang rasul dan pemimpin kerajaan Islam, namun sebagai suami, jika ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tetapi dilihat oleh baginda tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Makanan mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
"Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
"Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata,
”Kalau begitu aku puasa saja hari ini."
tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Baginda adalah pemimpin yang hebat. Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,
kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau sedang sakit..."
desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut,
”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda menjaga dan menghormati 'rumah' Allah, baginda dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Baginda adalah juga hamba Allah yang terhebat. Baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah, hingga kaki baginda bengkak-bengkak. Kemahuan jiwanya tinggi untuk beribadat kepada Allah.
Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga?Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lembut,
"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Ini adalah hanya sebahagian kecil dari kehebatan Rasullullah SAW. Ianya sekadar untuk memenuhi permintaan baginda....
Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"



14 February 2011

Saksi Kemalangan Motosikal

Pada Hari Sabtu yang baru lalu (12 Feb 2011) pada jam 4ptg telah berlaku kemalangan maut melibatkan motosikal melanggar sebuah traler di Jalan Parang, Pelabuhan Klang.
Kejadian berlaku bila sebuah motosikal melanggar belakang trailer yang berhenti untuk menunggu giliran masuk ke terminal pelabuhan.

Mangsa terlibat berkemungkinan adalah anak Sarawak atau Sabah berpandukan kepada nama yang tertera pada pakaian seragam tempat kerjanya yang dipakai masa kejadian. Beumul awal 20an. Tidak nampak sebarang luka yang serius pada badan mangsa mungkin kerana dia memakai jaket pada ketika itu, cuba kelihatan darah pekat keluar dari hidung dan mulut mangsa.
Motosikal yang rosak teruk di bahagian depan, sport rim patah, fork dan handle patah, lampu dan penghadang dah tentu lah berderai. Topi keledar yang dipakai mangsa tercampak ke bawah traler tersebut.


Apa yang menyedihkan lagi, bersama serpihan motorsikalnya ditemui juga sebungkus nasi goreng bersama sebungkus air yang turut berderai.


P/S: Sebenarnya dah berada di situ sebelum mangsa dibawa oleh ambulan, tetapi tak sampai hati la nak ambil gambar masa tu...kesian sangat. Huhhh..tak boleh jadi reporter la nmpaknya.



13 February 2011

Sekuntum Bunga, Maskahwin di Valentine Day


Valentine bunyinya cukup indah, ditafsir sebagai ‘hari memperingati kekasih’ entah oleh siapa yang buta huruf atau ada saham untuk menyesatkan umat Islam Malaysia. Namun itu bukan lah makna sebenar Valentine. Valentine adalah nama seseorang,iaitu nama sebenar kepada St. Valentino merupakan seorang pederi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Tarikh 14 Februari pula adalah hari dimana kerajaan Islam Cordova, Sepanyol dijatuhkan oleh St. Valentino dan Kekasihnya.



Mungkin kerana pentafriran yang mengatakan itu adalah ‘hari memperingati kekasih’ yang menjerat muda mudi Islam untuk turut sama meraikannya. Maka beginilah yang dapat diperhatikan:

Apa yang diperhatikan pada hari valentine ini, maruah menjadi semurah sekuntum bunga, sekeping coklat, seutas rantai, sebentuk cincin atau percuma sahaja.

Apa yang diperhatikan pada hari valentine ini, pasangan kekasih menjadi pasangan suami isteri dengan bermaskahwinkan sekuntum bunga, sekeping coklat, seutas rantai atau sebentuk cincin.

Apa yang diperhatikan pada hari valentine ini, pasangan kekasih menjadi pasangan suami isteri dengan berwalikan makhluk Allah yang derhaka dan pernah berjanji untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam.

Apa yang diperhatikan pada hari valentine ini, pasangan kekasih menjadi pasangan suami isteri dengan bersaksikan satu lagi makhluk Allah yang sentiasa mencatatkan amalan buruk dan baik hambaNya.




Lebih menghairankan lagi, ada juga media elektronik di negara kita mengadakan rancangan khas sempena hari tersebut.


10 February 2011

ASTRO Kian Membelit


Secara amnya dalam bisnes ni kena lah belit membelit. Membelit?? Ya, bukan TIPU, tipu tak baik, tapi belit tak mengapa dan menjadi satu kelebihan dalam perniagaan masa kini.

Contohnya bila kita diberi baucer percuma bernilai RM10 dan disuruh kita datang ke kedai mereka. Betul, mereka tak tipu, mereka bagi kita RM10, tapi kita kena beli barang bernilai lebih RM1,000.

Manakala cara belit yang kerap digunakan juga adalah bila kita nak langgan senang lepas tu nak berhentikan langganan tu susah, membuatkan kita terus melanggan sesuatu tu beberapa ketika sebelum benar tekat untuk memberhentikannya. Seperti yang ku kena dangan ASTRO. Masa cuti sekolah yang lepas aku ada la 'subscribe' pakej ABO (Asian Boxoffice Movie, channel 952&953), maklumlah masa tu ada banyak masa untuk budak-budak di rumah menonton. Channel ni berasaskan 'on demand' dimana bayaran dikira mengikut bulan yang kita 'subscribe', dulu-dulu pernah juga 'subscribe', bila cukup bulan dia akan 'unsubscribe' dengan sendirinya. Namun kali ni tidak, bulan berganti tak juga di 'unsubscribe'. Jika diberi percuma, ok lah juga, tapi dikenakan bayaran, di atas benda yang sebenarnya kita tak mahu, bukankan belit namanya tu.

Masa 'subscribe' dulu dilakukan melalui web ASTRO, ada online request form for subscribe but unfortunately, there are no unsubscribe request form...
Jadi, terus ke langkah seterusnya iaitu call ASTRO ABO. Dia minta nombor akaun ASTRO dan beritahu 'unsubscribe' akan mengambil masa paling lama 24jam. Namun hingga sekarang ni belum di 'unsubscribe'. Jadi hingga sekarang ni kami sekeluarga masih dapat menikmati ABO, channel yang digelar Box Office Movie namun menyiarkan filem-filem yang tak laku...

Tak sangka ingatkan syarikat kokak je yang mengamalkan sistem belit-membelit ni, rupa-rupanya syarikat gergasi lagi cekap membelit
Arrgggg.. bebaskan aku dari belitan muuu...



08 February 2011

Orang Malaysia Tiada Aura, Ahmad Dhani Pengetua AF 9..??

Ahmad Dhani Pengetua AF 9..?? Betul ke??? Entah lah, cuna dengar khabar je. Tak tahu lah soheh ke tidak.

Dah takada orang Malaysia lagi ke yang layak jadi pengetua AF tu, atau orang Malaysia dah tak berminat dengan AF?

Aku bukan kisah sangat pun siapa jadi pengetua, sebab yang akan untung nanti Astro dan syarikat telekomunikasi, yang dapat cas berjuta-juta SMS. Bagi Astro dengan adanya kontraversi dan lebih popular Pengetua AF dijangka akan lebih memberikan impak kepada pupularitian AF yang makin merudum disaingi oleh banyak rancangan realiti tv yang lain. Jika betul Ahmad Dhani, ia dah tentu boleh memancing penonton Indonesia plak...


Aku agak kurang senang sikit dengan kalung lehir yg Ahmad Dhani pakai (mcm dlm gambar).. Ibu kalung jenis ni juga dipakai masa konsert tahun baru yg lepas di I-City.. Ntah lah kenapa ntah macam tak suka dengan bentuk kalung tu... nape ekk?


07 February 2011

Safee Sali Sah Ke Indonesia.


Penyerang kebangsaan dan Selangor, Safee Sali hari ini mengesahkan dia akan berhijrah ke kelab Liga Super Indonesia (ISL).
Beliau akan menandatangani kontrak selama setahun secara rasmi dengan Kelab Pelita Jaya pada 14 Februari depan.

Kelab Pelita Jaya adalah kelab yang menyertai Liga Super Indonesia (ISL) dan berpengkalan di Jawa Barat. Kelab di latih oleh bekas penyerang berbisa Singapura, Fandi Ahmad.

Oleh itu perlawanan pada Sabtu ini 11/02/2011 bertemu Kuala Lumpur adalah perlawanan terakir Safee beraksi untuk Selangor.



06 February 2011

Makan Ayam Mentah...? (utk yg kuat shj)


Memandangkan Tahun Baru Cina baru berlalu, gua ada cilok gambar dari web negara tembok besar tu. Gua cilok lu, lu jgn cilok gua plak ye....heheh.
Tak tahu nak letak tajuk ape dan tak tahu ape cerita sebenarnya,jadi gua bagi tajuk "Ini ayam manyak fresh loo...". Tapi memang fresh, tengok lah gambar ni...





Selidik dulu apa yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh.





Huhhh, tekun sekali dia meratah ayam tu.. boleh habis ke sekor ayam tu? Ada sapa2 nak kongsi tak?






Wah, yang ni membuatkan cameraman cuak kejap ni, dia jeling tu.... kalau tak cukup ayam tu cameraman kena barai nanti... hehe


Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers