((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))

06 December 2010

Ma'al Hijrah - Selamat Tahun Baru 1432



Zulhijjah hampir berlalu, yang bakal tiba selepas ini adalah Muharram. Ini bermakna tahun bagi kalendar Islam akan berubah, kerana Muharam adalah bulan pertama dalam kalendar Islam.
Mengikut kalender masihi Awal Muharam adalah jatuh pada 7hb Disember (Selasa). Oleh kerana hari dalam Islam dikira bertukar lepas waktu Maghrib, maka selepas maghrib 6hb Disember(hari terakhir bulan Zulhijjah) adalah perubahan tahun dalam kelendar Islam kali ini.


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun (3 kali) pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar.
4. Berdoa awal tahun (3 kali) pada 1 Muharram selepas Maghrib.

Doa Akhir tahun: (Dibaca selepas Asar hari terakhir Zulhijjah)

Doa Awal tahun: (Dibaca selepas Maghrib hari pertama Muharam)
**(klik doa utk besarkan gambar)

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah. Harap2 kita dapat menghayati intipati sebenar disebalik peristiwa penghijrahan Nabi dari Mekkah ke Madinah.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1432 Hijrah.
.

2 comments:

Anonymous said...

slmat tahun baru hijrah..

Relevan said...

Salam Maal Hijrah ..

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers