just play and stay cool ;) >>

Dapatkan juga info menarik dari rakan saya di sini...
.
Perkara yang menarik di sini ialah ia adalah salah satu bandar yang terdapat stadium bolasepak yang digunakan untuk piala dunia yang diadakan di sini pada tahun 2002. Apa yang lebih menarik di sini ada sebuah Masjid untuk solat Jumaat. Mungkin ia perkara biasa bagi negara Islam, tapi bagi bukan negara Islam kewujudan Masjid ni suatu yang istemewa kerana bilangannya boleh dikira dengan jari.
Ia sebenarnya ialah pusat dakwah Islam, terletak di kawasan yang agak tersorok, di belakang bangunan lain dan tiada papan tanda ke sini.
Pusat dakwah atau masjid ini ialah sebuah bangunan 2 tingkat di mana tingkat bawahnya terdapat bilik imam, tandas, tempat wuduk dan kedai runcit Halal Mart. Manakala dewan solatnya di tingkat atas yang keluasannya pada perkiraan boleh memuatkan seramai 150 orang jemaah sahaja pada sesatu masa.
Tempat mengambil wuduknya baru sahaja dibaik pulih dan kelihatan masih baru, cuma tandas kelihatan agak uzur dan tak sesuai untuk dipaparkan gambarnya.
Kutbah disampaikan dalam bahasa Inggeris oleh Imam dari Pakistan. Walaupun tiada pembesar suara, suara imam cukup lantang didengari kerana ruang yang tertutup dan agak sempit. Kebanyakkan jemaah yang hadir adalah pendatang dari negara timur tengah.
Selepas sahaja solat Jumaat, berpusu-pusu jemaah akan singgah membeli barang runcit halal yang berada di tingkat bawah bangunan. Kepada yang berada di kawasan selatan semenanjung Korea dan mencari bekalan runcit halal, boleh lah datang ke sini.
Makanan frozen halal (walau bukan halal dari Jakim) boleh didapati di sini termasuk ayam, daging kambing dan lain-lain. Sekurang-kurangnya dapat juga 'pekena' ayam berapa lama tak kena di sini.
.
Sekian.. Wassalam.
.
P/S: Sekadar memerhati dari jauh PRU13 hari ini, Selamat Mengundi diucapkan kepada yang layak.
.
PERSIAPAN UNTUK RAKAMAN DI DEWAN SOLAT MASJID |
RAKAMAN TANYALAH USTAZ SEDANG DIJALANKAN |
RAKAMAN TANYALAH USTAZAH SEDANG DIJALANKAN. RAKAMAN TANYALAH USTAZAH DIADAKAN SELEPAS PROGRAM TANYALAH USTAZ DI DEWAN SOLAT. |
DI PERKARANGAN MASJID PULA ADA PERSEMBAHAN NASYID OLEH KUMPULAN AL-MAULID |
KUMPULAN INI DIANGGOTAI OLEH BEKAS AHLI KUMPULAN INNUENDA, VE DAN RUFFEDGE |
Apa yang diperhatikan pada hari valentine ini, maruah menjadi semurah sekuntum bunga, sekeping coklat, seutas rantai, sebentuk cincin atau percuma sahaja.
Apa yang diperhatikan pada hari valentine ini, pasangan kekasih menjadi pasangan suami isteri dengan bermaskahwinkan sekuntum bunga, sekeping coklat, seutas rantai atau sebentuk cincin.
Apa yang diperhatikan pada hari valentine ini, pasangan kekasih menjadi pasangan suami isteri dengan berwalikan makhluk Allah yang derhaka dan pernah berjanji untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam.
Apa yang diperhatikan pada hari valentine ini, pasangan kekasih menjadi pasangan suami isteri dengan bersaksikan satu lagi makhluk Allah yang sentiasa mencatatkan amalan buruk dan baik hambaNya.
Upah untuk kerja-kerja rumah:
- Jemur pakaian, RM1.00
- sapu sampah, RM1.00
- membeli barang di kedai, RM2.00
- kemas bilik, RM1.00
- siram bunga, RM2.00
- jaga adik, RM5.00
* semuanya RM12.00 sehari
- kos mengandungkan mu, PERCUMA
- kos melahirkan mu, PERCUMA
- kos berjaga malam bila kamu merengek, PERCUMA
- kos menjaga mu dari gigitan nyamuk, PERCUMA
- kos memberi mu kasih sayang, PERCUMA
* semuanya PERCUMA dari dunia sampai akhirat.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.
(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
a.Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan 'Mubin' yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
b.Untuk pusingan kedua, apabila sampai 'mubin' yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai 'mubin' yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di 'mubin' yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
c.Untuk pusingan ketiga, berdoa di 'mubin' pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
d.Untuk pusingan keempat, berdoa di 'mubin' pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
e.Untuk pusingan kelima, berdoa di 'mubin' pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
f.Untuk pusingan keenam, berdoa di 'mubin' pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
g.Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di 'mubin' pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
h.Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
(4) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.