((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))
Showing posts with label Humour. Show all posts
Showing posts with label Humour. Show all posts

26 March 2011

"Mak, mana suami saya mak...?"



Hari itu Salma, suaminya Kamal dan anak mereka bangun pagi-pagi lagi. Bersiap untuk pulang ke kampung Salma. Salma sungguh teruja untuk pulang kali ini, maklumlah nak meraikan majlis pertunangan adiknya.

Setelah siap semuanya, mereka pun memulakan perjalanan. Kereta dipandu oleh Kamal bergerak agak lancar kerana pagi itu masih ramai yang belum keluar rumah. Sambil memandu dan menikmati alunan muzik dari radio, sesekali Kamal menjeling memandang Salma. Salma sebenarnya keletihan, semalaman tak tidur kerana sibuk menyiapkan gubahan bunga untuk majlis tu.

Setengah jam menyusuri jalan, Salma mula dilamun mimpi. Menyedari Salma dah tertidur, Kamal mula menambah kelajuan sambil melayan selekoh-selekoh tajam di kawasan kebun getah dan hutan. Makin lama makin hebat aksi Kamal, memotong semua kenderaan di hadapannya.

Tiba-tiba, Salma terjaga. Menyedari keadaan pemanduan Kamal yang merbahaya, Salma menegur suaminya "bang, napa laju sangat ni..?". "Tak pe lah, biar kita sampai awal sikit.." jawab Kamal memberi alasan. Sambil itu Kamal terus menekan minyak dan memotong kenderaan di depannya. "Pelahan la sikit bang, Sal takut la.." pinta Salma. Tampa menghiraukan kata isterinya Kamal terus memecut. Di satu selekoh dia cuba memotong sebuah lori sampah. Tiba-tiba di depan muncul sebuah lori tangki dari arah hadapan..... DAMMM.....

Salma terdengar sayup-sayup namanya dipanggil. Salma membuka mata perlahan-lahan.... di sisi cuma ada emaknya sahaja. Salma teringatkan suami dan anaknya. Dia jadi cemas... "Mak, mana anak saya... mana suami saya mak...?" Emak Salma tidak tak mampu bersuara, hanya memandang anaknya yang masih kebinggungan. "Mak, suami saya mana mak..." tanya Salma lagi. Pannggg.... satu penampar hinggap di kepala Salma. "Isk, budak ni. Tu la, orang suruh kawin tak nak... kan dah angau tu. Dah bangun solat asar, dah nak maghrib dah ni.."

P/S: Berhati-Hati Di Jalanraya :) "

Suka Cerita tadi... Lawati juga 'rakan' saya di sini...







09 March 2011

Seni Ikatan Kasut (2)

Seni ikatan kasut (2) adalah sambungan dari Seni ikatan kasut (1).

Ikatan 7








Ikatan 8








Ikatan 9









Ikatan 10









Ikatan 11









Ikatan 12




Selamat mencuba...

Seni Ikatan Tali Kasut (1)

Seni ikatan tali kasut (1)
Mungkin pelajar-pelajar sekolah gemar gayakan pelbagai cara ikatan kasut ni. Apapun tuan punya blog ni tak bertanggugjawab kalau tali kasut tu kena potong oleh guru disiplin..

Ikatan 1







Ikatan 2







Ikatan 3







Ikatan 4








Ikatan 5








Ikatan 6





Selamat mencuba. Bersambung di entry akan datang ... > Seni ikatan tali kasut (2)



24 February 2011

Misteri Serai & Daun Limau Purut


Sebenarnya tak berapa pasti nak diketegorikan cerita ni dalam cerita lawak ke, seram ke, misteri ke atau cerita sengal. Kisah ni berlaku di rumah ku. Waktu menghampiri tengahari, si ibu bersiap untuk memasak untuk hidangan tengahari tu. Seperti yang telah direncana sejak dari bangun pagi tadi lagi, hidangan yang akan disediakan adalah tom yam.

Dikeluarkan semua barang yang diperlukan dan diletak disatu tempat. Ada 2 barang tidak cukup, iaitu serai dan daun limau purut. Lantas si ibu tadi meminta tolong dari anak nya untuk ambilkan serai dan daun limau purut. Benda-benda asas masakan macam ni memang ada ditanam di dalam pasu di laman rumah.

Dengan penuh terpaksanya (agaknya lah), anak tadi pergilah mendapatkan bahan-bahan yang diingini oleh ibunya.....
dan ini lah yang diberi kepada ibunya...
Nak tahu ape..? Daun limau nipis dan daun serai.
Nak kata tak pernah tengok, pernah. Entah la, budak ni sahaja buat lawak atau saja buat tak tahu...
Nak marah pun ada, nak gelak pun ada bila mendengarkan cerita ni..


06 February 2011

Makan Ayam Mentah...? (utk yg kuat shj)


Memandangkan Tahun Baru Cina baru berlalu, gua ada cilok gambar dari web negara tembok besar tu. Gua cilok lu, lu jgn cilok gua plak ye....heheh.
Tak tahu nak letak tajuk ape dan tak tahu ape cerita sebenarnya,jadi gua bagi tajuk "Ini ayam manyak fresh loo...". Tapi memang fresh, tengok lah gambar ni...





Selidik dulu apa yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh.





Huhhh, tekun sekali dia meratah ayam tu.. boleh habis ke sekor ayam tu? Ada sapa2 nak kongsi tak?






Wah, yang ni membuatkan cameraman cuak kejap ni, dia jeling tu.... kalau tak cukup ayam tu cameraman kena barai nanti... hehe


31 January 2011

'Interested' Pada Yang Lain


Dalam beberapa hari ni tak berkesempatan nak ber'blogging'. Tiada BW dan tiada update, nak naik bersawang dah blog ni. Sibuk sangat ke?? Sebenarnya takde lah sibuk sangat pun. Cuma kadang2 bila kita ada sesatu 'interest' baru yang dirasakan agak 'interesting' pada ketika itu, maka benda 'interest' yang lama akan sedikit berabai.

Jadi, pada kakak, abang dan adik semua jika pasangan anda tiba-tiba dingin terhadap anda, mungkin dia ada 'interested' pada yang lain. Walauapapun jangan terus membuat telahan negatif. Tidak semua 'interest' baru dia tu akan menggugat hubungan anda dengannya. Mungkin 'interest' baru adalah cuma bersifat sementara, mungkin boleh menjadi pemangkin kepada hubungan lebih erat, mungkin bakal membawa lebih kesenangan dan kebahagian dalam perhubungan.
Perlu juga ingat yang 'interest' seseorang manuasia itu bukan hanya terbatas terhadap manusia yang lain sahaja...

19 January 2011

Entry Merapu, Jika Kamu


Jika kamu menerima barang pemberian orang,
terimalah dengan ucapan terima kasih...
janganlah sesekali pemberian itu diperkecilkan.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah dia seadanya...
janganlan diperbesarkan kelemahannya.



Jika kamu memperolehi kesenangan di dunia,
terimalah dengan bersyukur...
janganlah anggap ia akan kekal buat selamanya.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
janganlah kamu terlalu mengaguminya dan anggap sempurna..
berikan lah ruang untuk kesilapan dan bersedia memaafkanya.



Jika kamu berdepan dengan hidangan,
tidak perlulah berlengah lagi...
janganlah tunggu yang lain, kelak yang ada akan basi.

Begitu juga jika ada insan yang menyayangi dan mengasihimu,
Mengapa kamu berlengah dan tunggu lain lebih sempurna..
Kelak kamu kehilangannya.



15 January 2011

Sebab Utama Mengapa Wanita Terus Membujang



Ini lah antara sebab2 yang difikirkan logik dan boleh diterima, namun ia hanya andaian yang terlintas difikiran...

1. Lelaki baik yang ditemui tak kacak

2. Lelaki kacak yang ditemui bukan lelaki baik

3. Lelaki yang ditemui adalah kacak dan baik tetapi gay.

4. Lelaki yang ditemui kacak, baik hati dan bukan gay pula tidak kaya atau berpangkat rendah.

5. Lelaki yang ditemui kacak, baik, bukan gay dan kaya pula setia dengan isteri pertama.

6. Lelaki yang ditemui kacak, baik, bukan gay, kaya dan bujang pula tak minat kat wanita itu.

7. Lelaki yang ditemui kacak, baik, bukan gay, kaya, bujang dan berminat pula malu untuk meluahkan perasaan.

8. Lelaki yang malu nak meluahkan perasaan pula akan hilang minat bila wanita itu terhegeh-hegeh.

9. Alasan yang sering digunakan adalah tak sampai seru atau belum jodoh.


09 January 2011

Cara Top-up Prepaid Percuma (Hack)



Dari seorang kawan yang memberitahu perkara ini. Jika nak mencuba kenalah segera kerana cara ini yang tidak sah, sebelum ia dikesan dan ditutup aplikasi ini oleh pembekal talian prabayar. Boleh digunakan untuk semua prepaid di Malaysia yang menggunakan kod 01x...

Pada yang percaya dan berminat sahaja. Pada yang tak berminat tu boleh lah tengok2 entry lain kat blog ni, yang best belaka....heheheh.

Kepada yang berminat, harap baca cara2nya sampai habis dahulu, maklumlah penyampaian ni tunggang-langgang skit kerana diajar cara membuatnya melalui lisan shj.

Mula2 dail kod perkhidmatan yang anda gunakan diikuti 1415007 (contohnya: 0161415007), anda akan dengar nada... Tunggu hingga berhenti nada tersebut, kemudian dail pula 1928. Seakali lagi nada tanpa suara akan kedengaran. Tunggu hingga bunyi berhenti, dail pula nombok kot kawasan mengikut kod kawasan di mana simcard dulu didaftarkan... (Sel/KL - 103, N9/Mel/Joh - 106, Kel/Tre/Pah - 109, lain2 negeri-110). Anda akan dengar orang berkata "please insert your pin number" kemudian terus masukkan 0111 2234 00483 dan dail. Jika semuanya betul anda akan dengar "your pin number is accepted, please verefy your number".. sekarang dail no telefon anda... kemudian anda akan dengar "huh..mano ado bondo pree ket dunio sekarng ni, nak buang air pon kono bayar... nak top-up, poi lah boli.." Samaada dengar atau tidak dia kata mcm tu, cara ni tak perlu lah dicuba. Apa pun jangan marah aaa... nanti kena jual...


22 December 2010

Syarahan Penuh Semangat (video lawak..)



Akhir tahun mcm ni kerja lebih sikit, kena buat report la, tutup akaun la, buat stock check la, tu la, ni la.. Pada yg tension tu, meh layan ni kejap... heheh.
Bagi yg kena berucap sempena tahan baru nanti, berhati-hatilah, jgn jadi cham ni.....



Lagikan yg ori boleh tanggal, inikan pulak yg tak ori...

21 December 2010

Anjing Panggang Ke?


Agaknya daging ape yang dijual ni yer, dah disalai dan dibuang bulunya.
Nak kata besar tak besar, nak kata kecil tak kecil. Nak kata kambing, bukan kambing.
Rasa macam kenal, tapi yer ke? Takut salah plak nanti.
Kalau tak puas hati bleh klik gambar, utk lihat gambar yang lebih besar.

Aku rasa binatang ni banyak yang tak bertuan dan berkeliaran. Kalau pasar ni ada di negara kita, takde lah binatang ni berkeliaran lagi rasanye.....Tapi, tak sanggup pulak la kita nak lalu depan pasar tu, eeeee......




Sebenarnya gambar ku dpt dari email rakan2. Takde 'detail' pulak pasal gambar ni.
Di mana lokasi dan bila tak pasti...(rasa2 mcm kat Vietnam), mgkin ada sesiapa pernah jumpa pasar ni tak???

.

19 December 2010

Inovasi Untuk Ibubapa Malas

Ni adalah inovasi penciptaan terbaru khas untuk ibubapa yang sibuk atau lebih tepat, pemalas.
Cara membuat dan bahannya cukup senang, iaitu mengunakan penyangkut baju shj.
Tapi, pastikan penyangkut baju tu jenis besi keras, dan bukan dari plastik atau kayu...takut patah plak.



Hah gambar ni lagi clear mcm mana nak membentuk penyangkut baju itu.


PERINGATAN PENTING: AWAS!! Ciptaan ini belum diuji, malah belum mendapat sijil dari SIRIM lagi. Maka penggunaannya adalah diatas tanggungjawab sendiri dan lebih baik tidak mencuba untuk membuat serta menggunakannya.

.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers