((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))
Showing posts with label Jomm Makan. Show all posts
Showing posts with label Jomm Makan. Show all posts

21 March 2011

Restoran Soto Shah Alam

Hari ni nak perkenalkan sebuah restoran di Seksyen 8, Shah Alam, iaitu Restoran Soto Shah Alam. Bagi warga Shah Alam dan sekitar pastinya tahu pasal restoran ni.



Nama sahaja restoran soto, tapi yang disajikan di sini bukan setakat itu sahaja. Malahan ada juga kuih-muih, nasi ayam dan nasi campur dangan lebih dari 50 jenis lauk pauk tersedia untuk dipilih.


Restoran ni adalah antara restoran kegemaran ku dan family. Masakan 'best' dan banyak pilihan sampai rasa tak puas hati jika datang sekali, sebab tak dapat mencuba lauk lain.

Tak dapat nak letak sini gambar deretan lauk-pauk yang diatur, kerana takut meleleh pulak air liur rakan yang melihatnya... :)
Jadi, yang berkesempatan tu, boleh lah pergi sendiri, memang 'best' lah.







19 February 2011

Jom Cendol


Dalam masa perubahan cuaca dari musim hujan ke musim kemarau macam sekarang ni kita kerap kepanasan dan kehausan ditengahari. Kalau dapat pekena cendol dalam cuaca panas macam ni tentu 'best' sekali. Kena pula cendol pulut, perkhhh... menusuk ke kalbu dan sanubari lah.

Kalau sesiapa yang selalu menggunakan jalan dalam Seremban-Tampin/Melaka, tentu akan terjumpa 2 gerai cendol yang cukup popular dan ramai pengunjungnya. Cendol Leman Dawi dan Cendol Madu Rembau.

Kali ni nak review dulu Cendol Madu Rembau. Terletak berhampiran dengan Pekan Rembau, iaitu di Taman Reakresi Pinggiran Sungai Rembau. Selain cendol ABC juga ada di sini. Bukan itu sahaja, malahan di sini juga ada pelbagai masakan panas juga turut disediakan.

Cendol di sini menggunakan air batu kisar, jadi memang meresap ke sanubari lah. Macam-macam cendol ada.... cendol biasa, cendol pulut, cendol kacang dan cendol jagung dan cendol special.

Hahh, yang sebelah kiri ti cendol pulut+kacang+jagung dan sebelah kanan tu cendol pulut, pulutnya memang banyak.


Ni jalan masuk ke situ, bagi yang lalu singgah la memang 'best', dari segi rasa bagi ku ia lebih sedap dari Cendol Leman Dawi. Namun, Cendol Leman Dawi ada keistemawaannya yang tersendiri.



SEDIKIT INFO TENTANG CENDOL LEMAN DAWI.
Ia terletak di jalan sama, iaitu jalan lama Seremban - Tampin/Melaka. Lokasi lebih dekat dengan Seremban. Lebih tepat lagi di Sungai Gadut. Cendol di sini menggunakan ais ketul. Keistemewaanya cendol boleh ditambah sampai muntah. Cendol, air gula, santan dan ais ada disediakan untuk ditambah sendiri oleh pelanggan secara percuma. Ada juga disediakan air barli sejuk secara percuma.
Satu lagi keistemewaan paling ketara ialah pemiliknya sendiri iaitu Pak Leman Dawi. Celotehnya membuat pengunjung terhibur. Keistemewaan Pak Leman Dawi tentu dah diketahui ramai sebab beliau pernah 'masuk' tv sebelum ni.



16 December 2010

Lunch D' Arab Cafe


Tengahari semalam, berlegar-legar kat seksyen 7 Shah Alam. Bukan cari aweks UiTM, tapi cari makan. Lunch time lah katakan... Masa ushar sambil drive alon-alon di setiap lorong deretan kedai ternampak lah satu restoran, Arab Cafe. Macam menarik je, lain dari yang lain. Jommm singgah...

Tanpa banyak cakap, sbb pagi cuma makan roti canai separuh jer, terus ku order Lamb Kabsah.
Hah.. ni lah dia... Daging dia memang lembut, entah brape lama dia masak entah la. Nasi plak panjang2.


Ni plak Chicken Kabsah, pilihan XYL ku..


Sedap ke?? Entah lah tak tau nak cakap la. Apapun ni lah hasilnya selepas beberapa ketika berlalu... (tak tahu kerana sedap atau lapar..)

Harganya huh... tak berapa boleh tahan, dlm rm15 sepinggan... tu yang kasi licin pinggan tu...heheh.
Huh...bagus betul M'sia ni, mcm2 makanan ada. Tak tahu lah betul ke ni nasi arab, atau nama je, atau mungkin hanya Arabian style.
Ape yang ku tahu, nasi arab kat M'sia ni yang paling best kat Cyberjaya... Betul ke? Nak kena cuba lah nanti.

.

27 November 2010

Mampir Dinner



Mmmm...dah agak lama tak pekena western food, jadi malam ni terasa nak jadi western la plak. Lebih2 lagi anak2, dengar je western food memang diorang happy. Kalau jarang2, bapa pun tumpang happy juga, tapi klau selalu, kepala bapa naik pening...heheh.
Kali ni kita nak makan di Yok Mampir Cafe, Klang. Ni bukan kali pertama kitaorang jadi western kat situ. Harganya memang perpatutan sebab tu ia selalu jadi pilihan hati ku... hehe.





Selain dari western food, nasi ayam dan nasi goreng ayam juga menjadi pilihan hati ku...

Tenggok je la nasi ayamnya...ada 3 jenis sos... ayam pun besar.

Jadi, yok mampir yok....

p/s: gambar kureng menarik, sbb pakai h/phone je...

.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers