((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))
Showing posts with label Information Technology. Show all posts
Showing posts with label Information Technology. Show all posts

16 April 2014

Pepijat Heartbleed Guna Facebook Sebagai Perantara




Pepijat Heartbleed Guna Facebook Sebagai Perantara untuk menyelinap masuk mendapatkan info peribadi pengguna Facebook. Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik. Awal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed.

16 September 2011

School Of X


Salam sejahtera semua,
Muncul kali ni hanya untuk berkonsi maklumat mengenai satu pakej menarik dari CELCOM.
Rasanya ni adalah pekej terbaik la setakat ini yang ditemui berkenaan dengan prepaid khasnya untuk budak-budak sekolah.

Pakej tersebut adalah School Of X (SOX). Direka eksklusif untuk yang berumur antara 12 hingga 18 tahun. Paling menariknya ia tiada had tempoh kredit (air time), jadi sekali top-up guna sampai habis duit tanpa had masa.

Kadarnya pun pada tahap minima, lihat bawah ni...







10 February 2011

ASTRO Kian Membelit


Secara amnya dalam bisnes ni kena lah belit membelit. Membelit?? Ya, bukan TIPU, tipu tak baik, tapi belit tak mengapa dan menjadi satu kelebihan dalam perniagaan masa kini.

Contohnya bila kita diberi baucer percuma bernilai RM10 dan disuruh kita datang ke kedai mereka. Betul, mereka tak tipu, mereka bagi kita RM10, tapi kita kena beli barang bernilai lebih RM1,000.

Manakala cara belit yang kerap digunakan juga adalah bila kita nak langgan senang lepas tu nak berhentikan langganan tu susah, membuatkan kita terus melanggan sesuatu tu beberapa ketika sebelum benar tekat untuk memberhentikannya. Seperti yang ku kena dangan ASTRO. Masa cuti sekolah yang lepas aku ada la 'subscribe' pakej ABO (Asian Boxoffice Movie, channel 952&953), maklumlah masa tu ada banyak masa untuk budak-budak di rumah menonton. Channel ni berasaskan 'on demand' dimana bayaran dikira mengikut bulan yang kita 'subscribe', dulu-dulu pernah juga 'subscribe', bila cukup bulan dia akan 'unsubscribe' dengan sendirinya. Namun kali ni tidak, bulan berganti tak juga di 'unsubscribe'. Jika diberi percuma, ok lah juga, tapi dikenakan bayaran, di atas benda yang sebenarnya kita tak mahu, bukankan belit namanya tu.

Masa 'subscribe' dulu dilakukan melalui web ASTRO, ada online request form for subscribe but unfortunately, there are no unsubscribe request form...
Jadi, terus ke langkah seterusnya iaitu call ASTRO ABO. Dia minta nombor akaun ASTRO dan beritahu 'unsubscribe' akan mengambil masa paling lama 24jam. Namun hingga sekarang ni belum di 'unsubscribe'. Jadi hingga sekarang ni kami sekeluarga masih dapat menikmati ABO, channel yang digelar Box Office Movie namun menyiarkan filem-filem yang tak laku...

Tak sangka ingatkan syarikat kokak je yang mengamalkan sistem belit-membelit ni, rupa-rupanya syarikat gergasi lagi cekap membelit
Arrgggg.. bebaskan aku dari belitan muuu...



26 January 2011

MALAYSIA IT FAIR 2011 (28 Jan - 30 Jan)



Jangan lupa hujung minggu ni kita serbu Malaysia IT Fair yang bakal diadakan di Mid Valley Exhibition Centre, 28/1/2011 hingga 30/1/2011.
Difahamkan pelbagai barangan IT akan dijual dengan harga paling istimewa, antaranya iPads, handphone, smartphone, laptop, kamera, peralatan audio dan visual, GPS navigators, aksesori komputer, gajet dan macam-macam lah. Pendek kata semua barangan IT & elektronik ada di sana nanti.

Dijangkakan lebih daripada 200 booths akan dibuka. Yang paling menariknya diberitakan akan bersangsung jualan secara lelong pada jam 3.30 ptg (Sabtu dan Ahad) dan jam 7.00ptg (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Tak tahu lah apa yang nak dilelong, tapi dah tentu barangan IT lah takkan nak lelong baju pulak.

Untuk keterangan lanjut sila ke laman web rasmi MALAYSIA IT FAIR 2011.
Kita jumpa di sana.... hehehe..


09 December 2010

Ubuntu Ku



Sudah lebih 2 bulan aku mencuba pakai UBUNTU. UBUNTU merupakan sebuah sistem operasi (operating system) yang berasaskan Linux.
Dalam sebuah komputer, sistem operasi berfungsi sebagai perantara di antara software dan hardware. Ia juga bertanggungjawab membolehkan komputer beroperasi dengan menghubungkan memori, CPU dan aplikasi yang dijalankan. Contoh sistem operasi yang biasa digunakan adalah Windows XP, Windows Vista dan Windows 7.

Apa yang paling menarik pasal UBUNTU ia adalah PERCUMA!!! Ya, percuma dan tidak memerlukan lesen. Mungkin anda boleh dapatkan Windows secara percuma, tapi dah tentu ianya bukan asli. Bagaimanapun UBUNTU didatangkan dalam bentuk 'freeware'. Anda boleh gunakan dan update tanpa rasa bimbang. Jadi, kepada sesiapa yang tengah pakai perisian Windows lanun tu, bolehlah mencuba UBUNTU ni.

Untuk dapatkannya bolehlah download, kemudian terus 'burn' dalam cd dan terus boleh 'install'. Proses pemasangan juga amat senang dan pantas, tak sampai 30 minit.

Sepanjang 2 bulan mencuba UBUNTU ni didapati ianya amat laju dan stabil. Start-up dan shutdown komputer amat pantas sekali. Sangat baik diguna untuk melayari internet. Perisian sampingan tertentu sudah tersedia, cuma perlu dipilih dan install sahaja. Virus, boleh dikatakan tiada ancaman walaupun ia bukan kebal virus, namun setakat ni belum ada virus dicipta untuk serang UBUNTU.
Cuma masalahnya ia tidak sama seperti Windows yang telah kita gunakan sejak kita mula kenal komputer. Kita merasa sedikit asing dengan kelainan tersebut. Ada beberapa software yang kita guna di Windows tak boleh dijalankan disini terutama yang menggunakan .EXE file.

Sebaiknya kalau nak cuba, dijadikan ia sebagai sistem operasi kedua (2 operating system dalam satu komputer - dualboot), takut-takut anda akan merindui Windows jika tinggalkan terus.

=> download UBUNTU
=> Forum UBUNTU (antarabangsa)
=> Forum UBUNTU (Malaysia)

26 September 2010

Gambar di Muka Depan Majalah

Masa jalan raya rumah sedara-mara tu hari, terpandang satu frame dalam almari cermin di ruang tamu rumah. Diamat-amati rupanya potongan akhbar yang mengandungi gambar tuan rumah. Tarikhnya tak pasti plak, namun dari segi berbandingan wajah sekarang, agaknya akhbar tu keluaran sekitar 80an atau awal 90an.

Itu lah menampakkan betapa susahnya dan begitu terujanya jika gambar masuk akhbar.
Namun kini anda dapat dengan senang meletakkan gambar anda di majalah. Majalah antarabangsa lagi tuuu..

Di >Magmypic anda boleh lakukannya... letak lah gambar anda di majalah terkemuka.

Contohnya seperti ini...


Di sini tak perlu bayar, tak perlu download program (lakukan online), tak perlu daftar dan boleh lakuakan berulangkali.
>>> >Magmypic

Selamat Mencuba..

.

18 September 2010

Free Antivirus (antivirus percuma)



I'm still interested to 'talk' about something FREE here.
Protecting your computer from viruses is very important now. What you need is the best antivirus software possible on your computer. Luckily, some of the best antivirus software is completely free!
Many popular antivirus companies offer free versions.
These are antivirus(free version) that I have tried on my computer and my personal comment about them.



1. AVG Anti-Virus Free (my 3rd choice)
9w2ury comments:
Pros:
It’s very popular antivirus in free category. Easy to install, regular updates and convenient scan control.
Contras:
It will slow down your system and the detection rate is low. It also not very reliable (virus have pass thought to my system before). After used for long period, will experience that program unable to updates and need to install new. I have experience this twice and make me disappointed of this antivirus.



2. Avira AntiVir Personal (my 2nd choice)
9w2ury comments:
Pros:
It easy to use and regularly updates. The most important things are it stops most viruses and very reliable antivirus in free category.
Contras:
Always disturb by the popup asking you to upgrade to the paid version. Slow updates and slow down the system at the beginning of the season after boot windows.



3. Avast! Free Antivirus (my 1st choice)
9w2ury comments:
Pros:
It’s clear layout of functions and generally user friendly. It‘s excellent detection, reliable and very easy to use. Also regularly updates. Will updates automatically by not disturb and not slow down the system.
Contras:
Till now I can’t fine any single problem as it’s a free version.



4. Microsoft Security Essentials (my reserve )
9w2ury comments:
I’m never try this before but my friends told that it’s reliable and good because it’s directly from Microsoft. So, I’m can’t give my comment on this, and hope get opportunity to try this.


.

16 September 2010

SMS Percuma (Free SMS in Malaysia)



Dizaman sekarang ni sukar nak cari yang percuma ni.... nak buang ayor pun ke bayar.
Ada yang percuma ni, terus sambar je..heheh.
Ni ada tawaran menghantar SMS percuma oleh mostsms.com, ia memang percuma, dah dicuba..
Caranya senang je.. lawat mostsms.com, pas tu daftar. Kemudian password akan dihantar kepada no telefon yang didaftar. Bolehlah log-in di laman web mostsms.com menggunakan no tel dan password yang diberikan. Sekarang dah boleh hantar SMS dengan percuma. Semua rangkaian komunikasi di Malaysia, tak kira 019,013,012,016 dan lain2 boleh menggunakan perkhidmatan ini.
Rasanya ok jugak untuk hantar jemputan open house atau untuk ucapan selamat.
Selamat mencuba...

.

15 April 2009

HATI-HATI DENGAN Blogstarz

Perlu Tahu Sebelum Lebur RM99 untuk Blog Sampah Blogstarz
by mohdismail

Suku sakat Monsun Biz kembali lagi dengan berselindung di’sebalik nama blog.
Risau aku melihatkan orang Melayu yang mahu senang cepat tanpa peduli dengan apa cara sekalipun. Sebagaimana aku lakukan ke’atas Monsun Biz (yang entah kemana hari ini), hari ini Blogstarz akan menerima perkara yang sama.

Blogstarz adalah satu sistem penulisan blog di’Malaysia yang mendakwa menerima lebih 500,000 hits setiap hari dari seluruh dunia & dah di’lancarkan hujung tahun lepas. Dengan bayaran serendah RM99, mereka yang berminat untuk menulis blog akan menerima ‘pelbagai keistimewaan’ sehingga mereka yang buta IT pun mampu menjana duit di’internet.

Ini adalah antara perkara yang perlu kau tahu tentang Blogstarz sebelum kau menyertai mereka kerana pujukan janji manis (aku tahu’lah kau Melayu tipikal sukakan duit mudah).


Blogstarz adalah Multi-Level Marketing (MLM)
Jika kau sudah menyertai mereka dengan bayaran RM99, seseorang yang sudah sedia di’dalam sistem mereka akan menerima komisyen RM15. Kau pun mesti mahu juga RM15 untuk balik modal, maka kau akan recruit lagi orang lain & secara automatik tergolong dalam mereka yang sangat annoying.
Komisyen tertinggi kau boleh terima adalah RM225 untuk satu pendafaran Pakej Director bernilai RM1,485. Bukankah MLM juga begitu konsepnya?


ClickShare Adalah Haram. Hah!
Kalau founder Blogstarz baca yang ini, pasti aku di’cincang lumat. Begini, ClickShare adalah satu sistem di’mana pendapatan dari pengiklanan di’kongsi bersama semua ahli. Konsep bagus. Tetapi, untuk menjana pendapatan ini, Blogstarz meminta ahli mereka untuk click iklan yang ada sekurang-kurangnya 15-20 kali sehari. Itu namanya penipuan dalam sistem pengiklanan.
Awal terbitnya Blogstarz, aku terlihat kelibat Google Adsense di’gunakan dan kini tiada lagi (kerana Google Adsense amat benci akan mereka yang meminta orang lain click & memberikan insentif).
Iklan sekarang di’keluarkan sendiri oleh ODSB (salah satu syarikat berkait Blogstarz).
Bagaimana pengiklan mahu menjalankan pengiklanan jika mereka tahu click yang mereka dapat tidak neutral?


Karl Iskandar Bukan Sesiapa Dalam Dunia Internet
Aku tidak kata seseorang itu harus popular dalam dunia internet untuk mewujudkan sistem sebegini, tetapi sekurang-kurangnya kau perlu ada blog sendiri atau satu website yang kau bina dan berjaya menarik perhatian ramai. Aku tidak pernah kenal siapa Karl Iskandar.
Jika kau membaca biodata’nya, hobi Karl Iskandar adalah membaca & melayari internet. Sekadar melayari internet tidak akan membuatkan kau menjadi sesiapa. Build something remarkable on the net & people will recognize you.


Tiada Blog Dalam Blosgstarz
Blogstarz semuanya berkaitan recruit orang baru (selain sistem SMS yang ketinggalan zaman) supaya ahli mereka boleh menjana duit online. Teras terpenting blog iaitu kandungan yang bernilai & bagus tiada langsung di’tekankan dalam Blogstarz.
Founder Blogstarz hanya pentingkan duit untuk kantung mereka. Mereka mendakwa menerima RM5juta sebagai modal. Jika aku di’beri 1/5 dari nilai tersebut pun, aku boleh bina sistem yang jauh lebih baik & menawarkan nilai blog sebenar untuk masyarakat.


Kesimpulan
Jika kau berfikir untuk join Blogstarz ini kerana ‘peluang’ menjana duit yang mereka janjikan, kau perlu lihat apa yang terjadi kepada Monsun Biz. Tiada beza perjalanan mereka, Bermula dengan hype yang keterlaluan & berakhir dengan gagal yang kemaluan.
Orang-orang di’belakang sistem Monsun Biz & Blogstarz ini tidak tahu apa-apa tentang internet, tentang berubahnya cara manusia berkomunikasi, berfikir & perniagaan itu sendiri. Mereka hanya ingin sertai kerana duit.


DARIPADA:
Mohd Ismail Baharudin
(E-mail : mohdismail@mohdismail.net)

.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers