((~SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH~))
Showing posts with label HAM Info and event. Show all posts
Showing posts with label HAM Info and event. Show all posts

23 January 2011

Kereta Breakdown, Terima Kasih 9W2EDK

Dua perkara yang paling ditakuti pemandu kenderaan ialah accident dan breakdown dlam perjalanan. Petang tadi aku & family kena hadapi kereta breakdown. Jadi, nak ceritakan di sini, apa yang terjadi.

Masa tu di Bulatan Staduim Shah Alam, tetiba je gear kereta free. Dengan tenaga keupayaan dan kanetik yang ada membolehkan kerata bergerak te tepi jalan. Bila dicuba, semua gear tak berfungsi... semua free je. Wah, ni dah tentu gear box la ni.

Alamak macam mana ni... nak call bengkel pun, takde nombor bengkel kat Shah Alam ni. Try juga lah call rakan di Klang. Dia pun tak ada simpan nombor bengkel kat Shah Alam. Mcm mana ni..? Kepala otak aku yang berjambul ni terus berfikir mencari jalan penyelesaian.

Lantas terfikir akan rakan radio. Apalagi terus ku buat contact di freq V40... 3 kali calling tiada jawapan. Tukar pula ke freq 9M4RBC... di sana 9w2aky(di Seremban) dan 9w2edk(di Shah Alam) ada di freq. Stelah buat contact dan menerangkan keadaan dan masalah yang dihadapi, 9w2edk menyatakan kesudian untuk datang membantu. Disamping itu 9w2aky memberikan no tel bengkel di Shah Alam. Selepas itu jga ada beberapa rakan memasuki freq untuk membantu, termasuk memberikan no tel tow truck.

Tunggu beberapa ketika, 9w2edk pun sampai... sebenrnya ni kali pertama berjumpa dengan beliau... Bila dia kelua kereta, "ehh...zamani slam ke ni?" terfikir dalam otakku. Setelah bersalaman, tmpa berlengah dipasang towing strip dan kereta aku di towing ke bengkel berdekatan, dalam 7 km.
Kemudian dia menghantar pula kami sekeluarga balik ke Port Klang.

Tak tahulah berapa kos repair tu, rasanya dalam 3K kot. Apapun, hari ni nasib baik ada rakan yang sudi membantu towing kereta ke bengkel dan hantar kami kerumah dengan free. Klau nak guna towing truck dah tentu kena ketuk gila2 punya... maklum lah hari minggu.

Terima kasih semua rakan yang membantu, khususnya kepada 9w2edk. Anda semua memang baik hati dan cool..


Ni lah 9w2edk, hansem kan........ mcm zamani slam... baik hati plak tu... Bujang lagi ni, tapi khabarnya dah di booking oleh seseorang...

UPDATE 24/01/11 - kereta tu nasib baik bukan g/box yang rosak...yag rosak adalah torque converter nya.. Tak lah teruk sngat... Lagipu bengkel kawan2...

31 December 2010

Konvoi & Ekspedisi Keluarga ke Taman Negara, Jerantut

(Banner rasmi program oleh MARES N. Sembilan)

Pada 27Dec hingga 29Dec 2010 yang baru lalu telah diadakan Ekpedisi Keluarga Ke Taman Negara, Jerantut yang dianjurkan oleh Kelab MARES N. Sembilan. Seperti biasa, jika kelab radio amatur yang anjurkan program, ianya akan terbuka untuk semua dan tidak hanya untuk ahli sahaja. Menepati antara falsafah radio amatur, iaitu berkawan dengan semua orang.



Dirasmikan dan dilepaskan oleh wakil Pengarah Pelancongan N.Sembilan. Pada keseluruhannya konvoi mengandungi 36 buah kenderaan dari kereta salun, mpv, van sehinggalah pacuan 4 roda. Dilepaskan dari Seremban Plaza pada pagi 27Dec. Konvoi telah dikepalai oleh 9w2abz, Tok Kee.



Konvoi dari Seremban melalui Kuala Pilah ke perhentian pertama Kuala Gandah, Pahang. Iaitu di Pusat pemuliharaan gajah. Dapatlah melihat pertunjukan gajah, gosok2 gajah, naik gajah dan mandi dengan gajah. Pertunjukan gajah bermula pada jam 2ptg.



Selesai 'bermesra' dengan gajah, konvoi bergerak lagi, menuju ke Jerantut, Pahang.



Singgah sebentar menunaikan apa yang wajib di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut. Cantik dan luas masjid ini. Siap dengan mini taman permainan kanak2 lagi.
Lepas semua selesai, konvoi terus bergerak ke Taman Negara. Setibanya di tempat yang dituju, hari dah gelap. Selesai makan dan mendapatkan bilik masing2, semua lentok kepenatan.



Keesokan harinya, pagi2 lagi dah mula pengembaraan di Taman Negara. Bermula dengan menaiki bot menyusuri sungai sambil menikmati keindahan alam di tebing sungai.



Tak cukup sekadar memerhati di tebing sungai, kita jelajah pula di bahagian atas hutan dengan menaiki 'Canopy Walkway'. Rasanya ada lebih 1km panjangnya.



Hahhh.. ni lah penguji kekuatan walkway, 9w2hsm Pak Hasnan....hehehe. Tabik pada Pak Hasnan, walau ada masalah jantung namun berjaya juga 'melayan' walkway ni...



Teruskan lagi perjalanan dengan bot ke perkampungan orang asli. Ditunjukkan cara kehidupan mereka dalam hutan.




Petangnya, walau penat menjelajah dan main air serta di'mandikan' oleh pemandu2 bot (best betol dapt racing bot...hehe),semua masih sporting untuk sertai sukaneka yang telah diatur.

Begitu lah ceritanya. Tapi, banyak lagi cerita dan gambar yng belum sempat dimasukkan. Insyaallah akan dimasukan dlm entry lain plak nanti.

p/s: trm ksh buat 9w2dzu kerana memberitahu tentang prog ini. Lain kali, jika ada progm mcm ni, bg tau lah lagi.. hehe..


.

20 December 2010

Ada Rakan Tanya Radio Amatur Tu Ape?

Ada seorang rakan shout tanya amatur radio tu apa?
Jadi, entry ni just nak jawab pertanyaan tersebut.

Sebenarnya, dah ada kat entry aku sebelum ni pasal ni semua. Cuma, mungkin rakan kita ni tak sempat nak selak2 entry lama aku. Atau blog aku ni memang semak sangat kot, tak nampak jalan nak ngayau.
Apapun bagus juga, tak pasal2 dapat aku terbitkan satu entry baru ni...

Baik lah, apa2 entry pasal radio amator ada dlm category HAM Info and event.
Di sini diberikan Link nya:
>> Apakah radio amatur
>> Kaedah perhubungan
>> Perkara yang boleh dilakukan
>> Wikipedia Radio Amatur (link luar blog)- bagus untuk info lengkap.

Harap mendapat info yg jelas.

.

24 November 2010

Keputusan RAE 2010-3 Dah Keluar..!!


Kepada peminat radio amatur yang mengambil peperiksaan radio amatur siri ketiga bagi tahun 2010 (RAE 2010-3) pada 6 oktober yang lepas keputusannya telah dikeluarkan oleh MCMC/SKMM.
Jika tak sabar menanti surat rasmi dari MCMC/SKMM, bolehlah disemak keputusan tersebut secara online di sini.

Tahniah kepada yang berjaya. Bila dah dapat surat rasmi nanti boleh lah dapatkan callsign dan memancar difrekuensi amatur.
Kepada yang tak berjaya, cuba lagi...

.

23 November 2010

Eyeball HAM Pantai Timur (19Nov)


Pada 19 nov yang baru lalu berkesempatan untuk menghadirkan diri di Mega Eyeball Rakan HAM Pantai Timur yang dianjurkan oleh ASTRA Kelantan. Majlis itu terbuka untuk semua rakan HAM & keluarga seluruh Malaysia. Majlis Bermula pada jam 8.30mlm di Bachok, Kelantan. Difahamkan semua persiapan untuk jamuan dan lain2 telah disediakan dengan cara gotong-royong dari pagi lagi.

Ramai juga yang hadir pada malam tu, tidak hanya dari Kelantan shj, malahan rakan2 dari Kedah, Perak, Terengganu, Selangor dan lain2 turut hadir.

Cuaca disiangnya cukup elok, namun menjelang bermulanya majlis hujan turun mencurah-curah. Mungkin kerana tidak menjangkakan cuaca sebegitu malam tu, membuatkan pihak penganjur tak menyediakan ruang khemah yang cukup. Ia menbuatkan setiap yang datang terpaksa beredar sebelum majlis selesai bagi memberi laluan kepada rakan-rakan yang baru sampai untuk memasuki khemah untuk menjamuu selera.

Apapun terima kasih kepada semua yang menjayakan terutama kepada Abg Din (9W2DJM) dan Pak Zack (9W2UMK) diatas undangan ke majlis tersebut.


Sekalung tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur. Harap dapat hadiri lagi majlis sebegini dilain masa.

...73
.

15 November 2010

Kaedah Perhubungan Radio Amatur.


Radio amatur adalah perhubungan radio 2 hala menggunakan frequency yang ditetapkan. Ia disebut 2 hala kerana ia membenarkan pengguna untuk bercakap dan mendengar, berbeza dengan radio awam (erafm, sinarfm, hotfm dan lain2)yang hanya 1 pihak bercakap, manakala satu pihak lagi hanya boleh dengar shj.

Frequncy yang digunakan oleh pengguna radio amatur adalah mengikut 'Band Plan' dan 'Spectrum Plan' yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC/SKMM).

Pada asasnya memancar(Tx) dan menerima(Rx) frequency dalam radio amatur ada 4 cara, iaitu menggunakan kaedah 'point to point', 'via local repeater', 'via linking repeater' dan 'echolink'.

1. Point to point Tx and Rx
Iaitu perhubungan terus antara 1 station dgn station yang lain. Bila 'station 2' Tx, 'station 1 dan 3' akan Rx, dan begitulah sebaliknya.


2. Via local repeater (melalui pengulang setempat)
Di sini 'repeater' menjadi perantara di mana station Tx akan Tx ke 'repeater'. 'Repeater' akan Rx dari station Tx dan akan Tx semula kepada lain-lain station Rx. Cara ini boleh meliputi jarak penerimaan yang lebih dari cara pertama tadi.



3. Via linking repeater (melalui pengulang bersambung)
Cara ini pula menggabungkan 2 atau lebih 'repeater'. Gambar di atas menceritakan segalanya tentang bagaimana 2 'repeater' bekerja untuk Rx dan Tx. Cara ini pula dah tentu akan boleh meliputi kawasan yang lebih jauh berbanding kaedah ke 2 tadi. Ianya digunakan di negara kita dan mampu menghubungkan seluruh Semenanjung.



4. Via Echolink.
Penggunaan kaedah ini agak kontroversi dan belum meluas lagi di Malaysia, namun ianya tetap ada digunakan dan berupaya membuat liputan Tx dan Rx paling jauh. Cara berfungsi adalah seperti entry sebelum ini.


Itulah secara ringkas bagaimana kaedah Tx dan Rx yang digunakan dalam radio amatur.Sekadar memberi sedikit pengetahuan kepada yang belum berada dalam dunia radio amatur ini. Insyaallah jika ada masa nanti akan diterangkan lebih terperinci lagi.

.

06 October 2010

6 oktober RAE 2010-3 Berlangsung



Petang tadi,RAE telah diadakan di seluruh Malaysia. Ini adalah siri ke 3 bagi tahun 2010. Pada kebiasaannya tak kurang dari 2 ribu orang akan menduduki RAE di seluruh Malaysia pada setiap siri. RAE dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
Oh, ya... bagi yang tak mengetahui, RAE adalah 'Radio Amateur Examination'. Diharap ramai akan berjaya lulus dalam RAE kali ini dan mendapat lesen sebagai pengendali radio amatur Malaysia kemudian mendapat 'callsign' yang diidamkan. Seterusnya mendapat satu lagi keistemawaan dalam ruang komunikasi yang tak semua orang boleh gunakan. RAE adalah prasyarat dari segi undang-undang untuk melayakkan seseorang mengguna satu cabang komunikasi, yang dikenali sebagai komunikasi radio dua hala atau radio amatur atau pun dipanggil radio HAM.

Moga berjaya!!!

p/s: sesiapa yg terlepas exem tu hari, MCMC/SKMM telah mengeluarkan notis untuk siri akan datang iaitu siri 2010-4 (pada Desember 2010).... rujuk:

http://www.skmm.gov.my/index.php?c=public&v=art_view&art_id=760


.

28 February 2010

Apakah Radio Amatur??

Apakah Radio Amatur??

mmm...jika cari kat google berlambak info pasal amatur radio ni.
Jadi, malaslah nak bagi tau lagi atau nak copy paste lagi..aku cuma nak bagi info ringkas kepada yg langsung tak mengenali apa itu radio amatur.

Dilema bila terlibat dengan radio amatur ni adalah pandangan orang... Ada yang pandang baik, ada yang pandang serong, ada yang pandang sipi dan ada yang tak pandang langsung... heheh

Aku sendiri pernah ditanya dengan pertanyaan seperti:
"bang, abang rakan cop ke? set diberi ke beli sendiri?"
"abang ni callman ke?"
"wah, kau dah jadi tonto plak ke sekarang?" *(hanya rakan terdekat soal mcm ni).

Pengendali Radio Amatur adalah orang yang berdaftar dan mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Untuk mendapatkan lesen tersebut pemohon perlu dulu lulus Peperiksaan Radio Amatur yang disediakan oleh SKMM.

Setelah lulus barulah boleh memohon Peruntukan Radas (AA) untuk mengendali alat perhubungan amatur radio. Bila semuanya selesai AA akan diberikan bersama callsign/kod panggilan kepada Pengendali Radio Amatur.
Contoh callsign itu adalah 9W2URY (nine whisky two uniform romeo yankee). Jadi, callsign tidak sama seperti 'nickname' yang selalu diguna di internet, kerana callsign adalah kod yang didaftar dengan pihak berkuasa.
Disamping itu Pengendali Radio Amatur juga terikat dengan syarat dan prosedur tertentu.

Mengapa pengguna radio amatur memerlukan lesen?? Ini adalah kerana perhubungan radio amatur boleh meliputi kawasan yang tidak mampu dihubungi oleh isyarat H/phone. Ia juga boleh menjangkau hingga ke luar negara, malahan sehinggalah ke angkasa lepas.
Perhubungan adalah menggunakan alat yang boleh memancar dan menerima isyarat pada frekuensi tertentu.
Kaedah atau cara isyarat/frekuensi dipancar dan diterima klik sini.

....9w2ury.
.

31 July 2009

EchoLink

Pengenalan Kepada EchoLink

EchoLink adalah satu femomena terbaru yang melanda rakan HAM di Malaysia. Ianya sudah mula digunakan secara meluas di luar negara, bermula dari sekitar tahun 2000 lagi.

EchoLink sebenarnya adalah program yang dicipta menggunakan Voice Over Internet Protocol (VOIP) khas untuk station radio amatur berlesen sah yang dikeluarkan pihak yang ditauliahkan oleh ITU atau ITC. Program ini membolehkan radio station QSO menggunakan internet sebagai perantara, melalui transceiver (handy/rig) yang disambung kepada komputer.

Apa yang lebih menarik, radio station yang tidak membuat penyambungan terus kepada komputer (cnth mobile) juga boleh memancar ke jaluran ini. Jadi, bayangkan anda mobile menggunakan handy sahaja sudah boleh QSO dengan rakan HAM di tempat jauh beratus-ratus kilometer, termasuk luar negeri. Dengan syarat station itu boleh memancar ke gateway yang ada berdekatan.



EchoLink Malaysia

Walaupun belum meluas penggunaannya, namun pengguna dan kemudahan Echolink di Malaysia ini makin pesat berkembang. Banyak gateway telah dibuat untuk kemudahan rakan QSO semasa mobile dan untuk kemudahan rakan yang tiada kemudahan internet. Buat masa sekarang gateway yang aktif beroperasi ialah antaranya di Shah Alam, Sri Manjung, Kuching, Sabah, Perlis dan beberapa tempat di Kelantan.

Jadi, jika anda berada berdekatan dengan gateway, anda boleh mengunakan freq simplex gateway tersebut untuk QSO dengan rakan yang tak mungkin dicapai oleh simplex biasa.

Jika anda ada kemudahan internet, mungkin anda boleh menjadi salah satu gateway yang secara tak langsung dapat memberi kemudahan kepada rakan lain.


-Untuk download Echolink program sila ke > Echolink Installer

-Untuk panduan dan cara penggunaan Echolink sila download di link ruangan 'download documents' di sebelah kiri blog ini.



.

10 May 2009

QSL Cards In Amateur Radio

Amateur radio operators exchange QSL cards to confirm two-way radio contact between stations. Each card contains details about one or more contacts, the station and its operator. A typical QSL card is the same size and made from the same material as a typical postcard, and most are sent through the mail as such. At a minimum, this includes the callsign of both stations participating in the contact, the time and date when it occurred (usually specified in UTC), the radio frequency used, the mode of transmission used, and a signal report.

QSL cards are a ham radio operator's calling card and are frequently an expression of individual creativity — from a photo of the operator at his station to original artwork, images of the operator's home town or surrounding countryside, etc.

Normally sent using ordinary, international postal systems,QSL cards can be sent either direct to an individual’s address, or via a country's centralized amateur radio association QSL bureau, which collects and distributes cards for that country. Recently, the Internet has enabled electronic verification as an alternative to a physical card. These systems use computer databases to store all the same information normally verified by QSL cards in an electronic format.

Even in the presence of electronic QSLs, physical QSL cards are often fine historical or sentimental keepsakes of a memorable location heard or worked, or a pleasant contact with a new radio friend, and serious hams may have thousands of them.

This is a QSL card that I have receaved from 9w2knz. Thank you 9w2knz.




Thanks 7 3,
de 9w2ury
.

08 May 2009

Kelas Persediaan RAE 2009

kelas persediaan rae 2009

Anjuran : ASTRA Kawasan Tengah
Tempat : Pusat Sumber Pendidikan JAIS, Kg. Jawa, Klang Selangor D.E
Tarikh : 6 - 7 Jun 2009 (Sabtu & Ahad).
Masa : 0830 am - 0530 pm
Bayaran Dewasa : RM 20
Percuma : Peserta berusia bawah 17 Tahun & Peserta berusia 60 tahun keatas.
** Bayaran adalah untuk mengisi tabung repeater**

Tenaga Pengajar
-9M2AGC Ahmad Azlan (Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik Komunikasi, Politeknik Shah Alam)
-9W2JEN Saiful Firdaus (Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik Kuasa, UiTM Shah Alam)

** Nota 'printed' diberikan percuma kepada 20 peserta terawal, yang lain akan diberi soft copy shj.

**** Makanan tidak disediakan**

Fasiliti Lain - Bilik Hawa Dingin, Projector, Surau & Kemudahan asas lain disediakan.

** Untuk peserta yang memerlukan penginapan, kemudahan disediakan dgn bayaran yg minimum oleh JAIS.

Kepada yang berminat, sila hubungi rakan-rakan dibwh:
1) 9W2JEN Saiful Firdaus - 012 506 2958
2) 9W2BDZ Mohd Fadzlee - 012 616 8183
3) 9W2MSG Mohd Suhaimi - 016 385 9795
4) 9W2GTR Mohd Faizal - 012 310 9869


..

29 March 2009

Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1)

Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1)

SKMM will be conducting Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1) throughout Malaysia on 24 June 2009.

For further details and examination application form please click on the links below.

> Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1)

> Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-1)

.

18 March 2009

PANORAMA: Ekspedisi Keluarga NESRAC

Ekspedisi Keluarga Ke Taman Negeri Endau-Rompin anjuran NESRAC telah selamat diadakan dengan jayanya pada 14 mac - 16 mac yang lalu. Konvoi dari Seremban diiringi sepenuhnya oleh anggota PDRM dari IPD Seremban ke Taman Negeri Endau-rompin. Konvoi sebanyak 50 kenderaan dari pelbagai jenis termasuk kereta, mpv, van, motosikal dan pacuan 4 roda. Di sana, banyak aktiviti dijalankan, disamping peserta dan keluarga dapat berkenalan. Ianya satu aktiviti yang cukup menarik dan membuatkan semuanya gembira, apa tidaknya semua yang menyertai mendapat hadiah masing-masing. Lebih-lebih lagi peserta yang mendapat hadiah utama cabutan bertuah, berupa handy, antenna dan tv.





Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dimuatkan buat masa ini...






sticker Ekspedisi dan T-shirt



Anggota Pengiring Dari IPD Seremban


Moto merah Tok Wan(9W2Two)



Kenderaan Peserta





Keindahan flora Tmn Negeri Endau-Rompin






Sukaneka dan Karaoke

.

28 February 2009

MY Callsign Network

MY Callsign Network dedicated to Amateur Radio community. This's independence and non-profit website. Here you can create profile, write a blog, post pictures, upload music, read latest on-line news, communicate and connect with friends and other HAM members.
Yes, it's FREE!! Signup Now. This website is from Malaysia.




http://www.mycallsign.my/home.php
.

26 February 2009

PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN

Sekadar peringatan dan pengetahuan kepada rakan yang baru nak berjinak-jinak dengan radio amatur.

PEMILIK LESEN RADIO AMATUR BOLEH:

● berhubung ke seluruh dunia pada sebarang waktu menggunakan frekuensi tertentu.

● bersembang di persekitaran dengan transceiver VHF atau UHF (handie talkie) mudah alih.

● membantu dalam kecemasan dan bencana alam dengan memberi perkhidmatan perhubungan segera.

● membina radio, pemancar, penerima dan antenna.

● berhubung melalui satelit amatur tanpa kos.

● berhubungan dangan angkasa di orbit.

● menguji tv amatur (ATV), slow-scan tv, menghantar gambar / rajah melalui faksimili.

● menyertai pemburuan pemancar (fox hunting) dengan memanfaatkan perkakasan pencarian arah.

● menyertai kegiatan keperluan komunikasi untuk mencari dan menyelamat.



DITEGAH

● ditegah guna radio untuk menjana kewangan.

● ditegah membuat penyiaran kepada awam. Pancaran radio amatur adalah hanya untuk diterima oleh operator /stesyen radio amatur lain sahaja.

● ditegah dari menyebarkan fitnah dan juga kenyataan berkenaan politik dan agama yang boleh menyinggug perasaan mana-mana pihak.


*dipetik dari SOP oleh MCMC.

.

25 February 2009

KONVOI KELUARGA KE TAMAN NEGERI ENDAU-ROMPIN

Konvoi Taman Negeri Endau-Rompin
(14,15 dan 16 Mac 2009)

AKTIVITI : KONVOI KELUARGA KE TAMAN NEGERI ENDAU-ROMPIN

ANJURAN : KELAB RADIO AMATUR NEGERI SEMBILAN (NESRAC)

TARIKH : 14, 15 DAN 16 MARCH 2009 (CUTI SEKOLAH)

AKTIVITI PROGRAM : KONVOI DARI SEREMBAN KE ENDAU-ROMPIN, BERKHEMAH, SUKANEKA, MEMANCING, 4X4 UNTUK YANG MEMILIKI ANAK GAJAH, JUNGLE TRACKING, "TALK ABOUT RADIO AMATEUR" , CABUTAN BERTUAH, SANTAI DAN BANYAK LAGI.

PENYERTAAN :
- TERBUKA KEPADA SEMUA, NAMUN KEUTAMAAN KEPADA AHLI KELAB.
- PENYERTAAN TERHAD, SILA DAFTAR SEGERA.
- BAYARAN PENYERTAAN SERENDAH RM50 UNTUK 1 KELUARGA. (MAKAN DITANGGUNG)

PERTANYAAN DAN PENYERTAAN :

SILA HUBUNGI Abg Zul (9W2DZU @ 017-3894466) - Pengurus Biro Perhubungan NESRAC

CARTA ORGANISASI NESRAC 2009/2010

klik gambar untuk besarkan.

18 February 2009

Cara Mengira Simplex Channel

Cara mengira simplex channel V16 SEHINGGA V47 Simplex V16 sehingga V47 menggunakan 145MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).Oleh itu kita hanya perlu mencari MHz selepas titik perpuluhan (Desimel).

Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel.

Contoh 1:
V16 12.5 x 16 = 200
Oleh itu Frekuensi V16 ialah 145.2000

Contoh 2:V2712.5 x 27 = 337.5
Oleh itu Frekuensi V27 ialah 145.33752.



V48 SEHINGGA V63Simplex V48 sehingga V63 menggunakan 146MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).

Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel TOLAK 200

Contoh 1:
V50 12.5 x 50 = 625 TOLAK 200 = 425
Oleh itu Frekuensi V50 ialah 146.4250

Contoh 2:
V63 12.5 x 63 = 787.5 TOLAK 200 = 587.5
Oleh itu Frekuensi V63 ialah 146.5875

Nota:Oleh kerana selepas titik perpuluhan (Desimel) ada 4 nombor maka jika 3 nombor, ditambah dengan 0 sahaja untuk mencukupkan 4 nombor.

Tolong Tekan 'LIKE' ni yer, jika belum...

klik..klik...

klik..klik..

Penghargaan

((~TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI http://9w2ury.blogspot.com/~))

Followers