((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))
Showing posts with label Catatan Perjalanan. Show all posts
Showing posts with label Catatan Perjalanan. Show all posts

06 May 2013

Solat Jumaat di Masjid Gwangju, Korea.


Gwangju merupakan bandar keenam terbesar di Korea Selatan. Terletak di selatan semenanjung Korea. Mengambil masa lebih kurang 1jam setengah dari Mokpo, manakala jika dari Seoul ia akan memakan masa lebih kurang 3jam menaiki kereta melalui highway.

Perkara yang menarik di sini ialah ia adalah salah satu bandar yang terdapat stadium bolasepak yang digunakan untuk piala dunia yang diadakan di sini pada tahun 2002. Apa yang lebih menarik di sini ada sebuah Masjid untuk solat Jumaat. Mungkin ia perkara biasa bagi negara Islam, tapi bagi bukan negara Islam kewujudan Masjid ni suatu yang istemewa kerana bilangannya boleh dikira dengan jari.

Ia sebenarnya ialah pusat dakwah Islam, terletak di kawasan yang agak tersorok, di belakang bangunan lain dan tiada papan tanda ke sini.

Pusat dakwah atau masjid ini ialah sebuah bangunan 2 tingkat di mana tingkat bawahnya terdapat bilik imam, tandas, tempat wuduk dan kedai runcit Halal Mart. Manakala dewan solatnya di tingkat atas yang keluasannya pada perkiraan boleh memuatkan seramai 150 orang jemaah sahaja pada sesatu masa.

Tempat mengambil wuduknya baru sahaja dibaik pulih dan kelihatan masih baru, cuma tandas kelihatan agak uzur dan tak sesuai untuk dipaparkan gambarnya.

Kutbah disampaikan dalam bahasa Inggeris oleh Imam dari Pakistan. Walaupun tiada pembesar suara, suara imam cukup lantang didengari kerana ruang yang tertutup dan agak sempit. Kebanyakkan jemaah yang hadir adalah pendatang dari negara timur tengah.

Selepas sahaja solat Jumaat, berpusu-pusu jemaah akan singgah membeli barang runcit halal yang berada di tingkat bawah bangunan. Kepada yang berada di kawasan selatan semenanjung Korea dan mencari bekalan runcit halal, boleh lah datang ke sini.

Makanan frozen halal (walau bukan halal dari Jakim) boleh didapati di sini termasuk ayam, daging kambing dan lain-lain. Sekurang-kurangnya dapat juga 'pekena' ayam berapa lama tak kena di sini.

.

Sekian.. Wassalam.

.

P/S: Sekadar memerhati dari jauh PRU13 hari ini, Selamat Mengundi diucapkan kepada yang layak.

.


.

27 April 2013

Berkelana Di Korea Selatan


Selamat Sejahtera. Lama benar tak update blog ni, dah bersawang dah nampaknya. Oleh kerana update blog ni adalah hobi sahaja, jadi ia terpaksalah diketepikan dikala ada tugasan lain yang lebih penting. Takkala berada diperantauan macam ni setiap masa terluang terpaksa diisi dan diri terpaksa disibukkan, jika tak asyik teringat bandal busuk kat rumah je la. Hai bantal busukku, walau jauh kutinggalkan, namun bau mu tetap menjadi pujaan hati kuuu.... heheh.

Semasa post ni di publish, dah hampir 3 minggu kat Korea Selatan ni. Di mana mengikut perancangannya aku kena berada di sini sekurang-kurangnya selama sebulan untuk selesaikan tugasan.... tapi, tiket pulang masih belum confirm aarrrgg... Tiba di sini pada 10hb April yang lalu, dikala rangkaian berita tempatan dan dunia termasuk CNN sedang hebat memaparkan berita kemungkinan serangan dari Korea Utara. Tapi orang sini selamba je, macam tiada apa yang terjadi. Bagi mereka ianya perkara biasa dan sebelum ini pun isu macam ni sering timbul.

Penerbangan MAS mendarat di Incheon Airport, Seoul selepas bertolak dari KLIA yang mengambil masa lebih kurang 6jam. Urusan kemasukan tak lah rumit hanya kena isi borang pengistiharan emigration dan serahkan kat pintu masuk. Takde pulak banyak tanya seperti memasuki negara eropah.

Perjalanan rupanya masih jauh untuk ke destinasi. Dari sini terpaksa pula menggunakan pengangkutan darat untuk ke destinasi, yang memakan masa 4jam menaiki bas express. Terpaksalah mengheret beg berat hampir mencecah 30kg (termasuk beras 5kg..heheh) ke tempat bas pula. Nasib baik tempat bas tak lah jauh sangat. Tempat yang dituju ialah Mokpo. Tambang bas 34,000WON (lebih kurang RM95.00). Mokpo? Ya Mokpo... tak pernah dengar pun sebelum ni, hingga lah beberapa hari sebelum ke sini. Mokpo sebuah bandar kecil yang berada di hujung semenanjung Korea. Selapas menyeberangi beberapa batang sungai, memasuki sejumlah terowong, melalui kawasan pertanian yang masih kosong dan melalui kawasan berbukit, maka dipendekkan cerita tiba lah di Stesen bas Mokpo.

Dari stesen bas, perjalanan diteruskan lagi ke tempat penginapan pertama menaiki kereta 'rakan' yang sedia menanti menuju Hyundai Hotel yang mengambil masa lebih kurang 30min. Berakhirnya perjalanan tu, maka bermulalah tugasan rutin yang terpaksa dijalankan dan ianya tak lah sesuatu yang menarik nak diceritakan... hehehe..

Seperti yang dijangka, masalah terbesar yang dihadapi di sini ialah makanan halal. Jika di bandar besar mencari makanan halal adalah lebih mudah, tapi bandar kecil macam ni memang susah. Empat hari terpaksa makan roti, nasi kosong dan buah serta sedikit bekalan yang dibawa dari rumah. Akhirnya hari kelima, masalah makanan dapat sedikit diatasi dengan cara berpindah ke apartment. Huuhhh.. lega rasanya di apartment, dapatlah masak sendiri menggunakan bahan yang dibawa dari Malaysia yang menjadikan bagasi hampir mencecah 30kg tu... heheh. Sedap tak lagi penting di sini yang penting hahal dan mengenyangkan.

Ni hotel penginapan selama beberapa hari sebelum berpindah ke apartment.

Kebetulan dengan musim Cherry blossom atau bunga sakura berkembang. Menarik tentang bunga ni ialah ia akan berbunga semasa peralihan musim sejuk ke musim bunga dan kembang tak lebih 2 minggu sahaja. Memang cantik dan unik pokok ni, tiada daun tapi dipenuhi bunga dan selepas bunga gugur, barulah ia diganti dengan daun.

Berikut adalah bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia. Jadi, tinggal di apartment adalah penyelesaian terbaik untuk masalah makan jika tinggal lama di sini.

Hah.. yang berikut ni adalah kemestian bagi kebanyakan Malaysian Travelers....

Sekian untuk kali ini.......

.


22 December 2012

KL to Vaasa

Vaasa?? Tak popular lah, ramai yang tak pernah dengar pun. Ianya sebuah bandar di pantai barat Finland. Perjalanan kali ni agak teruk juga, sebab kena lalui 2 connection flight. Dari KLIA ke Schiphol Amsterdam makan masa dalam 13 jam, kemudian dari Schiphol Amsterdam ke Helsinki Vantaa makan masa dalam 2 jam setengah dan dari Helsinki Vantaa ke destinasi akhir Vaasa ambil masa selama 1 jam. Apapun dah tugasan, ku turutkan jua lah.
AMSTERDAM SCHIPHOL AIRPORT
AMSTERDAM SCHIPHOL AIRPORT - Ada muzium
Apa yang lebih teruk lagi, travel kali ni sesorang diri... i'm alone. Sepanjang dalam 3 flight tu semua kat sebelah orang putih. Jadi, diam diri je lah. Takut dia tanya apa-apa, yang aku boleh jawab yes, no, orite...hehe. Masa tunggu connection flight kat airpot, rasa macam kambing masuk bandar la plak, mundar-mandir. Kalau kambing sekawan, sekandang, segerombolan atau sekumpulan tak pe lah juga, ni sekor-sekor. Tapi yang penting kambing ni mandi tau...mereka yang sekeling aku aganknya tak mamdi.. . heheh.
HELSINKI VANTAA AIRPORT
Dipendekkan cerita dan keseluruhannya aku bersyukur kerana selamat tiba di detinasi. Tiba di Vassa jam jam 5.30 ptg masa Vaasa. Walaupun masih petang suasana dah macam malam. Ye, siangnya sangat pendek sekarang ni lebih kurang dari 9.30pagi hingga 4ptg je cerah, lainnya gelap. Manakala suhunya -13C bawah takat beku.
SIANG YANG MENDUNG DI VAASA CITY
Dalam keadaan cuaca begini apalah yang boleh dilukan selain dari hadkan aktiviti luar dan duduk dalam bangunan tertutup sahaja.

THE END.
22/12/2012,5:56am, Vaasa.
P/S: gambar diambil menggunakan camera digital compact shj...

14 April 2011

Cicakman Dalam Qatar Airways

Salam sejahtera.
Rasa cukup tertarik dan teruja bila melihat apa-apa sahaja perkara yang berkaitan Malaysia di luar Malaysia. Begitu jugalah bila melihat superhero Malaysia, Cicakman di dalam pesawat Qatar Airways.

Ya, filem Cicakman 2 - Planet Hitam disenaraikan sebagai pilihan untuk ditonton oleh penumpang pesawat. Lebih teruja lagi kerana laluan pesawat tersebut tidak melibatkan Malaysia iaitu penerbangan dari Frankfurt ke Doha.
Ia tersenarai dimonitor peribadi setiap penonton, walaupun tak pasti berapa ramai yang akan memilih filem itu untuk ditonton, namun kemungkinan tetap ada.
Sebagai rakyat Malaysia ku tumpang berbangga, tapi lebih bangga lagi jika banyak lagi filem kita tersenarai di peringkat antarabangsa.






09 April 2011

Hannover Messe 2011

Salam sejahtera.
Jumaat 8 Apr 2011 hari terakhir di Germany setelah 'misi' selama 2 minggu di sini selesai. Awal pagi Sabtu perjalanan pulang akan bermula.

Dihari terakhir ni sempat berkunjung ke pameran perindusterian terbesar iaitu HANNAVER INDUSTRIAL FAIR 2011 (Hannover Messe 2011),yang berlangsung dari 4-8 April 2011. Ia merupakan acara tahunan yang di adakan di Hannover, Jerman. Dikatakan pemeran perindusterian terbesar dunia yang melibatkan peryertaan dari beratus syarikat termasuk syarikat gergasi dalam dunia perindusterian. Tak hairanlan sebulan sebelum bermulanya 'Fair' ini, semua hotel di sekitar full booked dan harga berlipatkali tingginya.

Pameran mencangkupi bidang automation, robotic, digital, energy, power plan, research dan lain-lain. Memang terlalu besar, membuatkan kita tak cukup masa atau kita dilimitkan oleh tenaga kita untuk menjelajah ke semua ruang pameran. Mempunyai lebih 20 dewan, yang mana satu-satu dewan itu menempatkan berpuluh-puluh ruang pameran. Masuk dengan bayaran 32 euro seorang.




System pengesanan 'sensor', penyambungan dan penghantaran maklumat terkini agar perjalanan sesuatu proses menjadi pantas dan tepat.

Teknologi penghasilan kuasa terkini menggunakan sumber angin, bio dan solar lebih menjinmatkan dan mesra alam.

Sistem kawalan digital yang tepat.

Robotics system untuk ketepatan, kualiti dan keboleharapan yang tinggi.



Kenderaan berkuasa elektrik.






High Tension switching and controller.

Programable Logic Controller(PLC) System untuk kawalan yang tepat, mudah dan boleh diharapkan.


Encoder Devices untuk pengesanan dan feedback yang berkesan.

Motor, brake dan gearbox kombinasi untuk terakhir untuk menggerakan sesuatu jentera.

Speed Driver, satu lagi sistem pengerak yang mampu bergabung bersama PLC, encoders, sensors, motor, brake, dan gearbox untuk mengerakan sesuatu jentera dengan sempurna.

Uhhh... pendek kata semua teknologi terkini ada dipamerkan. Masuk jam 9pagi hingga 2ptg, cuma mampu mengunjungi 5 dewan, masih ada berbelas dewan lagi tak sempat dikunjungi. Betis dah terasa tegang dek kerana terlalu banyak berjalan.
Cukup memenatkan... lagipun kepala dah kat Malaysia ni, maklumlah hari terakhir di Jerman ni. Jadi, lawatan harus dihentikan di sini sahaja..

Dalken Deutsch / terima kasih Jerman.






05 April 2011

Malaysia Hall Ubat Rindu...


Malaysia Hall terletak di Bayswater,London. Jika berada di London, cara paling senang ke sini adalah dengan 'Underground Train', turun di hentian Bayswater dan berjalan kaki lebih kurang 5 minit untuk ke Malaysia Hall.
Malaysia Hall menawarkan penginapan berpatutan kepada warga Malaysia, terutama penuntut.

Apa yang paling penting, di sini boleh didapati makanan masakan Malaysia di Bandaraya London. Kerinduan terhadap masakan Malaysia sekurang-kurang sedikit terubat. Walau tak semua ada di sini, tetap dirasakan amat bernilai, umpama orang yang sedang kehausan mendapat air.

Harganya biasa lah, nasi lemak dan teh tarik seperti diatas tu harganya 3.50 pound. Jadi dalam RM kena lah kali dengan 5. Mmmm.. dekat RM20 juga.
Roti canai 2keping 1.80 pound, nasi ayam 4 pound.... Isk, kata orang jika kita di negara matawang besar, jangan convert.. Jika di convert dan difikir-fikir mati tak makan kita nanti..


Terima kasih Malaysia Hall, London.






02 April 2011

Hujan Emas

Salam sejahtera kepada semua.
Hampir seminggu dah ziarah rakan-rakan blogger dan tak update blog ni. Dah naik sawang sana-sini. Bila masa tak mengizinkan, kita terpaksa memilih untuk melalukan yang terpenting di antara yang penting.

Bila terpaksa berada di luar kawasan kebiasaan kita, semacam tak terurus dan tertekan bila kebiasaan yang dapat dilakukan, tak boleh dilakukan. Lebih-lebih lagi bila kebiasaanya ada 'orang lain' yang menguruskan kita, tapi sekarang kita perlu menguruskan diri sendiri..... :)
Bak kata perpatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.... lebih-lebih lagi bila negeri/negara kita hujannya bukanlah batu.

Oleh itu ramai yang menggunakan kesempatan dari hujan emas itu untuk merubah hidup mereka. Antara mereka yang meninggalkan negara sendiri untuk mencari emas di negara orang adalah Pak Joko, yang ditemui di Hannover. Sudah lebih 30 tahun meninggalkan Indonesia dan menjadi pemandu teksi di sini. Bila ditanya Pak Joko yang fasih berbasa Jerman namun masih bisa berbahasa Indonesia, adakah beliau ingin pulang ke Indonesia..? Kata beliau, tidak.... beliau lebih suka di sini dan telah mendapat taraf penduduk tetap Jerman.

Pemandu teksi Jerman adalah antara bidang kerja yang kelihatan dikuasai oleh orang luar, antaranya Iran, Turki dan lain-lain. Namun, yang penting di Jerman adalah tahu berbahasa Jerman, kerana orang Jerman seperti orang Jepun, kurang menguasai bahasa Inggeris.







29 March 2011

Road To Germany

Perjalanan yang agak mencabar. Mula perjalanan dari KLIA melalui Doha ke Frankfurt. Berlepas dari KLIA jam 9mlm, tiba di Doha, Qatar selepas 7 jam sebelum meneruskan perjalanan 6jam lagi ke Frankfurt, Jerman.

Terpaksa menghadapi kerenah kastam dan pegawai Frankfurt airport yang macam curiga atau kurang mesra. Macam-macam soalan diajukan, mungkin kerana aku orang asia, atau muslim atau penampilan macam mafia.....entah lah.


Terpaksa pula guna train ni untuk ke tempat yang dituju iaitu Hannover, Jerman. Mengambil masa lebih 2 jam dengan kelajuan maksima train tersebut 250km/j, namun purata kelajuan dalam 180km/j.


Tiba di Hannover, mentari memancar terang namun suhu 3 hingga 8 darjah celsius, menambahkan lagi kesukaran untuk teruskan kehidupan sementara di sini. Pokok pun macam mati...tak tahan kesejukan.



bersambung...........




Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers