((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))
Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

03 March 2011

Blog Sebagai Nota Peribadi


Paparan pada blog adalah paparan terbuka di dalam jaringan internet antarabangsa. Maksudnya blog boleh dicapai (boleh dilihat) oleh sesiapa sahaja di dunia ini melalui internet. Ada beberapa katogeri pembaca yang akan mengunjungi blog kita antaranya, blogger yang membaca blog lain, bukan blogger yang suka baca blog dan pencari maklumat melalui 'search engine'. Biasanya 'search engine' ini akan menyelinap masuk dalam blog untuk padankan setiap perkataan yang di 'search' oleh pengguna internet.

Namun, mungkin ada blogger yang tak mahu blognya dilihat orang lain (ada ker??... entah la..). Blog sebenarnya berupaya untuk tidak memaparkan isinya kepada orang lain, cuma tuan punya blog sahaja yang boleh memaparkan blog sendiri. Jadi, dengan ini blog boleh dijadikan sebagai nota peribadi. Tetapi sedikit 'setting' perlu dilakukan.

Cara pertama: Selepas buat New post, jangan klik 'publish post', tetapi klik sahaja 'save now'. Jadi entry kita akan disimpan tanpa dipaparkan diblog. Kemudian boleh dilihat semula dalam bentuk draft. Tapi, dengan cara ni paparan kurang menarik sebab ia tak kelihatan seperti blog. Untuk itu, kita cuba cara kedua.

Cara kedua: Login dan pergi ke.. DASHBOARD >> SETTINGS >> PERMISSIONS.
Paparan sebegini akan keluar.... (klik imej jika nak besarkan)

Pilihan setting adalah di bawah sekali, iaitu pada Blog Readers. Kita boleh pilih samada 'Anybody', 'Only people I choose' dan 'Only blog authors'.
Pilihlah yang mana diingikan, pilihan pertama, blog akan dpat dilihat oleh semua. Pilihan kedua, tuan blog boleh pilih siapa boleh tengok blog dia. Pilihan ketiga tu, tuan punya boleh tengok sorang-sorang sahaja. Jadi jika tak nak orang tengok blog anda, boleh la klik pada pilihan ketiga tu yee...

Selamat mencuba..



27 February 2011

Memperkenalkan Blog KISAH DIRI...

Kali ini nak perkenalkan satu blog lah. Ni kira kali pertama lah blog ni memperkenalkan blog lain sebab blog ni tak terkenal pun.

Entah mengapa rasa nak perkenalkan blog ni plak, macam ada chemistry lah...kuang...kuang...kuangggg.
Ni blog baru, post pertama ialah pada bulan Januari 2011.
Blog yang dimaksudkan ialah blog KISAH DIRI...
Tuan punya manggunakan nick my, perempuan tentunya dan seorang blogger baru rasanya.
Blog ini sarat dengan entry luahan perasaan dalam madah-madah pujangga yang tak tercapai akal ku untuk menyelaminya. Bukan apa, takut tak cukup bekalan oksigen. Jadi, kalau ada yang rakan-rakan yang mampu menyelami perasaan melalui perkataan yang puitis silakanlah.




(Ini gambar profile beliau)






>>Utk my, blog tu perlukan beberapa sentuhan tambahan yang penting agar ia lebih mesra alam / mesra pelawat. Kadang-kadang kita rasakan yang kita menulis bukan untuk orang lain, tetapi jika tahu ada orang yang membaca tulisan kita, ia memberi lebih kepuasan dan semangat. Macam dapat makan cendol ditenggahari yang panas terik... laa..laaa.laaa.. :)

23 February 2011

Tips Blogger: Jangan Tukar Free Domain



Semalam saya mendapat pengajaran yang amat bernilai dalam dunia blogger ni. Bila klik je link ke blog ni keluar "Server Not Found"... adoii. Selidik punya selidik rupanya serve untuk domain hamradio.my/ down atau dah bungkus... hampehhh geramnyee..

Sebenarnya, dulu saya tukar ke domain hamradio.my/ kerana namanya agak cantik dan sesuai dengan saya yang terlibat dengan hamradio ni... Namun,begini pula jadinya. Domain ni free je.
Dah jadi begitu, dan nak terus ber 'blogging' terpaksa lah tukar domain. Kesan yang teruknya kita dah banyak dan penat taburkan jejak dan backlink diserata tempat, semuanya sia-sia.... rasa mcm nak tutup terus akaun ni.

Jadi, peringatan kepada blogger baru (sprt saya) jangan tukar domain kepada domain free, tu semua tak boleh diharap! Lebih baik kekalkan kat domain asal dimana blog dibina, ia lebih stabil.
Jika nak tukar juga dapatkan domain berbayar (www.yourblog.com) baru terjamin dan puashati.

Ianya menjadi satu pengajaran yang berguba kepada saya. Semoga kesilapan saya ni menjadi pedoman kepada baru sekalian..


02 February 2011

Bahana Shoutbox


Ramai yang memanggilnya shoutbox, samada ia dari spesis ShoutMix, Cbox atau spesis yang sewaktu dengannya. Pendek kata ianya tempat meninggalkan mesej pendek atau sekadar jejak bagi blogger. Kebanyakan blog ada benda ni. Tak dinafikan ia sangat penting dalam dunia blogger, terutama untuk blogger baru meninggalkan link.

Di dalam dunia ni apa2 pun jika disalah gunakan ia akan menjadi bahaya. Ni aku nak ceritakan kisah benar yang berlaku kepada rakanku berkaitan dengan benda ni.
Rakan ku ini Si A (bukan nama sebenar) dikatakan telah meninggalkan mesej mengutuk dan maki hamun Si B (bukan nama sebenar) diblog Si B. Memang benar, ia menggunakan nick nama Si A dan link ke blog Si A. Dah tentulah mendidih darah sesiapa pun yang membaca mesej sedemikian.

Nasib baik Si A dan Si B ni adalah kawan dan mengenali antara satu sama lain. Si B memang tak percaya yang Si A yang buat kerja ni, mereka berkawan baik dan tiada masalah antara mereka. Apapun untuk kepastian dia call dan bertanyakan Si A tentang ini. Ternyata bukan Si A yang buat ini semua... jadi siapa yang buat???

Persoalan tu ta kperlu lah dijawab, cuma kita fikirkan lah jika benda tu terjadi kepada kita, apakah kita akan terus melenting? Berhati-hatilah dalam menerima mesej sebegini, jangan terus dipercaya bulat2. Sesiapa pun boleh menggunakan nick name orang lain untuk meninggakkan mesej di shoutbox anda.


25 January 2011

Tips Hasilkan Entry Setiap Hari (Utk Blogger Baru Shj)



Ada blogger mengeluh takde idea atau bahan nak buat entry baru setiap hari. Sebenarnya tak susah nak buat 1 atau banyak2 entry setiap hari, yang penting mempunyai masa untuk mengadap depan PC atau laptop.
Berikut disenariakan apa yang terlintas difikiran bagaimana nak menghasilkan banyak entry setiap hari.

1. Buat entry berpandukan berita terkini. Senang sahaja, akhbar online kan banyak, jadi ambillah berita menarik, copy n paste je. Lebih baik lagi, ulas berita itu, jika malas, tak payah. Dah tentu ada shj berita baru yang disiarkan setiap hari. Tapi ingat, jadilah blogger yang beretika, berikan kredit kepada akhbar berkenaan.

2. Komen atau ulas entry blogger lain. Kita juga boleh komen atau beri info tambahan kepada entry rakan blogger lain dengan membuat entry diblog kita. Tapi, jgn lupa letakkan backlink rakan blogger yang entry beliau kita ulas itu.

3. Entry merapu. Kekadang entry merapu ni digemari oleh pengunjung. Masukkan sahaja apa2, pantun ke, sajak ke, puisi ke atau luahan hati sendiri. Tapi awas jika yang dimasukan tu hasil nukilan orang lain, sila berikan kredit utk org itu.

4. Acara atau majlis. Masukan entry berkenaan acara yang bakal atau dah berlangsung samada di peringkat kampung, taman, negeri, negara mahupun dunia. Contohnya bakal atau dah berlagsung 'PC Fair', Sukan Asia, pertandingan memasak, sukan air, mesyuarat PIBG, gotong-royong bersihkan kubur dan lain2 lagi.

5. Berkenaan diri sendiri. Ni paling senang. Cerita shj apa2 yang berlaku seharian. Pagi minum apa dan kat mana, tengahari makan apa dan di mana, pastu bleh juga cerita bila kena marah dengan bos, datang lewat, ponteng kelas, jumpa pakwe/makwe, ngorat awek, jatuh tangga, seluar terkoyak, bagi derma masjid dan lain2 cerita harian yang kita lalui.

Apapun setiap blogger ada cara, kreaktor, misi dan visi tersendiri. Ada blogger yang suka buat entry banyak dan ada yang tak suka buat entry banyak. Semuanya terletak ditangan anda, hak anda untuk mencorakkan blog anda sendiri. Anda adalah tuan punya blog anda itu.

Ops... bila aku buat entry tips ni, mesti ada org berkata.."eleh, bagi tips buat entry banyak konon.., entry dia sendiri pun sikit je..."
Maka dengan tenang dan penuh tertip serta selambanya aku akan menjawab "seorang doktor merawat pesakit dan tahu tentang cara menjaga kesihatan pun tak boleh sakit dan dimasukkan hospital juga..."


Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers