21 June 2014
15 June 2014
30 May 2014
06 May 2014
28 April 2014
Sidek Hussain, Meninggal Dunia
31 March 2014
Jam Tawaf atau Anticlockwise Watch
Ianya dikatakan mempunyai kelebihan tersendiri termasuklah:
1.Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantaran mesej tenaga secara tetap dan sekata.
2.Membantu mengawal rentak jantung.
3.Mengembalikan keseimbangan fikiran dan peredaran darah dalam tubuh secara semulajadi.
16 February 2014
11 May 2013
Kematian Ngeri Dalam Filem (3 video - 18SG)
Masa bertugas tiada masalah, setiap masa terisi, bila diluar masa kerja ni bosan yang tak terhingga pula. Tenggok TV cuma ada beberapa siaran sahaja yang menyiarkan cerita orang putih, yang lain cerita orang korea.... Jadi, layan lah youtube pulak.
Dah layan youtube tu ni aku nak share beberapa video kematian ngeri dari filem:
1.Paris Hilton - House Of Wax
.
2.Paola Menard –Zombi 2 (Zombie Flesh eaters/Zombie)
.
3.Keith Jennings -The omen
.
SUMBER: youtube
Untuk Info Lain yang menarik, kunjungi juga rakan saya di sini...
.
10 May 2013
Korea Plastik
Korea Selatan adalah negara yang menerima pendapatan terbesar di dunia dari sumber pembedahan plastik. Mengikut kajian, 1 dari 5 wanita di Seoul pernah menjalani pembedahan tersebut. Pengubahsuaian yang paling popular ialah di bahagian mata, agar mata nampak lebih besar dan juga pengubahsuaian rahang. Perkembangan dan kepopularitian K-pop juga dilihat sebagai perangsang untuk peningkatan industri ini.
Perkembangan industri ini jadikan Korea adalah salah satu tempat pilihan dari seluruh dunia untuk melalukan pembedahan ini.
Jadi, mungkin apa yang dilihat itu hanyalah sekadar pastik semata-mata.
SUMBER GAMBAR: buzzfeed.com
.
06 May 2013
08 October 2012
Mandi Bersama Gajah
bermain dan bermesra dengan anak gajah. |
![]() |
Menunggang gajah |
01 October 2012
Raudhah Masjid AL-Falah
Program Raudhah Di hatiku terbaru telah diadakan di MASJID AL-FALAH, USJ 9, SUBANG JAYA pada 29 September 2012. Ini merupakan kali kedua ia diadakan di sini. Banyak program santai berbetuk keagamaan dan kerohanian diadakan termasuklah Program Tanyalah Ustaz/Ustazah, persembahan nasyid, pameran, jualan dan banyak lagi lah.
Untuk info program yang lepas atau akan datang boleh lawati facebook Raudhah Di Hatiku TV9
PERSIAPAN UNTUK RAKAMAN DI DEWAN SOLAT MASJID |
RAKAMAN TANYALAH USTAZ SEDANG DIJALANKAN |
RAKAMAN TANYALAH USTAZAH SEDANG DIJALANKAN. RAKAMAN TANYALAH USTAZAH DIADAKAN SELEPAS PROGRAM TANYALAH USTAZ DI DEWAN SOLAT. |
DI PERKARANGAN MASJID PULA ADA PERSEMBAHAN NASYID OLEH KUMPULAN AL-MAULID |
KUMPULAN INI DIANGGOTAI OLEH BEKAS AHLI KUMPULAN INNUENDA, VE DAN RUFFEDGE |
08 September 2012
No Legs, No Hands.... No Worries!
Hanya nak kongsi video ni. Video ni dah beberapa tahun di youtube tapi tentu masih ada yang belum menontonnya... Ianya mengenai ketabahan Nicholas James Vujicic yang tidak mempunyai tangan dan kaki, namun beliau berjaya menjadi seorang pakar motivasi. Dilahirkan pada 4 Disember 1982 di Brisbane, Australia.
Tonton, dengar dan renung-renungkan....
19 August 2012
18 August 2012
Ibu OKU dan anak ketumbuhan perlukan bantuan

GAMBAR: Nor Azizah bersama Aleeya (kiri) yang menghidap ketumbuhan dalam otak.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah perumpamaan menggambarkan pengorbanan sepasang suami isteri di Kampung Sungai Sireh Tambahan Dua, Pelabuhan Klang, Selangor, dalam usaha merawat anak sulung perempuan mereka berusia lima tahun yang menghidap ketumbuhan dalam otak sejak setahun lalu.
Lebih menyedihkan, Nor Azizah yang juga orang kurang upaya (OKU) terpaksa berulang-alik menaiki komuter dari sini ke Kuala Lumpur setiap minggu walaupun masih dalam keadaan berpantang selepas melahirkan anak bongsunya, Amirul Quzairi lebih sebulan lalu.
Katanya, pada Mac lalu, Alleya menjalani pembedahan untuk memasukkan tiub menghubungkan otak hingga perut bertujuan menghalang daripada sebarang jenis cecair bertakung di saraf tunjang otak.
“Kos pembedahan itu sebanyak RM8,000. Puas kami kumpulkan wang dengan meminjam daripada saudara-mara, bank termasuklah daripada along dan membuat kutipan derma. Pendapatan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sebanyak RM1,500 sebulan memang tak cukup,” katanya. Nor Azizah mengakui perasaan malunya sudah hilang apabila sering meminta derma serta ihsan sama ada daripada keluarga terdekat, individu perseorangan serta institusi zakat kerana dia perlu memperuntukkan kira-kira RM100 sehari membabitkan kos pengangkutan awam dan keperluan anaknya.
Alleya mula dikesan menghidap ketumbuhan dalam otak sejak Oktober tahun lalu dan pembedahan dijalankan pada Mac lalu untuk memasukkan tiub menghubungkan otak dan perutnya di Hospital Sungai Buloh.
Kepada individu atau pihak berkaitan yang mahu membantu keluarga ini boleh menghubungi Nor Azizah di talian 018-2671198 atau 012-3500425.
Petikan Artikel dan gambar telah disiarkan di akhbar METRO pada 18/08/2012. Moga ada lebih ramai yang tampil membantu bagi sedikit menceriakan keluarga ini, lebih-lebih lagi di Ramadhan dan Syawal yang mulia ini.
15 July 2012
Kapal TLDM Di Pusat Hidrografi Nasional
29 January 2012
Anak Gajah Dalam Kenangan...
Apapun ia sempat juga tinggalkan benda ni untuk ku sebagai kenangan...
Namun aku bukan lah se sentimental itu, jadi jika ada sesiapa berminat nak miliki benda ni, akan di let go jee... Nak jual hanya RM350 je jika ada yang berkenan. Pada keseluruhannya dalam keadaan elok lagi, cuma ada sikit kemik dan calar lah, kesan dari sondolan manja anak gajah ke keatas anak tenok beberapa ketika dahulu.
Hari ni ada lakukan sedikit kerja baik pulih bahagian tempat letak kereta kat rumah, terpaksalah beli simen dan sedikit pasir... buat aku terkenangkan betapa mudahnya kerja angkut ni jika anak gajah ku itu masih bersama...
19 September 2011
Pertunjukan Kuda Kebangsaan 2011

Untuk makluman semua, khasnya peminat kuda. Ataupun yang rasanya nak beraya dengan kuda, akan diadakan Pertunjukan Kuda Kebangsaan Malaysia 2011, selama tiga hari dari 23 hingga 25 September, 2011 di Pusat Ekuestrian, Sungai Besi,Kuala Lumpur. Para pengunjung boleh melihat pelbagai acara menarik merangkumi pertandingan ekuestrian seperti dressage, show jumping, endurance dan combined driving.
Tarikan lain adalah ekspo ekuin yang menjual semua produk dan perkhidmatan berkaitan kuda, pertandingan meladamkan kuda antarabangsa, menaiki kereta kuda dan menunggang kuda padi, pameran terbesar baka kuda, dan pameran pelbagai kereta kuda dari era yang berlainan. Bagi mereka yang suka membeli-belah, jangan ketinggalan melawat tapak ekspo barangan buatan tangan di mana sekumpulan individu yang kreatif menjual rangkaian perhiasan kecil bertemakan kuda.
Terdapat sukan ekstrem buat remaja, persembahan artis atau selebriti kuda (hehe.. selebriti betul lah..), persembahan pentas, gerai permainan, mencari harta karun, pertandingan mewarna.
Masuk ke Persembahan Kuda Kebangsaan Malaysia adalah percuma dan persembahan akan dimulakan dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Untuk lebih lanjut berkenaan acara dan lain-lain sila klik sini.